Friday, February 19, 2021

Belum ada tajuk (cerpen)


      "Ahhhhhhhh!!!!!!"

Stressnya kerja banyak belum siap lagi .. Walaupun gaya aku jerit seperti kuat tapi sebenarnya slow sangat-sangat.. Gila la aku kalau tiba-tiba menjerit kuat. Dah la sekarang aku dekat Cafe. Walaupun bilik kecik yang aku terperap dari pagi ini jauh ke belakang dan berada di tingkat atas tapi kalau aku jerit mau bergegar bangunan ni . .


Anak mata aku alihkan ke kawasan luar bilik ini. Dari sebalik pintu cermin yang gelap bila lihat dari luar tapi cerah bila aku lihat dari dalam. ramai juga yang memilih untuk naik ke tingkat atas.. Anak mataku larikan ke jam tangan besi yang terletak di tangan kiri aku.

"patut la, lunch time ". Satu keluhan kecik aku lepaskan. Dari pagi aku terperuk dalam bilik ni, semata-mata nak siapkan fail kewangan yang diminta papa kemarin . Sepatutnya aku dah siapkan awal dah. Tapi tiba-tiba mama paksa aku ikut dia ke majlis hari lahir sahabatnya. Dah la majlis tu membosankan, Semua orang tua  aku langsung tak dak kawan..  Mama pulak bila dah jumpa kawan - kawan dia. Ditinggalnya aku sorang-sorang...


Tangan laju mengemas fail dan kertas-kertas yang berterabur di atas meja tadi. Buat kerja kalau tak bersepah dan berterabur atas meja bukan aku la tu...selesai mengemas kaki ku aturkan keluar dari bilik ini, sambil keluar tadi sempat aku membalas senyuman dengan beberapa pelanggan yang sedang menunggu makanan mereka sampai sambil bermain phone.. Muka mereka aku lihat agak terkejut, mungkin mereka tak menyangka di sebalik cermin besar ini sebenarnya ada bilik.


"Ehh cik Mira, nak pergi mana?" seorang pekerja Cafe menegur aku di tangga. Tanpa menjawab pertanyaan dia, aku ajukan soalan lain 

"kak Reen mana?" 

"ada dekat casher tadi cik Mira." 

"orite thank you." 

Dari tangga dah nampak sangat sesak kawasan Cafe. Ya la waktu lunch,  jadi ramai yang rehat, mereka memilih untuk makan di Cafe ini, sebab mempunyai pelbagai jenis menu dan yang paling penting servis dekat cafe ini sangat- sangat cepat. Aku bukan puji sebab Cafe ni papa punya dan bukan sebab cafe ni tempat aku bekerja, tapi memang servis dia laju.. Dari awal penubuhan Cafe ni 10 tahun yang lalu lagi. Memang terkenal dengan servis yang terbaik dan laju. Selain sedap dan semua menu  ada. 

Apabila aku berselisih dengan pelanggan di tangga, hanya senyuman yang mampu aku berikan . Ya, cafe ini memang semua pekerja wajib melemparkan senyuman kepada pelanggan.. Ianya satu tarikan juga untuk pelanggan berasa selesa dan seperti disambut kedatangan mereka untuk makan di sini.. 


"kak Reen penadol ada tak?" 

Kak Reen buat muka hairan seketika ke arah aku sebelum dia melihat pelanggan kembali sambil menyerahkan baki duit kepada seorang pelanggan. 

"terima kasih, datang lagi". 

 "cik mira sakit ke?" 

"sakit kepala sikit ja ni. Makan panadol lega la ni ." jawab aku dengan jawapan lengkap. Sebab aku tahu kalau tak lengkap, kak Reen akan tanya dan tanya lagi.. Panadol di hulurkan pada aku, lalu aku sambutnya.. Mineral water yang berada di atas casher aku ambil  buka dan telan dua biji ubat panadol.. Sebelum telan sempat la aku buat muka tak puas hati . Aku ni jenis manusia yang tak suka pada ubat.. Tapi dengan penadol aku okay sikit sebab mungkin aku dan terbiasa makan.


"nanti kak Reen letak dalam buku ambilan saya ya." 

"baik cik Mira." 

"Cik Mira nak keluar ke?" 

"ha'a mira nak keluar, tapi mira tak balik dah Cafe. Mira ambil MC half day. Stress kepala tengok nombor dari pagi tadi." selesai ayat aku senyum pada kak Reen.. Kak Reen turut senyum dan menggelengkan kepala, dah masak sangat dengan perangai aku yang tak boleh tengok nombor banyak-banyak sangat dalam sehari.. Mahunya tak strees , jiwaku halus sehalus seni . Eh tiba masuk bidang nombor mau tak jemm kepala otak kalau tengok nombor banyak sangat. 

"nanti Mira call papa, bagitau yang mira half day.."

"Mira pergi dulu ya kak Reen. Bye bye". Sempat juga aku bye kepada kak Reen sebelum ada pelanggan yang datang ke casher untuk membayar. 


Setelah segala bag dan barang aku simpan didalam perut cikMy aku, aku masuk ke bahagian pemandu,  Pintu ditutup  Perlahan. Sayang oiittt walaupun kereta ini dah masuk 3 tahun aku beli tapi aku rasakan baru ja lagi aku beli si cikMy ni... Ya cikMy itu panggilan serta nama aku gelar pada kereta Myvi kesayangan aku, aku bukan la seorang yang obses namakan semua barang milik aku dengan nama  cuma kereta ini saja. Barang lain masih aku panggil dengan nama yang selayaknya dipanggil. 


CIKMY, masuk ke kawasan Taman Riakrasi Tasik Cermin . Ini sememangnya tempat kegemaran aku bertahun tahun lamanya, kalau aku tertekan atau tak tahu nak pergi mana  dekat sini la aku lepak dan tenangkan fikiran.. 


 "JAM menunjukkan sekarang pukul 2:15 petang, " kata juruhebah radio erafm. 

"ehh baru pukul 2:15, laju juga aku bawak kereta tadi.." cetus hatiku bersuara..mananya tidak sepatunya masa normal kalau orang lain bawak dari Cafe nak ke tasik cermin ni makan masa 20 minit gak .. Tapi aku 10 minit ja jadinya .. Telefon iPhone 11 plus yang dihadiahkan oleh mama tahun lepas aku ambil.. Ya, mama yang hadiahkan   kalau tunggu aku beli, lambatttt lagi . Sebab iPhone 8 aku masih elok untuk aku gunakan lagi.. Tapi dah mama hadiahkan jadi rezeki la kan, jimat duit aku . Aku bukan kede. .. Cuma berjimat, aku tak suka membazir . Buat apa beli baru kalau yang masih ada masih berfungsi dengan baik... Tapi di sebabkan mana dah bagi, jadi iPhone lama aku, aku hadiahkan pada anak saudara aku, anak kepada sepupu aku. 


Nombor di daill . Kalau orang lain mungkin akan pergi ke contact dan cari nama siapa yang nak di telefon tapi tidak aku. Aku lebih suka daill nombor dengan betul. Walaupun aku dah save nombor tu  Bagi aku, cara ini lebih baik sebab aku akan dapat mengingati nombor orang dengan baik  Kalau letak ja dalam phone tapi tak hafal nanti tiba-tiba phone hilang, kau tak ingat nombor siapa siapa pun  Tak ke jenuh .. 


01162xxxxxx..  

Setelah aku tekan call, aku letakkan gangguan telefon ke telinga, tunggu sehingga orang yang aku panggil menjawabnya. 

"Assalamualaikum papa" selepas aku pasti panggilan itu dijawab aku memulakan perbualan  

"papa, adik dah siapkan fail kewangan yang papa mintak semalam. Adik letak dekat bilik adik dekat cafe nanti papa ambil ya." 

"" ehhh adik tak ada dekat cafe ke? " tanya papa dalam talian. 


" adik keluar dah, adik MC half day ya papa. Pening la hadap fail kewangan dari pagi tadi. " aku jelaskan. 

" ni dekat mana? Jangan balik lambat pulak, sampai rumah awal sebelum pukul 7 malam. " walaupun jawapan kepada soalan papa aku tidak jawab, tapi sebenarnya pap dah tahu aku akan berada dekat mana jika aku  tertekan. 

" Roger Tuan. " hehehhehe tergelak kecik aku lepas mengatakannya 

" bye papa. ". Aku tamatkan panggilan selepas salam aku dijawab papa 


 Topi di sebelah tempat penumpang aku ambil dan pakai. Petang macam ni, memang tak ramai orang, sebab cuaca panas . Sunscreen aku oleskan di wajah. Supaya tak ada la burn muka aku nanti. Kawasan tempat parking sudah kembali kosong, tadi aku tengok banyak  lagi kereta sebab tempat aku parking Cikmy aku ni dekat kawasan dalam masjid tepi tasik cermin.jadi ramai orang solat zohor disini. Di sebabkan aku ABC (Allah bagi cuti) jadi aku tidak masuk ke dalam masjid.  selalunya aku akan solat di masjid ini dulu supaya aku akan jadi tenang setenangnya. sebelum aku buat aktiviti menenangkan yang lain.. Tapi kalini tak boleh  maka terus aku capai barang-barang aku.. Bonek Cikmy aku buka, terserlah papan lukisan dan stand untuk meletakkan papan lukisan ini.. Aku jenis suka bawak semua barang sekali semua, sebab malas nak patah balik... Setelah semua barang aku sudah pastikan yang aku dah ambil, dan Cikmy aku pun aku dah kunci, perlahan lahan kaki aku aturkan ke kawasan tasik, agak jauh tapi aku rela ....


...............................bersambung 🌹



No comments:

Post a Comment

Tak perlu beriaa !!!

 Assalammualaikum.. catatan untuk hari ini sekadar luahan dari hati ini. TAK PERLU BERIA! yes, tajuk untuk penulisan kali ni. --------------...