Tuesday, December 21, 2021

BENCANA BANJIR DI MALAYSIA 18 DIS 2021 (part1)

 Assalammualaikum..

tujuan kami menulis coretan ini adalah untuk menjadikan satu peringatan dan ingatan yang mana perkara yang sedih yang tiba-tiba berlaku..

sebelum tu kami tertarik dengan 1 slogan yang tiba-tiba keluar kali ini, iaitu apa?

" RAKYAT BANTU RAKYAT "

kita selalu dengar dan tengok sendiri.. orang Malaysia ni semuanya baik hati dan prihatin serta suka membantu. Jadi tak sampai 1 hari ramai dah yang turun padang, yang NGO dekat luar sana yang menjalankan misi bantuan.. MasyaAllah.. kalau tengok keadaan banjir kali ni, macam tak sangka pun.. btw ada juga yang cakap, banjir ni disebabkan sistem saliran air yang tak boleh mengalir yang menyebabkan banjir..


bangunan buat banyak-banyak tapi longkang pun tak nak buat.. Sekali lagi teringat tentang kampung yang dulu orang suruh buat longkang depa tak mau.. now bila hujan lebat sikit ja rumah depa akan bah (banjir- air bertakung ) sebab apa sistem pengairan yang tak ada dekat rumah.. Now baru sedar kot.. tu payah cakap dengan orang kampung yang dah berusia sebenarnya.. tapi tak ada la berusia sangat.. rasa jenis umur ertengahan yang anggap apa orang buat tak betul ..Tapi apa yang dia buat semua betul.. Apa daaaa..

Baik sambung kepada topik asal kita.. Kami dapat tau pasal benda ni agak lewat juga kot.. sebab emosi kami tengah bertarung dengan keadaan kesihatan abah.. jadi agak tak ambik tau sangat la.. Tapi tau la ada banjir apa semua tapi macam kita tolak dulu ke tepi.. sebab kita pun dalam masaalah juga.. 


pasal kesihatan abah ,kami akan cerita di next story missF.. panjang dan perlu masa yang banyak untuk menulis dengan teliti..gitu..

Dekat instagram banyak dah orang post pasal video banjir orang terperangkap dan sebagainya..Allahuakhabar ...

dan paling kami rasa sedih bila mana , rumah-rumah hilang dari tempat asal disebabkan keadaan banjir yang sangat tinggi dan deras... Allahhuakhbar..


dengan habis segala kelengkapan dalam rumah yang rosak..Tapi kami cakna 1 benda.. tips tips yang orang bagi tentang cara nak cuci rumah daripada lumpur banjir.. sesungguhnya banjir itu datang air berserta dengan lumpur tanah.. Allahhuakhar..


bayangkan sekelip mata segala barang hilang , rosak.. banyak kereta-kereta yang ditengelammi air..

semoga segalanya dipermudahan dan diberikan kekuatan untuk mengharugi segala cabaran ini..aamin



nanti kami nak share gambar dan video.. masuk part 2 la nanti.. hope i rajin la menulis..hehhehe


sekian part 1


Tuesday, October 26, 2021

Fasa kehidupan part 1

 Assalamualaikum 


Setiap manusia mempunyai fasa yang berbeza dalam hidup.. Dan setiap fasa itu semua orang tidak sama.. Fasa itu tidak mengikut umur mu tapi fasa itu mengikut kemampuan mu dan tingkah laku mu ...

Dulu ,secara jujurnya kami tak pernah langsung fikir mengenai fasa ini.. bagi kami dulu, semua benda ikut umur.. Tapi sebenarnya tak.. umur tu sekadar nombor .. Tapi Fasa akan kita lalui apabila seiring dengan pengalaman.. Pengalaman sangat-sangat berharga.. dari pengalaman kita belajar apa yang betul ..apa yang salah..  

Dan sekarang kami berada dimana fasa tengok orang kahwin , terasa nak kahwin.. hahahhah tiberr kan... umur-umur 22 hingga 26 adalah tahun kemuncak untuk kita teringin sangat-sangat nak kahwin.. tapi bila kita dan melangkah satu langkah ke arah pekerjaan atau fokus pada sesuatu yang pasti maka kita akan lupa seketika mengenai apa yang kita inginkan.. 

Dan bila kawan-kawan kami yang kami jumpa lebih berumur daripada kami yang belum berkahwin dalam usia 30an kami jadi .. you kena kecapi apa yang you nak dulu..sebelum you nak masuk alam berumah tangga..  Setiap yang berlaku mesti bersebab dan mesti ada ketentuan Allah ...


itu bab Kahwin... Ada fasa orang minat pokok  hijau, pokok bunga ... hahhaha srs weiiiii akan sampai juga fasa itu pada seseorang.. dia akan cuba menanam pokok ,,dia akan berkenan sunguh dengan pokok semua jenis... fasa yang happy juga sebenarnya , sebab kita menjaga pokok , tak perlu pedulu cakap orang... Tambah ada yang ayat selalu orang subut.. berbudi pada tanah... gituuuu.


Sebenarnya, untuk update blog hari ni, kami tak ada tajuk pun.. dia macam apa yang terlintas dalam kepala ja dan kami terus menulis... bukan apa ,kadang apa yang kita fikir pada sesuatu masa itu juga kenangan... kenangan pada kami sangat bermakna.. sebab tu kami buat blog ini.. Walaupun zaman sekarang orang dah tak tulis dah blog ni.. but pada kami , ini kenangan yang kami boleh simpan sampai bila-bila InsyaAllha... Kadang bukan tulis untuk orang baca pun.. kadang tulis untuk diri sendiri baca balik nanti.. 

Mesti ada antara hampa yang akan cakap , kenapa tak tulis dalam dairi ja.. ada ja kami tulis.. tapi hal peribadi lagi... untuk kenangan yang boleh dishare kita share dekat blog Miss F ni... 


Menulis adalah salah satu minat kami..dia macam hilagkan perasaan kita pada ketika itu dengan menulis.. but i am not good writing.. Just suka-suka.. tengok lah bahasa inggeris dengan Melayu dan ku campur.. betul-betul sepontan segala apa yang kami tulis.. hope tak ada salah ejaan la.. hahahahha bila tulis laju ni, faham-faham la kan.. kadang tak baca balik. teris publish ja... hahhahahha


 okay setakat ini saja mengenai Fasa Kehidupan part 1...


jom berzikir bersama-sama.. 

 

Friday, October 8, 2021

Kami join Program UPSI (KIPENSI 2.0)

Assalammualaikum.. hai, malam- malam ni nak pada dokuman dekat laptop ..pastu ternampak satu satu fail Microsof word pasal satu cerita yang kami buat ..ala2 cerpen pendek.. join program bawah upsi.. kawan kami la Nafishah ajak..so join la kami... yang lawak kami tulis tak sampai 30 minit pun.. siap hantar dan send dekat email depa.. lepas 2 minggu macam tu.. kawan kami kata nama kami dapat hadiah cabutan bertuah... alhamdulilah.. tapi lawak juga la.. alamdulilah rezeki.. dapat la sijil and hadiah buku kosong yang ada my name dekat buku tu.. sangat-sangat teruja masa dapat tu.... well hadiah sapa tak nak.. so kami nak save dekat sini .. cerpen apa yang kami tulis... walaupun tak menang tapi dpt cabutan bertuah...


Kalau sudi baca..silakan..


 

          Warkah dariku, bulan Mac 2020 merupakan bulan yang mengubah segalanya dalam diriku. Perkara yang tidak pernah terjangkau akal fikiran untuk aku berdepan dengan sintuasi seperti ini. Aku tidak dapat menerima kenyataan yang begitu mengejutkan ini. Perkara ini berlaku sangat pantas tanpa dipindah ianya berlaku, tanpa diseru ianya hadir. Tidak ada seorang yang terlepas dengan sintuasi yang mengejutkan buat dunia. Sememangnya ianya bukan datang dari Malaysia, tetapi ianya dibawa ke sini dengan atas izin Allah. Sesungguhnya, manusia berada dalam ketakutan, tiada apa yang boleh menghalang melaikan satu peraturan yang dicipta ataupun lebih kerap aku dengari normal baru kehidupan. PKP Perintah Kawalan Pergerakan, bermula normal baru dalam setiap kehidupan manusia di Malaysia. Tidak dibenarkan keluar tanpa tujuan yang benar, pelajar sepertiku diarah balik ke kampung halaman masing-masing.Aku Ketika itu masih terpinga-pinga, tapi mujur aku punyai kawan mahasiswi yang banyak mengetahui maklumat terkini dan bersiap sedia hadapi PKP. Sintuasi semasa pkp bukanlah sesuatu yang membebankan bagiku, malah aku bersyukur sebab aku dapat berada bersama-sama  keluarga tercintaku. Bagi diriku langsung tiada masaalah, tapi aku kasihan pada kawan-kawan yang mempunyai masaalah dan berada di pendalaman untuk menyertai kelas dalam talian. Aku sedar walau timbul kesulitan dalam waktu PKP ini, masih banyak perkara untuk aku syukuri.



Thank you sudi baca...

8/10/21 - 10.38 mlm

MissF.



Monday, October 4, 2021

Camera DSLR baru beli.. (wish list 2021)

 Assalammualaikum..

Selamat pagi sayang ,gigi kau kuning kuning.. mungkin kah kau lupa berus gigi..


hahahah tiberrr terlintas lagu tu pula....

Okay, mai mai mai dengar cerita kami pasal kami baru ja beli camera dslr baru...

Tapi bukan la baru beli kat kedai.. kami beli dekat orang ..kira secondhand la..

tapi condition untuk camera tu seperti baru.. 9/10... Tiada rosak apa.. dan tuan kepada camera tu pun cakap dia x selalu guna.. sebab beli suka-suka ja.. so nak jual ja la sebab tak pakai..


harga kami rahsiakan.. hehheheh

camera dslr mana murah.. walaupun secondhand ... itulah kenyataannya..

btw tarikh kami dapat camera tu adalah pada:- 27 september 2021

masa:- 11.00 pagi..

nama camera :- SONY A57


wahhh, macam tak percaya tau kami beli camera ni... ini merupakan salah satu wish list yang kami nak tahun ni. tak sangka capai.. alhamdulilah.. segala rezeki yang Allah berikan... Allhamdililah.. syukur sangat sangat..


bila mana wish list tahun itu yang kita nak tercapai ,.. rasa mcm nikmat lain mcm ooo.. Allah Allahuakhbar..


kami tak dak cerita apa sangat.. cuma keterujaan nak guna and nak explore lagi banyak tu membuak buak... i love  the feeling..


so saksikan la video dan gambar untuk kenangan kami.. first beli camera mahai..









semua gambar di atas diambil oleh phone huawei kami.. so kualiti tak cantik ...Nati kami update gambar yang ambik dengan camera dslr sony A57

sekian ..  thank you .. ditulis pada 3.10 ptg (4/10/21)




Sunday, September 12, 2021

Funny Momment with my Mom part 1

 Assalammualaikum..

hai hampa yangtengah dok membaca ni.. Kami nak cerita kat hampa cerita pendek yang mengelikan hati untuk kami..

Anak angkat kepada makcik isteri kedua pakcik kami , dia baru ja dapat baby.. so mak kami ni jenis nak bagi hadiah la.. so mak kami suruh kami cari kat shopee baju baby or apa-apa yang  boleh bagi.. pastu kami cari-cari ada mak kami x bekenan.. pastu kami kata la bagi baju la senang.. pastu mak kami setuju.. makanya beli la... 

Pastu barang tu sampai hari ni.. and mak kami terus suruh balut apa semua .. sebab  nak bagi hadiah la kan... pastu kan sambil kami tengok-tengok tu kami cakap la dekat mak kami..


me:- Ya Allah comel nya baju baby.. kita kan lama dah xdak baby mak..semua cucu cucu mak dah besaq.. (pastu abang kami dengan kakak kami pun macam tak mau tanbah dah tengok..hahahahah)

mak kami:- ha, kahwin cepat cepat dapat anak sendiri , boleh beli baju baby..

me:- hahahahahahahh lamberttt lagi .. (hahahah)

pastu mak kami berlalu keluq dari bilik kami...

dalam otak kami masih dok pikir lagi ayat mak kami.. uish mak mcm bagi green light suruh kahwin ni.hahahhahah


Today 12/9/21  kami masih bujang dan single u.. hahhaha siapakah yang nak datang merisik ai ni ea... 

to my bakal imam (yang x wujud lagi buat masa sekrang) :-  awak dekat mana? kenapa tak cari saya lagi.. ?


eeeww geli doooo.. okay la bye itu ja story moriiyy hari ni.. bye 


so ni la baju baby tu yg untuk dihadiahkan.



Wednesday, August 25, 2021

Cucuk Vaksin Dos 2

 Assalammualaikum.. hello hai guys.. sambung untuk story sebelum ni...

okay untuk dos kedua .. disebabkan kami dapat vaksin pfizer ..yeahhh alhamdulilah dapat vaksin mahai..hehheheeh 

so jarak antara dos 1 ke dos 2 dalam 2 minggu gak la.. jadi tarikh dos ke 2 adalah pada 18/8/2021.. masa , dan tempat sama...

kali ni kami pi dengan abah.. suruh abah hantar.. masa dos pertama kami ajak mak kami teman...

so sebab mai dengan abah.. abah kami mai hantar kemudia terus pi beli barang dapur... tinggal kami dekat situ.. kami  ingat lama tau... sebab tu suruh abah kami pi kedai terus ...

Rupanya sat ja weiiii... srs sat sangat dos kedua ni...

kami p scan .. pastu terus masuk dalam jumpa dekat 3 jenis meja tu... situ pun sat ja... rasa menyesal duduk pun ada.. sebab sat sangat...hahahahah 

rasanya kurang dari 5 minit kami duduk ubah ... soalan depa biasa la  " ada balik dari mana?, saudara mara yang berulang alik?" jawapan kami jawab semestinya tak dak..

so masuk ja dewan terus duduk untuk tunggu ambik vaksin... kami mula fikir, petang ni xdak yang ambik first vaksin.. semua vaksin dos 2.. sebab tu cepat .. masa kami sampai tu hujan alhamdulilah dah reda kira xdak hujan dah la... dekat sini mcm biasa kalau hampa baca post kami pasal dos 1 kita akan main game duduk bangun..hahhahaha so kali ni perjalanan agak mencabar... kami duduk kerusi tengah dan kami mula dari belakang sekali.. 


nak sampai ke depan tu rasanya lebih dari 10 kali ubah-ubah tempat duduk.. game best.hahahhaah okay sebab dah lama .. dok tengok orang depan.. depa akan panggil macam mana.. kali ni rela yang jaga...

tengok barisan belah kami tu kena p cucuk area belah kanan dewan.. dan selalunya belah kiri depan semua dr lelaki.. kami dah cuak dahh... kami berdoa dalam hati , mintak-mintak dapat belah sini.. belah sini.. iaitu belah kiri dewan.. sebab belah kiri selalunya ramau nurse dan dr perempuan... 

doa punya doa.. 3 barisan depan kami semua kena p belah sana..belah laki... doa tak berhenti lagi masa ni dalam hati kami.. pastu sampai turn kami.. 

rela tu cakap" barisan ni p depan ni." maksunya kiri dewan.. alhamdulilah.. kami cakap dalam hati.. pastu kan kena duduk dekat 6 kerusi tu.. cuma kali ni kaedah dia xyah pusing.. terus ke depan.. kira 1 kali gerak ja la sebelum cucuk..

pastu fikir pulak.. jap bilik yang ni dengar mcm suara lelaki.. pastu tengok dekat celah-celah papan bilik tu.. hahahha nampak okayy walaupun sikit ja .hahahhaha so berdoa balik dalam hati.. harap- harap dapat bilik sebelah depan dan perempuan.. doa punya doa.. alhamdulilah.. kami dapat nurse perempuan juga.. hahahha happy dooo kali ni sebelum nurse sorang lagi suruh bagi phone.. kami dulu dah bagi siap buka mysejahtera... tak rekod punxpa la tengok dengan mata kami lagi paduuu kami rasa....

walaupun ya la kalau video boleh la buat kenangan.. tapi xpa la janji gambaq lepas ni ada .. kata hati kami.. sat gila kali ni.. sap sup sap siapppp... 


kali ni dos ke 2 x payah timbang dan ukur tinggi dah.. bagi kad vaksin dengan ic terus p duduk..tunggu depa panggil... 


tunggu punya tunggu.. sambil tu call abah suruh mai ambik kata siap dah.. tau abah kata apa?

" cepatnya , abah tak sempat masuk kedai beli barang dapur pun lagi.. baru ambik duit kat ATM"

pastu kami kena tunggu lama gak la...tapi srs sat gila dos 2 ni...


ohhh bab nak ambik gambar untuk dos 2 lagi lawak... kami beratur la nak ambik kan.. sambil tu fikir belakang geng lelaki gak... aduh x boleh mintak tolong.. pastu tiba orang depan kami perempuan and dia kalih.. dia mai dengan abang dia or suami dia kami xtau la cuma dua orang la.. so perempuan tu cakap boleh tak tolong ambik gambar kami berdua.. pastu kami kata dalam hati.." yes selamat aku, ada orang tolong ambikkan gambar."

pastu sampai turn kami tolong ambik gambar org depan kami.. yang lelaki tu " suami dia kot" ckp la.. nanti kami tolong ambik gambaq banyak kepig pun tak pa...


so kami belajar daripada dos pertama.. kami ambik gambar 2 jenis ' camera menegak dan mendatar' untuk pasangan tu... so first sorang-sorang ..lepastu depa nak ambik berdua... kamu punn ya kan laa...


and last ..turn kami... tara ini dia...  


kali ni berkain lak... hehheheh


alhamdulilah selesai 2 dos... 

so kami punya full kena tunggu 2 minggu lepas dos kedua iaitu 1 september ni... doakan diberikan kesihatan yang baik..aamin

kepada yang tak ambik vaksin lagi.. daftar dan ambik la vaksin... 

semoga covid ini dijauhi dari kita semua..dan semoga Allah mematikan makhluk bernama covid ini dari muka bumi ini..supaya kita dapat hidup seperti sebelumnya..aamin..

jaga diri... jaga keluarga..
kita belum menang..

next kami akan cerita ada kesan tak  lepas vaksin..

#tengok mood tau..

tara video vaksin...hahhahahahah




Cucuk Vaksin Part II ( Perjalanan Dos 1)

 Assalammualaikum..





ayuhh kita sambung cerita perjalanan vaksin .. Sekali lagi kami terang..  ni untuk kenangan.. kenangan dan pengalaman x boleh diulang kan.. jadi bagi kami blog ni macam satu memori apa yang berlaku ... bukan saja dapat memberikan maklumat pada orang lain.. tapi ianya dapat memberikan satu kenangan yang boleh kami ingat kembali.


okay, bila dah dapat tarikh ,so tunggu masa tarikh tu mesti la kita ada perasaan macam-macam.. kita rasa macam kena p mana masa sampai nanti. apa yang kena buat... dah sebagainya..sebab kami ni jenis seorang yang perlu gambaran awal sebelum kami buat apa-apa benda. Supaya kami tak rasa janggal bila melalui sintuasi tu.

kami kena dekat Dewan 2020 , tarikh 28/7/2021 , pukul 3 ptg...

Kami bertolak awal juga la 15 minit awal..tapi sebab ramai gila orang  so dekat 3.10 juga kami baru dapat duduk dekat kerusi khemah... Nasib masa tu hujan renyai-renyai ja.. kami dapat kad pkl 3.30 ptg..




nombor ni pun ada kisah tau... lepas dapat kad ni , kena duduk dekat luar dulu.. pastu dia akan panggil 10 orang  mcm nombor sebelum kami 051-060.. so kami 061 terpaksa tunggu lagi.. sapa dapat nombor 060 memang untung sebab dia duduk sat ja pastu orang panggil... padahal dia mai duduk sama kami ja.. cuma rezeki dia cepat sikit.hahahahah

lepas tu dia akan panggil .. and kami first kan lepastu scan mysejahtera sebelum masuk next checkpoint.. dekat sini dia bahagikan tempat duduk dos 1 dan dos 2.. btw ramai gila okay masa kami kena ni.. 


ini pulak check point ke dua untuk duduk sebelum masuk kedalam.. dekat sini kita boleh tengok.. dos 1 ramai gila.. dos ke 2 sikit ja... selalu laju ahhh kalau dah dos 2..

pastu kan dekat sini sebelum masuk dia akan suruh check suhu.. dekat sini kami kena mcm tadi gak 061 kena tunggu dulu selepas 060 hahahhaha xpa kali ni sat ja...

pastu next check point kena pergi 3 meja... meja 1 kena isi borang , mcm nama dengan ic.. pastu meja kedua dia isi dalam komputer .. meja ketiga dia tanda apa tak tau dekat laptop dia.. pastu done dekat checkpoint ke 3... owhh lupa nak gtau ..dekat sini soalan depa sama " ada pergi mana-mana? keluq dari negeri perlis? saudara mara yang ulang alik kurang dari 14 hari?" mcm tu la semua ku geleng... tapi ada 1 soalan tu kami blur jap... 

dia tanya , pelajar ke bekerja? pastu otak kami mcm aku kerja tapi aku beljaq juga.. so kami sebut apa yg dia mula-mula sebut.. pelajar hahahahaha .. tapi kami tambah " pelajar part-time...pastu dia tnya universiti mana.. kami jawab la uum ...pastu dia cakap "owhhh lama dah saya tak p uum.. bukan p belajaq tapi p makan..makanan dekat situ sedap" kami pun angguk-angguk ja.. padahal kami mana duduk situ pun.. kita uum kl la.hahahhaha tapi buat -buat tau...lawak doooo ...


next checkpoint kena isi borang jenis vaksin apa pulak... kira perjanjian kita la... sambil dok isi doktor tu macam tanya soalan dan bagi info.. dalam hati kami " mesti dr ni bosan tanya soalan yang sama "

last soalan dia sebelum kami habis tulis " dah kahwin?" " belum jawab terus tanpa fikir" lelaki dia tak tanya lak.. mungkin dia nk tau la kalau ada ibu mengandung kan... nasib la badan besar. sob-sob- sob nangis tepi bucu meja jap...

lepas jumpa dr tu..kami kena duduk tempat duduk... btw dekat sini best.. kita akan main aci bangun duduk..hahahhah 
bila orang depan bangun kita kena isi tempat kosong dekat depan.. macam berbaris la ..tapi gaya duduk lak... kami boleh gelak sorang dalam mask masa nak kena bangun duduk.. terhibur kejap ...hilang kejap takut nak cucuk vaksin..

so, sampai dekat depan sekali tempat duduk.. masa kami kena dos 1 nurse yg jaga.. tapi masa dos ke 2 rela jaga... okay so sampai dekat sini akan ke check point seterusnya.. ni main kerusi 6 orang ja..hahahhhahaha srs otak kami fikir benda ni game ..mungkin otak budak-budak ada lagi dekat kami.. 
game kali ni ,kaedah dia buat pusingan... pusingan sampai cukup 6 kerusi kita duduk bangun dekat sini... 
masa dekat sini kami dah mula cuak .. dalam hati " mintak-minta perempuan yang cucuk kami.. aamin , aamin... dok doa ulang-ulang dah mcm berzikir la pulak... tengok bilik sebelah, nampak dr lelaki sebab nampak kaki dengan kasut.. doa berdoa nasib x p duduk sebelah sana..
next..
baru la dapat p depan kerusi yg 1 untuk tunggu masuk dalam bilik cucuk vaksin tu (bilik ala kain) masa duduk tu.. kami boleh dengaq orang dalam cakap... alhamdulilah perempuan dua-dua dalam ni..



ha, depan kain ni.. kalau depa selak kain ni nampak la orang tengah cucuk vaksin...  btw time ni kami dah cuak habis dah... tapi buat cool ja... pastu kami dengar orang sebelum kami masa dia masuk tadi.. nurse suruh buka mysejahtera siap-siap.. dalam hati kami nak rekod tapi emmmmmm..

so masuk ja dalam ni terus depa mintak phone.. maka tak jadi la kami nak ambik video... tak pa la .. yang penting kami tengok degan mata kepala kami dia tunjuk

berapa isi padu cecair vaksin tu dan dia cucuk. dia tekan dia suruh kami tengok.. kami pun tegok dengan relaxnya okay.. muka cuak xdak langsung.. tahniah untuk diri sendiri sebab tak takut dan keadaan cool ja... pastu dia tarik jarum pun kami tengok... selesai dos 1 alhamdulilah...

keluq dari bilik kain ni.. kena timbang berat badan dan ukur tinggi.. ohhh dekat sini banyak sikit cerita kami... hahahahahah

masa tu dia suruh kami buka kasut..dah la kasut jenis susah gak kami pakai dia jadi nampak kami kelam kabut.. nurse tu siap tegur.. kelam kabut dan p mana dah cucuk dah pun... dalam hati saya x kelam kabut tapi kasut ni tak mau bagi kerja sama la pulak... dan opcosss la timbang berat badan la paling takut sekali.hahahhahahaha

so berat badan kami ************** ( opss rahsia)
tapi tinggi kami , kami mcm x percaya nurse tu ukur... before ni kami ukur tinggi kami 168cm.. tapi tiba2 nurse tu cakap 166 cm weii kami makin pendek ka.. sob - sob - sob nangis bucu meja lagi...

lepas dah ukur apa semua.. check point kedua terakhir iaitu kena tunggu ambik balik ic dan kad temujanji vaksin.. so dalam 15 minit gak la menungggu nya.. dah dapat kita ke checkpoint terakhir iaitu di tempat bergambar... masa dekat sini kan ada cerita dia..hahahahahha

kami selalu kena time belakang lelaki yang beratur..so depan kami nasib perempuan.. so kami pun buat-buat la peramah sikit..hahahahah " boleh tolong tangkap gambar tak kejap lagi... nanti saya tangkap gambaq awak balik".. mcm tu la perbualan seingat kami...

so orang depan kami pun setuju... so sampai turn kami dua.. kami ambik phone dia.. and klik...... dalam 3 , 4 keping gak kami tolong ambik... lepas tu turn kami lak dia tolak ambik... done tukaq phone and ucap thank you kami dua belah dari dewan tu...

so ni la gambar yang dia tangakap thank you awak yang tangkap walaupun kita x kenal awak.. kita harap gambar awak pun cantik kita tangkap..hehehehhe





gambar dos 1... yahoooo alhamdulilah..


next dos ke 2...






 








Wednesday, July 28, 2021

cucuk Vaksin (dapat tarikh temujanji )


 Assalammualaikum


salam sejahtera dan salam muhibah...tiberrrr 

Okay, hari ni kami nak cerita apa yang berlaku kemarin yang mana kami baru saja dapat cucuk vaksin untuk dose yang pertama... kami akan cerita dari mula sebab ini sebagai kenangan yang cukup berharga untuk kami.

Kami mula daftar untuk ambik vaksin pada 1 April 2021 .. nak kata awal tak la awal sangat.. Kalau gila2 awal kami rasa bulan mac kot... kami daftar pun mulanya sebab mak abah kami suruh daftar untuk depa and kami sekalikan la daftar untuk kami...

dah daftar apa semua.. maka penantian pun bermula , hari berganti hari , bulan berganti bulan .. turn mak abah dapat vaksin.. awal juga la ..kalau tak silap hujung bulan mei.. 

lengkap 2 dos mak dan abah kami.. pastu kenaa perli la kita xdapat lagi.hahahhahaha


Pastu awal bulan 7 ni, ramai gila yang baya2 kami 20an ni dah dapat tarikh.. Kami jadi macam tertanya-tanya awat la kami punya lambat lagi ni... 

Boleh dikata kan Hari- hari kami check.. kadang lepas tengok story whatapps orang atau instagram story orang terus perasaan nak check my sejahtera..hahahahha pastu hampa


pastu mai perasaan malas nak check dah hari-hari.. Tapi still check gak hari-hari..hahahah cakap x serupa bikin kan..

one day, pada tarikh 24 Julai 2021 ..bangun dari tidoq...eh ada msj.. baca-baca sambil mamai ni.. "sila semak butiran temujanji vaksin di Mysejahtera utk no kad pengenalan bernombor xxxxxxxxxxxx ", and dengan pantas kami check ..

Alhamdulilah akhirnya dapat juga tarikh.. lepas tu bila buka story ada kawan yang dapat juga tahu yang dapat tarikh hari ni .. pastu kami cakap dalam hati, kitew pun dapat wakkk hahahhahaha .. 

Tapi kami ambik keputusan untuk tak tunjuk .. sebab kami ikut cakap KKM " xpasti jangan konsi" 

gituuuu... hahahhaha ya la kita tak tauu selagi kita betul2 tak p ambik vaksin tu... 


so kami dapat tarikh semalam... 28/7/2021 

my first dose vaksin...


baik, kami akan sambung next tajuk lak utk proses ambik vaksin...


jangan lupa baca sambungan dia nanti...tq




Wednesday, May 12, 2021

Warkahku Buat diriKu ( selamat hari kelahiran)

             Assalammualaikum .. A special letter in conjunction with my birthday..heheheheh it's a little weird but I still want to write ..



in front of me who is already 23 years old .. Alhamdulillah be grateful for my age which is another year. A date that reminded me of what I would have done and what I would have done. we have read about not even having to celebrate this birthday for Muslims ... sometimes that celebration can remind us of our birth, about how long Allah gave you life to live on this great earth of Allah .. so for us personally, remember the date our own birth and the people around us celebrate our birthday, we share our happiness and will always be grateful ..


Where in the spirit world, we..all human beings promise to obey Allah's command when we are born .. Thankfully we are born in a family of ISLAM ... who are Muslims..who practice what Allah has commanded and stay away from all the prohibitions of Allah ..

Birth is associated with the state of body, heart, mind and soul .. which is what you have done to your Body, Heart, Mind and Soul throughout your life .. Age is just a number that will increase as you know .. 


O self, do you really know yourself? Do you really understand what you want? Body, I apologize because I did not take care of you properly so that the body becomes fat .. but God willing, I will try to make your body healthy again .. make you a healthy body and can worship in the way of God.


Heart, I know you change easily .. when you watch a video about Palestine for two or three days, you get sad and you cry for it. heart, you are easily very touched. But it is for a good thing .. So that I can also pray to God for the safety and well -being of Muslims in the oppressed Palestine. Heart, you have to be strong to face the coming days. because you won't know where else you will go if you meet a mate ... I'll take care of your heart ..

Mind you, you control what I'm going to do. Right now, I'm writing you directing my hand to type. May your mind be a good mind .. Please do not spoil your mind with bad things .. Mind, you must always be in a calm state .. because every action you take is through yourself .. You will move everything .. you will move the body .. you will move the heart ...

Soul, you are gentle .. I know you are very gentle .. that's why you always hide .. because you are afraid you will get hurt and you will incite everything. I also know the soul, you can do your best, make me a human being who always trusts in our creator God ..


Everything that God created is perfect ... There are no flaws .. Every human being has good and bad .. this self also has bad, but God closes it because it is a disgrace for many to know .. only you know enough .. Change towards goodness .. try to learn to improve yourself ...


This time's birthday is special because

1. Being in the month of ramdhan .. end of ramadhan..i have a lot of du'a for my self ..

2. first day PKP 3.0 ....

3. learn new things from what happened in palestine.


thank you so much to my mom and my dad .. i love you so much ... 

thank you All my friends who know this self.

#IngatAllahsetiapMasa

#beHappywithYourself

#Alhamdulilah

#12

#5

#98

💖💖💖💖💖💖


hope to meet ramadhan again next year ..
30 ramadhan 2021











Friday, April 2, 2021

LAPTOP UNTUK PELAJAR - cerita MissF beli laptop baru

       acer swift 3




Assalammualaikum, ini merupakan pengalamaan pertama kami beli Laptop...setiap orang pasti mempunyai kemahuan dan kehendak.. selalunya kita akan pilih yang mana dulu? pastinya keperluan dulukan. Tapi godaan demi godaan untuk kehendak tu selalunya sangat kuat.. Mampu ke kita tepis godaan kehendak tu? Selalunya perkara ini berlaku pada orang yang kurang berduit dan orang yang suka menyimpan duit. Kalau orang yang berduit ,yang memang banyak gila duit, dia akan fikir kehendak tu pun penting, sebab dia banyak duit. jadi kalau barang yang dia beli tu dia tak pakai pun sebenarnya, tapi dia tetp beli sebab apa? sebab berduit.. maaf jika kami melalut.. 


Jadi untuk Laptop Acer swift 3 ni adalah keperluan kami. Pada mulanya kami berkenan sangat-sangat dengan macbook pro..Tapi harga dia terlampau mahal. untuk tempoh masa sekarang kami tak mampu lagi untuk beli.. Tapi mana tau akan ada rezeki di masa akan datang kan untuk kami beli Macbook Pro..

Berbalik kepada Acer swift 3, ianya baru saja dilancarkan pada tahun lepas , iaitu pada Oktober 2020.. baru lagi awak nye.. tapi pada tahun 2021 ini Acer sebenarnya sudahpun bawa keluar Acer swift 5, yang mana RAM yang lebih banyak dan ada sistem dan perisian yang lebih daripada Acer swift 3.. Tapi dari segi harga, Acer swift 3 murah sedikit berbanding Acer swift 5 yang mana harganya dekat dengan 4k..

Jadi acer swift 3 ni, harga dia menjadi keutamaan kami untuk melihat disamping perisian yang ada dan keluasan RAM serta fungi nya.. Sebenarnya, pada mulanya kami nak beli laptop ni, kami buat research banyak benda, banyak brand laptop.. Pastinya yang sedang baca ni pun mesti tengah mencarikan Laptop yang terbaik untuk korang punya Assigment dan seangkatan dengan nya.

Untuk kami, Acer swift 3 ni sangat laju.. mungkin baru penggunaannya.. tak pa nanti kami akan tulis lain setelah 1 tahun kami guna atau beberapa tahun ke depan untuk tengok bagaimana laptop Acer swift 3 ini berfungsi, disamping membantu orang diluar sana cari laptop yang betul-betul bermanfaat untuk melaksanakan segala kerja.

__________________________________________________________________________

baiklah, kami akan mula cerita kenapa kami perlu sangat beli laptop. ya tidak lain tidak bukan sebab kami pelajar dan bekerja dalam satu masa yang sama. Habis sebelum ni kami guna apa untuk buat kerja? kami guna laptop kakak kami yang mana dah capai usian 15 tahun dah laptop tu.. lama kan, dan dia dah uzur sangat. jadi dah rosak.. bila dah rosak kami pinjam Cpu dan monitor abah kami, entah macam mana, mungkin sebab faktor dah lama juga , skrin dia buat hal dan tak boleh guna. padahal kami punya lah beli macam-macam aksosori untuk komputer tu, tapi rosak lak. kemudian kami hanya guna phone ja untuk buat assigment, jenuh juga la, tapi sampai la habis sem 3 tu Allhamdulilah.... jadi untuk sem 4 ni, kami betul-betul perlu beli Laptop untuk memudahkan kami buat banyak benda.

Alhamdulilah, kami betul-betul bangga dengan diri kami sebab kami dapat beli dengan duit kamu sendiri.. Alhamdulilah bersyukur.. Kalau orang lain mungkin akan guna duit ibubapa, tapi kami perlu bersusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu.. Lagi semangat untuk kita belajar bersungguh-sungguh.

jadi bila kita dah beli laptop yang harga boleh tahan mahal ni, kita kena jana income balik melaluinya. insyaAllah semoga segalanya di permudahkan..

Aamin... di sini kami letak video kami untuk kami sebagai kenangan yang berharga.

1 April 2021.Rm2,880.00





tamat.. tq🌹🌹

Thursday, April 1, 2021

Kutip Kerang di laut. (31 Mac 2021)

                        pengalaman Kutip 

                                    kerang di beting pasir..


 Assalammualaikum pembaca blog MissF...





pertama sekali,kami nk ucapkan bersyukur kepada Allah s.w.t kerana mempermudahkan segala urusan kami. Mudah mudahan segala amal ibadah diterima oleh Allah s.w.t.


Okay,mari kita mula bercerita tentang pengalaman yang sungguh berharga ini.

________________________________________________________________________

Pada mulanya, abah kami ajak la kami untuk pergi kutip kerang dan siput.. sebab katanya, kawan abah yang duduk dekat area belakang kubur tu dia biasa pi kutip. Jadi abah ajak kami, untuk pi sama. untuk cari pengalaman katanya. Kami ni biasalah,bukan rajin sangat. pastu kami cakap la "tengok la dulu macam mana."

kemudian malam tu, try research la cara kutip kerang atau siput dekat youtube, tengok ada satu video ni.. tengok-tengok dekat perlis ,pastu dalam kepala macam duduk cakap best la.. dan mungkin tempat yang sama aku nak pi esk ni. Kemudian terus bagitau abah kata,nak ikut juga.

___________________________________________________________________________

Maka pagi tu,bersiap la kami macam biasa lepas siapkan sarapan apa semua sebelum bersiap nak pi kutip kerang. Dalam 8.40 juga kawan abah tu baru sampai ..  Kemudian dalam pukul 9 kami sampai dekat tempat yang dituju.. iaitu di kampung Pulau Ketam.. kena masuk jalan hutan paya bakau kemudian baru jumpa bentin pasir yang mana jauh gila ke tengah laut...


perjalanan jauh ya, ke tengah laut.. abah kami masa tu tak larat and tertinggal jauh ke berlakang. kami ikut orang yang bawa kami semua tadi,depa lagi laju..hahahah lepas tu tanya dekat budak tu, anak lelaki kepada kawan abah tu macam mana cara nak kutip. pastu dia cakap korek dan kutip la.

maka bermula lah kita mengutip kerang.

Dalam seronok dah kutip kerang dengan Lala.. tiba-tiba kaki kami terjereluih ke bawah.. mula tu,sebelah saja tiba-tiba dua-dua belah.. nasib abah ada dekat dengan kami. abah tarik kami naik.. Perasaan masa tu, Ya Allah, aku takut tak boleh keluar.. Alhamdulilah berjaya naik ke tempat yang tak berlumpur.. Lepas tu terus kami cakap dekat abah, tak mau dah abah. nak balik.. lagi pun masa tu Air mula pasang dalam pukul 10 pagi.. Kami masa tu pukul 10.15 dan ... rasa lain macam dah, dah a jauh wei nak ke darat balik.. tu yang bagi tau dekat abah terus nak balik dah .. tak mau dah .. takut weii rasa macam lemas dan panik dalam masa yang sama...


Alhamdulilah, boleh la nak dekat 1kg gak la kerang dengan lala tu dicampur..Pengalaman yang tak boleh dilupakan.


if kalau ada orang tanya, nak pi lagi tak? InsyaAllah tapi kami kena kuruskan badan dulu sebelum pergi. sebab kami tak nak jadi macam hari ni juga.. takut tu hanya Allah yang tahu..



orite sampai disini saja catatan kami untu pengalaman mengutip ketam di tengah laut melaluit beting pasir... if next time kami pi ..kami akan update lagi insyaAllah.. bye Assalammualaikum...







tamat.

Sunday, March 14, 2021

Check list ☑️ Lesen kereta (D)

Gambar ni masa tengah tunggu untuk buat ujian jpj   Dekat 2 jam juga tungu . Pkl 10 baru keluq p luaq. 

 Assalamualaikum ,

Kami teruja sebenarnya nak cerita ni... Hampa dah baca kan tajuk  So dan boleh agak la kan.. Penulisan blog hari ni, adalah untuk menyimpan memori yang sangat2 berharga. 


Why  kami cakap berharga sebab ianya istimewa...


Sebenarnya, kalau ikut kan tarikh hari ni, (15 mac 2021, 1 hari lagi nk genap 1 minggu lepas kami buat test jpj  ...


Kami nk cerita dari mana pun tak tau tapi kami akan cerita benda yang kami ingat la ea . 


Sebenarnya kalau ikut perancangan, bulan 11 haritu kami start p daftar untuk ambik lesen kereta ni.. Di sebab kan pkp so ada la kena tangguh.. 


Masa nk daftar tu  , takut juga betul ke tiba masanya  tapi yakin kan diri yes I want do this .. Banyak stage rupanya nk belajaq kereta ni pun ..

Daftar 

Dengar ceramah 

Ujian kompute

Tunggu lesen L siap 

Belajar memandu 

Litar

Dan jalan raya 

Test jpj  


Takut weii.. Sepanjang kami belajaq tu  ada 2 hari kami kena marah  tapi minggu yang berlainan .. Entahla pasai apa . (actually ada Masaalah time tu, sebabnya x leh cerita sini) 


Kami rasa mcm x yakin nk buat jpj pada mulanya, tapi berani kan diri  Buat juga . 


Oh lupa nk, kak kami kata kenapa ambik manual kenapa x ambik outo sebab semestinya akan bawa kereta outo la kan lepas ni pun .. For me, biar kita multi-tasking semua jenis. Aaahhhhh gituuu. 


Alhamdulillah bersyukur sangat sangat. Allah mempermudahkan segala urusan dari mula sampai habis ujian jpj... Alhamdulillah kami lulus dengan sekali ja ujian.. Dari ujian komputer hingga la ke ujian jpj.. Mula tu selalu la dengar orang kata susah tau jpj kereta.. Allahuakbar takut bertambah bila dengar macam tu. 



Alhamdulillah, ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH.. .  

😍😍😍😘


Ikmp ni bukit dia tinggi dari tempat lain.. Dekat litar la tempat paling takut . 

Orang cakap masa latihan okay, tak menjamin untuk masa test jpj okay... Kami takut sangat . Tapi Alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan 

Kami lulus - lesen kereta ❤️❤️❤️❤️


Friday, February 19, 2021

Belum ada tajuk (cerpen)


      "Ahhhhhhhh!!!!!!"

Stressnya kerja banyak belum siap lagi .. Walaupun gaya aku jerit seperti kuat tapi sebenarnya slow sangat-sangat.. Gila la aku kalau tiba-tiba menjerit kuat. Dah la sekarang aku dekat Cafe. Walaupun bilik kecik yang aku terperap dari pagi ini jauh ke belakang dan berada di tingkat atas tapi kalau aku jerit mau bergegar bangunan ni . .


Anak mata aku alihkan ke kawasan luar bilik ini. Dari sebalik pintu cermin yang gelap bila lihat dari luar tapi cerah bila aku lihat dari dalam. ramai juga yang memilih untuk naik ke tingkat atas.. Anak mataku larikan ke jam tangan besi yang terletak di tangan kiri aku.

"patut la, lunch time ". Satu keluhan kecik aku lepaskan. Dari pagi aku terperuk dalam bilik ni, semata-mata nak siapkan fail kewangan yang diminta papa kemarin . Sepatutnya aku dah siapkan awal dah. Tapi tiba-tiba mama paksa aku ikut dia ke majlis hari lahir sahabatnya. Dah la majlis tu membosankan, Semua orang tua  aku langsung tak dak kawan..  Mama pulak bila dah jumpa kawan - kawan dia. Ditinggalnya aku sorang-sorang...


Tangan laju mengemas fail dan kertas-kertas yang berterabur di atas meja tadi. Buat kerja kalau tak bersepah dan berterabur atas meja bukan aku la tu...selesai mengemas kaki ku aturkan keluar dari bilik ini, sambil keluar tadi sempat aku membalas senyuman dengan beberapa pelanggan yang sedang menunggu makanan mereka sampai sambil bermain phone.. Muka mereka aku lihat agak terkejut, mungkin mereka tak menyangka di sebalik cermin besar ini sebenarnya ada bilik.


"Ehh cik Mira, nak pergi mana?" seorang pekerja Cafe menegur aku di tangga. Tanpa menjawab pertanyaan dia, aku ajukan soalan lain 

"kak Reen mana?" 

"ada dekat casher tadi cik Mira." 

"orite thank you." 

Dari tangga dah nampak sangat sesak kawasan Cafe. Ya la waktu lunch,  jadi ramai yang rehat, mereka memilih untuk makan di Cafe ini, sebab mempunyai pelbagai jenis menu dan yang paling penting servis dekat cafe ini sangat- sangat cepat. Aku bukan puji sebab Cafe ni papa punya dan bukan sebab cafe ni tempat aku bekerja, tapi memang servis dia laju.. Dari awal penubuhan Cafe ni 10 tahun yang lalu lagi. Memang terkenal dengan servis yang terbaik dan laju. Selain sedap dan semua menu  ada. 

Apabila aku berselisih dengan pelanggan di tangga, hanya senyuman yang mampu aku berikan . Ya, cafe ini memang semua pekerja wajib melemparkan senyuman kepada pelanggan.. Ianya satu tarikan juga untuk pelanggan berasa selesa dan seperti disambut kedatangan mereka untuk makan di sini.. 


"kak Reen penadol ada tak?" 

Kak Reen buat muka hairan seketika ke arah aku sebelum dia melihat pelanggan kembali sambil menyerahkan baki duit kepada seorang pelanggan. 

"terima kasih, datang lagi". 

 "cik mira sakit ke?" 

"sakit kepala sikit ja ni. Makan panadol lega la ni ." jawab aku dengan jawapan lengkap. Sebab aku tahu kalau tak lengkap, kak Reen akan tanya dan tanya lagi.. Panadol di hulurkan pada aku, lalu aku sambutnya.. Mineral water yang berada di atas casher aku ambil  buka dan telan dua biji ubat panadol.. Sebelum telan sempat la aku buat muka tak puas hati . Aku ni jenis manusia yang tak suka pada ubat.. Tapi dengan penadol aku okay sikit sebab mungkin aku dan terbiasa makan.


"nanti kak Reen letak dalam buku ambilan saya ya." 

"baik cik Mira." 

"Cik Mira nak keluar ke?" 

"ha'a mira nak keluar, tapi mira tak balik dah Cafe. Mira ambil MC half day. Stress kepala tengok nombor dari pagi tadi." selesai ayat aku senyum pada kak Reen.. Kak Reen turut senyum dan menggelengkan kepala, dah masak sangat dengan perangai aku yang tak boleh tengok nombor banyak-banyak sangat dalam sehari.. Mahunya tak strees , jiwaku halus sehalus seni . Eh tiba masuk bidang nombor mau tak jemm kepala otak kalau tengok nombor banyak sangat. 

"nanti Mira call papa, bagitau yang mira half day.."

"Mira pergi dulu ya kak Reen. Bye bye". Sempat juga aku bye kepada kak Reen sebelum ada pelanggan yang datang ke casher untuk membayar. 


Setelah segala bag dan barang aku simpan didalam perut cikMy aku, aku masuk ke bahagian pemandu,  Pintu ditutup  Perlahan. Sayang oiittt walaupun kereta ini dah masuk 3 tahun aku beli tapi aku rasakan baru ja lagi aku beli si cikMy ni... Ya cikMy itu panggilan serta nama aku gelar pada kereta Myvi kesayangan aku, aku bukan la seorang yang obses namakan semua barang milik aku dengan nama  cuma kereta ini saja. Barang lain masih aku panggil dengan nama yang selayaknya dipanggil. 


CIKMY, masuk ke kawasan Taman Riakrasi Tasik Cermin . Ini sememangnya tempat kegemaran aku bertahun tahun lamanya, kalau aku tertekan atau tak tahu nak pergi mana  dekat sini la aku lepak dan tenangkan fikiran.. 


 "JAM menunjukkan sekarang pukul 2:15 petang, " kata juruhebah radio erafm. 

"ehh baru pukul 2:15, laju juga aku bawak kereta tadi.." cetus hatiku bersuara..mananya tidak sepatunya masa normal kalau orang lain bawak dari Cafe nak ke tasik cermin ni makan masa 20 minit gak .. Tapi aku 10 minit ja jadinya .. Telefon iPhone 11 plus yang dihadiahkan oleh mama tahun lepas aku ambil.. Ya, mama yang hadiahkan   kalau tunggu aku beli, lambatttt lagi . Sebab iPhone 8 aku masih elok untuk aku gunakan lagi.. Tapi dah mama hadiahkan jadi rezeki la kan, jimat duit aku . Aku bukan kede. .. Cuma berjimat, aku tak suka membazir . Buat apa beli baru kalau yang masih ada masih berfungsi dengan baik... Tapi di sebabkan mana dah bagi, jadi iPhone lama aku, aku hadiahkan pada anak saudara aku, anak kepada sepupu aku. 


Nombor di daill . Kalau orang lain mungkin akan pergi ke contact dan cari nama siapa yang nak di telefon tapi tidak aku. Aku lebih suka daill nombor dengan betul. Walaupun aku dah save nombor tu  Bagi aku, cara ini lebih baik sebab aku akan dapat mengingati nombor orang dengan baik  Kalau letak ja dalam phone tapi tak hafal nanti tiba-tiba phone hilang, kau tak ingat nombor siapa siapa pun  Tak ke jenuh .. 


01162xxxxxx..  

Setelah aku tekan call, aku letakkan gangguan telefon ke telinga, tunggu sehingga orang yang aku panggil menjawabnya. 

"Assalamualaikum papa" selepas aku pasti panggilan itu dijawab aku memulakan perbualan  

"papa, adik dah siapkan fail kewangan yang papa mintak semalam. Adik letak dekat bilik adik dekat cafe nanti papa ambil ya." 

"" ehhh adik tak ada dekat cafe ke? " tanya papa dalam talian. 


" adik keluar dah, adik MC half day ya papa. Pening la hadap fail kewangan dari pagi tadi. " aku jelaskan. 

" ni dekat mana? Jangan balik lambat pulak, sampai rumah awal sebelum pukul 7 malam. " walaupun jawapan kepada soalan papa aku tidak jawab, tapi sebenarnya pap dah tahu aku akan berada dekat mana jika aku  tertekan. 

" Roger Tuan. " hehehhehe tergelak kecik aku lepas mengatakannya 

" bye papa. ". Aku tamatkan panggilan selepas salam aku dijawab papa 


 Topi di sebelah tempat penumpang aku ambil dan pakai. Petang macam ni, memang tak ramai orang, sebab cuaca panas . Sunscreen aku oleskan di wajah. Supaya tak ada la burn muka aku nanti. Kawasan tempat parking sudah kembali kosong, tadi aku tengok banyak  lagi kereta sebab tempat aku parking Cikmy aku ni dekat kawasan dalam masjid tepi tasik cermin.jadi ramai orang solat zohor disini. Di sebabkan aku ABC (Allah bagi cuti) jadi aku tidak masuk ke dalam masjid.  selalunya aku akan solat di masjid ini dulu supaya aku akan jadi tenang setenangnya. sebelum aku buat aktiviti menenangkan yang lain.. Tapi kalini tak boleh  maka terus aku capai barang-barang aku.. Bonek Cikmy aku buka, terserlah papan lukisan dan stand untuk meletakkan papan lukisan ini.. Aku jenis suka bawak semua barang sekali semua, sebab malas nak patah balik... Setelah semua barang aku sudah pastikan yang aku dah ambil, dan Cikmy aku pun aku dah kunci, perlahan lahan kaki aku aturkan ke kawasan tasik, agak jauh tapi aku rela ....


...............................bersambung 🌹



Monday, February 15, 2021

Mood membaca I

Assalamualaikum 
Minggu ni mood rajin Membaca.. Tak tau la pasai apa  Tiba2 rajin .... Tapi bukan lah buku pelajaran. Hahahhaha buku novel ja .. Tapi still ilmu apa . Ilmu cinta gituuu .. 

Okay2 kita serious ❤️❤️

Hari ni dengan kemarin kami habiskan masakan buat kerja rumah dengan baca novel.. 1 hari satu novel .. Hahahha tapi novel tahun lepas la kami beli.. Tahun ni mood beli novel tak ada lagi . Tengoklah mau rajin nanti... 

Novel pertama kami baca adalah novel bertajuk 

Dr.Alpa Male 
Actually aku xdak mood menulis lagi.. Nanti aku sambung lain... 14-15 September 2019



Last tulis pasal suka baca buku bulan 5 2019 gus. ..bahaya haba masyaAllah. 

Okay ni betul.rupanya kami ni ada mood yang mana berubah rubah.. bila mood menulis datang kami akan suka menulis.rasa tak bosan langsung. Tapi bila mood menulis tu dah hilang maka ianya akan jadi bosan.. macam la mood membaca.  Minggu lepas hari hari kami baca..sampai tak mu lepas la baca.tapi minggu ni , 1 helai muka surat pun malas nk baca..bahaya bah


Betul la perempuan tu mood dia berubah rubah. ..diri kita sendiri pun tak boleh nak kawal. Ikut jalan apa yang berlaku.  

Insya Allah tahun ni angannya nk beli buku temeh Abdullah banyak2. . Heheheh katanya dia nak keluarkan lagi  buku. .. okay nanti nak tulis satu entri pasal temeh Abdullah la. Mana tau nanti dia ter search pasal nama dia and terbaca blogs kami ni.ni . haya ya hayat hapus nya. .tiba awa


Orite tq sanggup baca. 16 Februari 2021

Friday, January 1, 2021

Terima kasih tahun 2020

 Assalamualaikum......

Tahun 2020, disini coretan aku yang aku tulis, untuk memori aku.. Terima kasih kerana membuat aku teruja untuk memasuki tahun mu ketika itu.. Siapa tidak teruja apabila setiap tahun akan menyebut 2020... Dari zaman aku sekolah rendah hingga sekolah menengah dan hingga aku mengajak ke alam pekerjaan.. Walaupun ketika itu, kita tidak fikir apa apa atau beranggapan lambat lagi 2020.. Tetapi dengan kita x sedar kita sudah pun melalui tahun itu.. 



Tahun 2020, kehadiran mu di tunggu setiap tahun.. Tetapi Allah meminta untuk seluruh bumi ini berehat buat seketika dan dihantar tentera tentera virus untuk menyedarkan Manusia.. Sekali kita tengok dan fikir.. Apa yang kau lakukan di masa tahun 2020 ??


Dear 2020... Kau banyak mengajar manusia tentang keimanan, ketakutan dan kebahagiaan yang mana  kadang manusia turut lupa.. Dalam sejarah hari raya disambut dgn tidak meriah.. Anak anak perntawan tidak dibenarkan balik . Sekolah ditutup.. Hospital penuh dgn pesakit. Ramai yang kehilangan kerja . Ramai yang menghulurkan bantuan.. Ramai yang bersatu . 


Dear 2020... Perjalanan untuk menempuh tahun mu sungguh mencabar dan sangat terasa bagi semua orang .. Walaupun hari ini sudah pun masuk tahun baru 2021.. Kenangan, kepahitan dan kegembiraan yang lahir pada tahun 2020 sukar dilupakan.. Norma baru dalam pergaulan turut kita titipkan.. Cara pemakaian.. Virus dan penyakit rata rata sangat terkesan dalam jiwa setiap manusia . Bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia.. Kematian setiap hari di sana sini . Penyembuhan dari penyakit dgn kuasa Allah tanpa ada penawar sebenarnya... Tapi dengan kuasa yang maha kuasa Allah mempermudahkan segala urusan kita semua. 


Semoga tahun 2021 akan lebih baik dan terbaik.. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua dan meluaskan rezeki kita semua lagi... Permulaan hari dan tarikh yang sungguh indah bagi tahun 2021


Sekian coretan miss F 

1/1/21

Jumaat..



Tak perlu beriaa !!!

 Assalammualaikum.. catatan untuk hari ini sekadar luahan dari hati ini. TAK PERLU BERIA! yes, tajuk untuk penulisan kali ni. --------------...