Assalammualaikum..
ayuhh kita sambung cerita perjalanan vaksin .. Sekali lagi kami terang.. ni untuk kenangan.. kenangan dan pengalaman x boleh diulang kan.. jadi bagi kami blog ni macam satu memori apa yang berlaku ... bukan saja dapat memberikan maklumat pada orang lain.. tapi ianya dapat memberikan satu kenangan yang boleh kami ingat kembali.
okay, bila dah dapat tarikh ,so tunggu masa tarikh tu mesti la kita ada perasaan macam-macam.. kita rasa macam kena p mana masa sampai nanti. apa yang kena buat... dah sebagainya..sebab kami ni jenis seorang yang perlu gambaran awal sebelum kami buat apa-apa benda. Supaya kami tak rasa janggal bila melalui sintuasi tu.
kami kena dekat Dewan 2020 , tarikh 28/7/2021 , pukul 3 ptg...
Kami bertolak awal juga la 15 minit awal..tapi sebab ramai gila orang so dekat 3.10 juga kami baru dapat duduk dekat kerusi khemah... Nasib masa tu hujan renyai-renyai ja.. kami dapat kad pkl 3.30 ptg..
nombor ni pun ada kisah tau... lepas dapat kad ni , kena duduk dekat luar dulu.. pastu dia akan panggil 10 orang mcm nombor sebelum kami 051-060.. so kami 061 terpaksa tunggu lagi.. sapa dapat nombor 060 memang untung sebab dia duduk sat ja pastu orang panggil... padahal dia mai duduk sama kami ja.. cuma rezeki dia cepat sikit.hahahahah
lepas tu dia akan panggil .. and kami first kan lepastu scan mysejahtera sebelum masuk next checkpoint.. dekat sini dia bahagikan tempat duduk dos 1 dan dos 2.. btw ramai gila okay masa kami kena ni..
ini pulak check point ke dua untuk duduk sebelum masuk kedalam.. dekat sini kita boleh tengok.. dos 1 ramai gila.. dos ke 2 sikit ja... selalu laju ahhh kalau dah dos 2..
pastu kan dekat sini sebelum masuk dia akan suruh check suhu.. dekat sini kami kena mcm tadi gak 061 kena tunggu dulu selepas 060 hahahhaha xpa kali ni sat ja...
pastu next check point kena pergi 3 meja... meja 1 kena isi borang , mcm nama dengan ic.. pastu meja kedua dia isi dalam komputer .. meja ketiga dia tanda apa tak tau dekat laptop dia.. pastu done dekat checkpoint ke 3... owhh lupa nak gtau ..dekat sini soalan depa sama " ada pergi mana-mana? keluq dari negeri perlis? saudara mara yang ulang alik kurang dari 14 hari?" mcm tu la semua ku geleng... tapi ada 1 soalan tu kami blur jap...
dia tanya , pelajar ke bekerja? pastu otak kami mcm aku kerja tapi aku beljaq juga.. so kami sebut apa yg dia mula-mula sebut.. pelajar hahahahaha .. tapi kami tambah " pelajar part-time...pastu dia tnya universiti mana.. kami jawab la uum ...pastu dia cakap "owhhh lama dah saya tak p uum.. bukan p belajaq tapi p makan..makanan dekat situ sedap" kami pun angguk-angguk ja.. padahal kami mana duduk situ pun.. kita uum kl la.hahahhaha tapi buat -buat tau...lawak doooo ...
next checkpoint kena isi borang jenis vaksin apa pulak... kira perjanjian kita la... sambil dok isi doktor tu macam tanya soalan dan bagi info.. dalam hati kami " mesti dr ni bosan tanya soalan yang sama "
last soalan dia sebelum kami habis tulis " dah kahwin?" " belum jawab terus tanpa fikir" lelaki dia tak tanya lak.. mungkin dia nk tau la kalau ada ibu mengandung kan... nasib la badan besar. sob-sob- sob nangis tepi bucu meja jap...
lepas jumpa dr tu..kami kena duduk tempat duduk... btw dekat sini best.. kita akan main aci bangun duduk..hahahhah
bila orang depan bangun kita kena isi tempat kosong dekat depan.. macam berbaris la ..tapi gaya duduk lak... kami boleh gelak sorang dalam mask masa nak kena bangun duduk.. terhibur kejap ...hilang kejap takut nak cucuk vaksin..
so, sampai dekat depan sekali tempat duduk.. masa kami kena dos 1 nurse yg jaga.. tapi masa dos ke 2 rela jaga... okay so sampai dekat sini akan ke check point seterusnya.. ni main kerusi 6 orang ja..hahahhhahaha srs otak kami fikir benda ni game ..mungkin otak budak-budak ada lagi dekat kami..
game kali ni ,kaedah dia buat pusingan... pusingan sampai cukup 6 kerusi kita duduk bangun dekat sini...
masa dekat sini kami dah mula cuak .. dalam hati " mintak-minta perempuan yang cucuk kami.. aamin , aamin... dok doa ulang-ulang dah mcm berzikir la pulak... tengok bilik sebelah, nampak dr lelaki sebab nampak kaki dengan kasut.. doa berdoa nasib x p duduk sebelah sana..
next..
baru la dapat p depan kerusi yg 1 untuk tunggu masuk dalam bilik cucuk vaksin tu (bilik ala kain) masa duduk tu.. kami boleh dengaq orang dalam cakap... alhamdulilah perempuan dua-dua dalam ni..
ha, depan kain ni.. kalau depa selak kain ni nampak la orang tengah cucuk vaksin... btw time ni kami dah cuak habis dah... tapi buat cool ja... pastu kami dengar orang sebelum kami masa dia masuk tadi.. nurse suruh buka mysejahtera siap-siap.. dalam hati kami nak rekod tapi emmmmmm..
so masuk ja dalam ni terus depa mintak phone.. maka tak jadi la kami nak ambik video... tak pa la .. yang penting kami tengok degan mata kepala kami dia tunjuk
berapa isi padu cecair vaksin tu dan dia cucuk. dia tekan dia suruh kami tengok.. kami pun tegok dengan relaxnya okay.. muka cuak xdak langsung.. tahniah untuk diri sendiri sebab tak takut dan keadaan cool ja... pastu dia tarik jarum pun kami tengok... selesai dos 1 alhamdulilah...
keluq dari bilik kain ni.. kena timbang berat badan dan ukur tinggi.. ohhh dekat sini banyak sikit cerita kami... hahahahahah
masa tu dia suruh kami buka kasut..dah la kasut jenis susah gak kami pakai dia jadi nampak kami kelam kabut.. nurse tu siap tegur.. kelam kabut dan p mana dah cucuk dah pun... dalam hati saya x kelam kabut tapi kasut ni tak mau bagi kerja sama la pulak... dan opcosss la timbang berat badan la paling takut sekali.hahahhahahaha
so berat badan kami ************** ( opss rahsia)
tapi tinggi kami , kami mcm x percaya nurse tu ukur... before ni kami ukur tinggi kami 168cm.. tapi tiba2 nurse tu cakap 166 cm weii kami makin pendek ka.. sob - sob - sob nangis bucu meja lagi...
lepas dah ukur apa semua.. check point kedua terakhir iaitu kena tunggu ambik balik ic dan kad temujanji vaksin.. so dalam 15 minit gak la menungggu nya.. dah dapat kita ke checkpoint terakhir iaitu di tempat bergambar... masa dekat sini kan ada cerita dia..hahahahahha
kami selalu kena time belakang lelaki yang beratur..so depan kami nasib perempuan.. so kami pun buat-buat la peramah sikit..hahahahah " boleh tolong tangkap gambar tak kejap lagi... nanti saya tangkap gambaq awak balik".. mcm tu la perbualan seingat kami...
so orang depan kami pun setuju... so sampai turn kami dua.. kami ambik phone dia.. and klik...... dalam 3 , 4 keping gak kami tolong ambik... lepas tu turn kami lak dia tolak ambik... done tukaq phone and ucap thank you kami dua belah dari dewan tu...
so ni la gambar yang dia tangakap thank you awak yang tangkap walaupun kita x kenal awak.. kita harap gambar awak pun cantik kita tangkap..hehehehhe
gambar dos 1... yahoooo alhamdulilah..
next dos ke 2...
No comments:
Post a Comment