Assalammualaikum.. hai, malam- malam ni nak pada dokuman dekat laptop ..pastu ternampak satu satu fail Microsof word pasal satu cerita yang kami buat ..ala2 cerpen pendek.. join program bawah upsi.. kawan kami la Nafishah ajak..so join la kami... yang lawak kami tulis tak sampai 30 minit pun.. siap hantar dan send dekat email depa.. lepas 2 minggu macam tu.. kawan kami kata nama kami dapat hadiah cabutan bertuah... alhamdulilah.. tapi lawak juga la.. alamdulilah rezeki.. dapat la sijil and hadiah buku kosong yang ada my name dekat buku tu.. sangat-sangat teruja masa dapat tu.... well hadiah sapa tak nak.. so kami nak save dekat sini .. cerpen apa yang kami tulis... walaupun tak menang tapi dpt cabutan bertuah...
Kalau sudi baca..silakan..
Warkah dariku, bulan Mac 2020 merupakan bulan yang mengubah segalanya dalam diriku. Perkara yang tidak pernah terjangkau akal fikiran untuk aku berdepan dengan sintuasi seperti ini. Aku tidak dapat menerima kenyataan yang begitu mengejutkan ini. Perkara ini berlaku sangat pantas tanpa dipindah ianya berlaku, tanpa diseru ianya hadir. Tidak ada seorang yang terlepas dengan sintuasi yang mengejutkan buat dunia. Sememangnya ianya bukan datang dari Malaysia, tetapi ianya dibawa ke sini dengan atas izin Allah. Sesungguhnya, manusia berada dalam ketakutan, tiada apa yang boleh menghalang melaikan satu peraturan yang dicipta ataupun lebih kerap aku dengari normal baru kehidupan. PKP Perintah Kawalan Pergerakan, bermula normal baru dalam setiap kehidupan manusia di Malaysia. Tidak dibenarkan keluar tanpa tujuan yang benar, pelajar sepertiku diarah balik ke kampung halaman masing-masing.Aku Ketika itu masih terpinga-pinga, tapi mujur aku punyai kawan mahasiswi yang banyak mengetahui maklumat terkini dan bersiap sedia hadapi PKP. Sintuasi semasa pkp bukanlah sesuatu yang membebankan bagiku, malah aku bersyukur sebab aku dapat berada bersama-sama keluarga tercintaku. Bagi diriku langsung tiada masaalah, tapi aku kasihan pada kawan-kawan yang mempunyai masaalah dan berada di pendalaman untuk menyertai kelas dalam talian. Aku sedar walau timbul kesulitan dalam waktu PKP ini, masih banyak perkara untuk aku syukuri.
Thank you sudi baca...
8/10/21 - 10.38 mlm
MissF.
No comments:
Post a Comment