Friday, April 2, 2021

LAPTOP UNTUK PELAJAR - cerita MissF beli laptop baru

       acer swift 3




Assalammualaikum, ini merupakan pengalamaan pertama kami beli Laptop...setiap orang pasti mempunyai kemahuan dan kehendak.. selalunya kita akan pilih yang mana dulu? pastinya keperluan dulukan. Tapi godaan demi godaan untuk kehendak tu selalunya sangat kuat.. Mampu ke kita tepis godaan kehendak tu? Selalunya perkara ini berlaku pada orang yang kurang berduit dan orang yang suka menyimpan duit. Kalau orang yang berduit ,yang memang banyak gila duit, dia akan fikir kehendak tu pun penting, sebab dia banyak duit. jadi kalau barang yang dia beli tu dia tak pakai pun sebenarnya, tapi dia tetp beli sebab apa? sebab berduit.. maaf jika kami melalut.. 


Jadi untuk Laptop Acer swift 3 ni adalah keperluan kami. Pada mulanya kami berkenan sangat-sangat dengan macbook pro..Tapi harga dia terlampau mahal. untuk tempoh masa sekarang kami tak mampu lagi untuk beli.. Tapi mana tau akan ada rezeki di masa akan datang kan untuk kami beli Macbook Pro..

Berbalik kepada Acer swift 3, ianya baru saja dilancarkan pada tahun lepas , iaitu pada Oktober 2020.. baru lagi awak nye.. tapi pada tahun 2021 ini Acer sebenarnya sudahpun bawa keluar Acer swift 5, yang mana RAM yang lebih banyak dan ada sistem dan perisian yang lebih daripada Acer swift 3.. Tapi dari segi harga, Acer swift 3 murah sedikit berbanding Acer swift 5 yang mana harganya dekat dengan 4k..

Jadi acer swift 3 ni, harga dia menjadi keutamaan kami untuk melihat disamping perisian yang ada dan keluasan RAM serta fungi nya.. Sebenarnya, pada mulanya kami nak beli laptop ni, kami buat research banyak benda, banyak brand laptop.. Pastinya yang sedang baca ni pun mesti tengah mencarikan Laptop yang terbaik untuk korang punya Assigment dan seangkatan dengan nya.

Untuk kami, Acer swift 3 ni sangat laju.. mungkin baru penggunaannya.. tak pa nanti kami akan tulis lain setelah 1 tahun kami guna atau beberapa tahun ke depan untuk tengok bagaimana laptop Acer swift 3 ini berfungsi, disamping membantu orang diluar sana cari laptop yang betul-betul bermanfaat untuk melaksanakan segala kerja.

__________________________________________________________________________

baiklah, kami akan mula cerita kenapa kami perlu sangat beli laptop. ya tidak lain tidak bukan sebab kami pelajar dan bekerja dalam satu masa yang sama. Habis sebelum ni kami guna apa untuk buat kerja? kami guna laptop kakak kami yang mana dah capai usian 15 tahun dah laptop tu.. lama kan, dan dia dah uzur sangat. jadi dah rosak.. bila dah rosak kami pinjam Cpu dan monitor abah kami, entah macam mana, mungkin sebab faktor dah lama juga , skrin dia buat hal dan tak boleh guna. padahal kami punya lah beli macam-macam aksosori untuk komputer tu, tapi rosak lak. kemudian kami hanya guna phone ja untuk buat assigment, jenuh juga la, tapi sampai la habis sem 3 tu Allhamdulilah.... jadi untuk sem 4 ni, kami betul-betul perlu beli Laptop untuk memudahkan kami buat banyak benda.

Alhamdulilah, kami betul-betul bangga dengan diri kami sebab kami dapat beli dengan duit kamu sendiri.. Alhamdulilah bersyukur.. Kalau orang lain mungkin akan guna duit ibubapa, tapi kami perlu bersusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu.. Lagi semangat untuk kita belajar bersungguh-sungguh.

jadi bila kita dah beli laptop yang harga boleh tahan mahal ni, kita kena jana income balik melaluinya. insyaAllah semoga segalanya di permudahkan..

Aamin... di sini kami letak video kami untuk kami sebagai kenangan yang berharga.

1 April 2021.Rm2,880.00





tamat.. tq🌹🌹

No comments:

Post a Comment

Tak perlu beriaa !!!

 Assalammualaikum.. catatan untuk hari ini sekadar luahan dari hati ini. TAK PERLU BERIA! yes, tajuk untuk penulisan kali ni. --------------...