Kelas Aliran Agama & Sekolah Agama
Kelas Aliran Agama atau lebih mudah dipanggil (KAA)...Kepada adik - adik yang sedang mencari sekolah mana yang boleh dimohon untuk masuk bagi menaiki tingkatan 1.adik dah jumpa blog yang akan terang mengenai kelas aliran agama..
Di serata negeri di Malaysia terdapat sekolah- sekolah yang telah diwujudkan (KAA) kelas aliran Agama dan sekolah agama...Antara sekolah yang menawarkan kelas aliran agama dan sekolah agama yang terdapat di PERLIS ialah
Perlis :-
1. SMK SYED ALWI
2, SMK TUANKU LAILATUL SHAHREEN
3. SMK ABI
4.SMK AL-ISLAHIYAH
5..SMK TENGKU SILEIMAN
6.SMK SANGLANG
7.SMK SYED AHMAD
8.SMK RAJA MUDA TENGKU FAUZIAH
9. SMK AGAMA ARAU
10.SMK AGAM PEREMPUAN KANGAR
baiklah adik-adik dah tahu nama-nama sekolah yang adik-adik boleh mohon kan ..jadi kami nak cerita pasai langkah-langkah macam mana nak mohon pulak ....step by step okay kami terangkan..
Pertama
Silalah rajin-rajin kan diri ambil borang kelas Aliran agama dekat pejabat sektor pendidikan islam negeri masing – masing.. Atau hampa tak tau dekat mana, hampa boleh tanya dekat ustazah – ustazah dekat sekolah rendah hampa masa hampa tunggu result UPSR atau lepas dah ambik keputusan UPSR sebab dah boleh buat keputusan masuk sekolah mana.
Kedua
Lepas hampa dah isi borang, pergi la hantar dekat pejabat sektor pendidikan islam dekat negeri hampa jangan simpan pulak borang yang dah ambik tu.. Sat g hampa tak leh masuk pulak. Sebab lambat hantar borang tu akan melambatkan proses hampa untuk buat ujian bertulis.
Ketiga
Dalam bulan 12 macam tu hampa yang memohon dan layak akan dipanggil untuk membuat ujian bertulis untuk masuk sekolah agama atau kelas Aliran agama. Masa ujian ini pihak sektor pendidikan akan telefon nombor telefon yang hampa bagi tu.. Lepas tu hampa akan diminta membuat ujian bertulis serta ujian lisan seperti Membaca Al Quran. Semua ini penting ya.. Sebab semua ni yang melayakkan hampa masuk sekolah agama atau kelas aliran agama. Antara bentuk soalan adalah seperti ini :
Tulisan Bahasa Melayu tukar kepada tulisan jawi.
Atau
Arab tukar kepada jawi
Bahasa Inggeris tukar jawi
Psstt : nampak tak jawi sangat penting ya dalam aliran agama..
Keempat
Jika hampa semua lulus dalam kedua-dua ujian tersebut. Hampa akan dapat panggilan lepas tu hampa akan dapat surat menandakan hampa berjaya dan lulus untuk masuk sekolah agama atau kelas Aliran agama.. Masa ni hampa akan dapat tau hampa akan belajar dekat sekolah mana.. InsyaAllah selalunya semua pelajar akan lulus.. BUATLAH KERANA ALLAH.. insya Allah segalanya dipermudahkan… Amenn
contoh surat tawaran hampa layak masuk kelas aliran agama. *sumber facebook
Kelima
Bila dah dapat surat tawaran apa mestilah lepas tu masuk sekolah yang hampa dapat tu kan.. Owhhh lupa jangan lupa ya beli baju sekolah dan tudung sekolah.. Warna tudung aliran agama dan sekolah agama berbeza dari aliran biasa ya.. Dari segi labuh sudah semestinya labuh ya.. Nama pun sekolah agama dan kelas Aliran agama. Lepas tu warna tudung ialah warna biru.. Bukan biru tua ya tapi biru laut mcm gambar bawah ni :
*sumber gambar dari google
Kami pinjam gambar dari Google..
SELAMAT MEMUALAKAN PERSEKOLAHAN HAMPA SEMUA DAN BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG ALLAH BERI UNTUK HAMPA BELAJAR ILMU AGAMA ALLAH..Bukan semua orang dapat rezeki macam hampa… Sekali lagi TAHNIAH!!!Kepada yang tak berjaya untuk masuk masa NI. hampa jangan sedih tau … Jagan risau kami akan cerita next update blog okay.. Tajuk dia akan jadi
MACAM MANA CARA NAK MASUK KELAS ALIRAN AGAMA KALAU TAK LULUS UJIAN AWAL ATAU LUPA HANTAR BORANG.
Okay sampai di sini saja story untuk hari ini…
No comments:
Post a Comment