Tuesday, December 21, 2021

BENCANA BANJIR DI MALAYSIA 18 DIS 2021 (part1)

 Assalammualaikum..

tujuan kami menulis coretan ini adalah untuk menjadikan satu peringatan dan ingatan yang mana perkara yang sedih yang tiba-tiba berlaku..

sebelum tu kami tertarik dengan 1 slogan yang tiba-tiba keluar kali ini, iaitu apa?

" RAKYAT BANTU RAKYAT "

kita selalu dengar dan tengok sendiri.. orang Malaysia ni semuanya baik hati dan prihatin serta suka membantu. Jadi tak sampai 1 hari ramai dah yang turun padang, yang NGO dekat luar sana yang menjalankan misi bantuan.. MasyaAllah.. kalau tengok keadaan banjir kali ni, macam tak sangka pun.. btw ada juga yang cakap, banjir ni disebabkan sistem saliran air yang tak boleh mengalir yang menyebabkan banjir..


bangunan buat banyak-banyak tapi longkang pun tak nak buat.. Sekali lagi teringat tentang kampung yang dulu orang suruh buat longkang depa tak mau.. now bila hujan lebat sikit ja rumah depa akan bah (banjir- air bertakung ) sebab apa sistem pengairan yang tak ada dekat rumah.. Now baru sedar kot.. tu payah cakap dengan orang kampung yang dah berusia sebenarnya.. tapi tak ada la berusia sangat.. rasa jenis umur ertengahan yang anggap apa orang buat tak betul ..Tapi apa yang dia buat semua betul.. Apa daaaa..

Baik sambung kepada topik asal kita.. Kami dapat tau pasal benda ni agak lewat juga kot.. sebab emosi kami tengah bertarung dengan keadaan kesihatan abah.. jadi agak tak ambik tau sangat la.. Tapi tau la ada banjir apa semua tapi macam kita tolak dulu ke tepi.. sebab kita pun dalam masaalah juga.. 


pasal kesihatan abah ,kami akan cerita di next story missF.. panjang dan perlu masa yang banyak untuk menulis dengan teliti..gitu..

Dekat instagram banyak dah orang post pasal video banjir orang terperangkap dan sebagainya..Allahuakhabar ...

dan paling kami rasa sedih bila mana , rumah-rumah hilang dari tempat asal disebabkan keadaan banjir yang sangat tinggi dan deras... Allahhuakhbar..


dengan habis segala kelengkapan dalam rumah yang rosak..Tapi kami cakna 1 benda.. tips tips yang orang bagi tentang cara nak cuci rumah daripada lumpur banjir.. sesungguhnya banjir itu datang air berserta dengan lumpur tanah.. Allahhuakhar..


bayangkan sekelip mata segala barang hilang , rosak.. banyak kereta-kereta yang ditengelammi air..

semoga segalanya dipermudahan dan diberikan kekuatan untuk mengharugi segala cabaran ini..aamin



nanti kami nak share gambar dan video.. masuk part 2 la nanti.. hope i rajin la menulis..hehhehe


sekian part 1


No comments:

Post a Comment

Tak perlu beriaa !!!

 Assalammualaikum.. catatan untuk hari ini sekadar luahan dari hati ini. TAK PERLU BERIA! yes, tajuk untuk penulisan kali ni. --------------...