Assalamualaikum......
Tahun 2020, disini coretan aku yang aku tulis, untuk memori aku.. Terima kasih kerana membuat aku teruja untuk memasuki tahun mu ketika itu.. Siapa tidak teruja apabila setiap tahun akan menyebut 2020... Dari zaman aku sekolah rendah hingga sekolah menengah dan hingga aku mengajak ke alam pekerjaan.. Walaupun ketika itu, kita tidak fikir apa apa atau beranggapan lambat lagi 2020.. Tetapi dengan kita x sedar kita sudah pun melalui tahun itu..
Tahun 2020, kehadiran mu di tunggu setiap tahun.. Tetapi Allah meminta untuk seluruh bumi ini berehat buat seketika dan dihantar tentera tentera virus untuk menyedarkan Manusia.. Sekali kita tengok dan fikir.. Apa yang kau lakukan di masa tahun 2020 ??
Dear 2020... Kau banyak mengajar manusia tentang keimanan, ketakutan dan kebahagiaan yang mana kadang manusia turut lupa.. Dalam sejarah hari raya disambut dgn tidak meriah.. Anak anak perntawan tidak dibenarkan balik . Sekolah ditutup.. Hospital penuh dgn pesakit. Ramai yang kehilangan kerja . Ramai yang menghulurkan bantuan.. Ramai yang bersatu .
Dear 2020... Perjalanan untuk menempuh tahun mu sungguh mencabar dan sangat terasa bagi semua orang .. Walaupun hari ini sudah pun masuk tahun baru 2021.. Kenangan, kepahitan dan kegembiraan yang lahir pada tahun 2020 sukar dilupakan.. Norma baru dalam pergaulan turut kita titipkan.. Cara pemakaian.. Virus dan penyakit rata rata sangat terkesan dalam jiwa setiap manusia . Bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia.. Kematian setiap hari di sana sini . Penyembuhan dari penyakit dgn kuasa Allah tanpa ada penawar sebenarnya... Tapi dengan kuasa yang maha kuasa Allah mempermudahkan segala urusan kita semua.
Semoga tahun 2021 akan lebih baik dan terbaik.. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua dan meluaskan rezeki kita semua lagi... Permulaan hari dan tarikh yang sungguh indah bagi tahun 2021
Sekian coretan miss F
1/1/21
Jumaat..
No comments:
Post a Comment