Friday, December 20, 2019

Dari Kangar Ke TBS dengan Bas

Assalammualaikum.
seperti tajuk di atas,kami nak cerita First Time kami naik Bas pergi TBS dari Kangar..

Kami ambik bas pukul 12.30 tengah hari..Tapi sebelum tu..dalam proses nak p ni..macam-macam benda yang tak dijangka berlaku..Tak pa biar kami sorang ja tahu...cerita tak best kita tak yah la cerita dekat sini kan . Dekat sini kita cerita benda happy saja . Betul tak 😊😊😊


Kami ambik seat 2 sebab pada mulanya p dengan kawan.. Tapi bila tiba hari nk p tengok kawan tu tak jadi .. Jadi kami tertanya tanya juga siapalah akan duduk tepi kami... Doa sangat semoga perempuan bukan lelaki .

Kami mai awai juga mai Station bas  Jadi boleh naik bas awai la.. Kami ambik seat tepi tingkap. Kemudian kerusi sebelah kami tu saja ketak beg.. Dalam hati berharap sangat perempuan ...

Alhamdulillah perempuan yang duduk . Tapi free hair.. Xpa la perempuan janji bukan laki . Lega rasa..

Sebelum bas bertolak kami tnya dekat pak cik bas tu.. Ada x berhenti mana2 untuk sembahyang... Lepastu dia cakap mungkin dekat sahab akan berhenti.. Lega sekali lagi . Sebab walaupun kita musafir dlm pejalan jauh kita still kena fikir waktu solat kita kan...
Kita diberi kemudahan dengan boleh buat jamak dalam masa kita bermusafir . Tapi make sure niat musafir dlm perjalanan ya . Alhamdulillah selesai solat, masa tu kami tengok jam . Menunjukkan pkl 2 ptg .

Dalam masa bersyukur, rasa sedih juga. Sebab Rata2 yg naik bas tu org Melayu islam.. Tapi depa tak turun pun . Kalau perempuan kita boleh kata uzur.. Tapi lelaki takkan uzur juga ..
Tapi tak pa la Allahhualam ...  Itu antara mereka dengan Allah .

Perjalanan memakan masa hampir 8 jam jugak . Sakit pungkokkk weiii . Hahhahaha biasa la baru pertama kali p naik bas sorang2 mcm ni . Kalau tidak p dengan family ja naik kereta...

Owhh lupa nak cerita bas yang kami naik tu bus intercity.. Okay selesa alhamdulillah . Cuma tu la bila kaki ni terlebih panjang.. Dia ada la problem sikit. Kalau org lain mesti okay ja .. 

Ha'a nak cerita sikit pasal orang sebelah kami ni.. Dia mintak tukaq tempat. Dia nak duduk tepi tingkap pula. Katanya nak cas fon....kita pun tukaq la tempat wak.. Mula dia kata sat ja . Tapi masalahnya cass sambil main fon bilanya nak penuh. Hahhahaha

Lepastu saja intai sikit2 ada1 kali ni . Dah duduk sebelah kah . Dia dok msj dgn sufian suhaimi weii kat instagram punya dm .  Amboi melayan ea si sufian ni . Memang dia ni boleh di kategori buaya juga la kan .. Aduhai la ...

Ha satu lagi.. Suka sungguh selfi dlm bas.. Lepas duduk tepi tingkap terus dok tak berhenti tangkap gmbq . Pastu mekap .. Kita kat sebelah ni wak lipstick pon x pakai ..

Dalam bas tak dak cerita sangat sebab apa . Sebab dalam bas nak boleh buat apa sambil duduk .. So boleh cerita org sebelah ja la .

Kami sampai dekat TBS masa tu dekat pkl 9 juga... Lamaaa doooo duduk dalam bas ..

Lepas dh sampai TBS buat kali pertama nk keluq. Sebab tak pernah sampai TBS yg dekat bas hantaq org .. Pastu kami pula dia kata dekat atas ramai org sampai penuh la kereta.. Payah nak naik. Maka abang kami tunggu dekat bawah ja ..

Pastu kami buat video call dengan abang kami.. Dia tunjuk jalan.. Kami ikut ja... Pastu punya x pernah p.. Jadi tak tau weii nak p mana . Nasib la abang kami suruh buat vc ..

Habis cerita untuk kali ini ..
Tujuan kami tulis hanya untuk kenangan dan pengalaman..

So kalau hmp nak naik bas . Try tengok masa solat sama.. Lepastu tanya pak cik bas . Dia okay punya. Sebab dia pun nk sembahyang juga kan . So berani kan diri..


Byeee  Assalamualaikum
❤️❤️❤️🧕❤️❤️❤️

Thursday, November 28, 2019

Hilang Kepercayaanku pada mu. #bebelanMissF

Assalammualaikum..
kali ni #bebelanMissf mungkin akan menusuk ke hati..

seperti tajuk entri di atas , Hilang Kepercayaan ...Setiap dari kita seorang perempuan kita akan mudah untuk percaya pada kata-kata kawan-kawan perempuan kita..Kita sangat2 percaya pada mereka..Dan tambahan lagi kita ada perasaaan kesian pada diri atau kita selesa berkawan.

Tetapi jika kepercayaan itu luntur,mungkin akan ada lagi satu kepercayaan akan tinggal..Tapi jika ianya berulang ,, Tiada lagi kepercayaan yang tinggal..Hanya mungkin sikap simpati, Kepercayaan seseorang sememangnya tidak boleh di ukur..tapi jika ianya lenyap..maka enkau tak mampu lagi perbaiki..

Bila mana,kau betul percaya,berharap agar dia dapat sama-sama menjaga dan kau rasa selamat apabila engkau boleh bersama-samanya di tempat yang engkau asing...Tetapi dia telah menghancurkan kepercayaan kau untuk sekali kau boleh terima dengan hati yang terbuka..Kau boleh Backup lagi kata-kata dan perilaku dia pada orang ..Tapi setelah kedua kali kau buat begitu..Maka tiada lagi kepercayaan...

Hidup berkawan ni mudah, jika kau mampu memahami dia dan dia juga memahami kau..Kau akan bahagia..Tapi jika kau berkawan untuk kepentingan hidup kau..Ianya tidak akan lama. Percayalah..Walaupun bertahun kau berkawan dengan dia..Tidak ada lagi sama...

Kata-kata ini lebih tajam dari pedang..Sebab ianya mampu membunuh perasaan, kepercayaan, kasih sayang..Tapi jikan ianya telah di ucapkan..Jika kau padam sekali pun..Ianya masih tidak akan boleh diperbaki di setiap Luka-luka yang ditinggalkan..Mungkin lukanya tiada tetapi barunya ada..

Maka ,jika engkau atau aku mahu memanjangkan atau mengekalkan perhubungan berkawan.Maka tolong la jaga kepercayaan itu..Sekali buat tidak meninggalkan bekas..Tetapi setelah setiap perjanjian yang kau taburkan engkau hunuskan benda yang bahaya..dia tidak akan tunggu di situ lagi...Dia akan pergi jauh daripada nengkau..

Pesanan MissF pada diri missF dan sesiapa yang membaca,jagala perasaan setiap orang yang kau berkawan..Perbaiki la selagi kau mampu..sebab jika ianya hilang tiada lagi..Jika kau tak mampu untuk berkawan ..pesananku jangan berkawan dengan ku..Tinggalkan lah... 

Maka renung-renungkan lah...

#bebelanMissF281119

Thursday, November 21, 2019

bantuan Belajar SUK Perlis.

Assalammualaikum...
salam sejahtera..
Mesti hampa semua nak sambung belajar pastu nak mintak bantuan dekat suk negerikan

JANGAN BERANGAN!!!
kalau nak mintak dekat SUK Negeri perlis..
Kalau negeri lain kami tak pasti..tapi perlis depa dah buat peraturan sejak 
2006 yes..2006

kami nak cerita dulu..Masa mula tu ,kami masuk pintu paggar satu lagi,rela yang jaga situ bagi masuk.kemudian lupa kata waktu rehat..Lepastu kami terpaksa keluaq balik la..merasa la masuk pejabat SUK kejap.hehehehhe

Pastu dah p la kelain..lepas rehat orang perjabat habis.kami pun pergi la balik..masuk kot pintu yang keluar tadi bukan yang masuk..pastu ada la rela lagi..ramai ea depa duduk situ..
Pastu dia tanya 

En RELa: Nak pergi mana ya.
MissF : nak masuk pejabat SUK 
En RELa: atas urusan apa ya?
MissF : saya nak ambik borang bantuan sambung belajar.
En RELa : dia pergi dekat cermin tingkap pondok pegawai tu pastu dia suruh baca kertas yang tampal dekat situ.
MissF : (dalam hati) pasai apa pula..sambil tu baca la dia suruh baca.

KETERANGAN SURAT TU.
 Mulai pada 1 januari 2006 ,permohonan untuk bantuan sambung belajar untuk orang beragama Islam di BaituMal bukan di pejabat SUK lagi.. ( lebih kurang macam tu dia tulis)

Untuk Orang bukan beragama islam boleh memperolehi borang di pejabat suk negeri perlis.


Lepas dah baca, kami pon oooo pamnjang..pastu rasa macam malu sendiri..tapi bukan kami buat salah pun kan...tanya ja..
 pastu kami cakap terima kasih dan blaaaa...

huhuhuhu

so guys yang agama islam nak sambung belajar bantuan dekat baitulmal sahaja..
orang bukan beragama islam saja dekat suk...
jumlah sama ja kami rasa...

sekian .

Monday, November 18, 2019

PJJ (Pembelajaran Jarak Jauh)

Assalammuaikum.
kepada yang tak baca mukadimah pjj boleh klik sini.

Setiap PJJ yang ditawarkan dekat semua universiti dekat Malaysia tak kira la universiti swasta atau tempatan.semuanya ada pusat-pusat di seluruh negeri yang terpilih..sebagai contoh UKM  kalau yang mohon tu duduk area Utara boleh mohon pusat pjj UKM dekat Alor star sebab situ dekat dengan belah utara.. Tapi kalau hampa duduk bahagian selatan mohon pusat di negeri sebelah selatan.untuk info yang lebih lanjut boleh pergi ke laman web UKM....Manakala kalau mintak Pjj dekat UUM hampa boleh pilih nak pergi ke pusat Pjj UUM atau ke UUM sintok yang betul..untuk maklumat lanjut boleh tekan sini UUM

Sekarang maklumat dihujung jari ..kena rajin ja untuk reseach semua benda..Kami rasa kalau hampa nak mintak belajak dekat luar negara pun boleh janji buat reseach and kena ada duit banyak la ya...hehehehehhe


Baiklah sekarang kami nak cerita first day kami pergi daftar dekat pusat UUM KL..kenapa kami dapat sini..nanti kami cerita .sebab ceritanya panjang ..kang tak pasal-pasal kerja sisturr tak siap tulis pasal ni..Tumpang mood rajin tulis sambil layan hindustan sebelah..hahahahhahahah

ini gambaq sebelum kami semua kena baca ikra pelajar pjj uum..Kami pasti kalau belajar full time pun akan kena baca ikrar pelajar kan.. Nampak tak kami yang bertudung biru yang sibuk kemas beg.hahahahaah 


nampak tak muka tak sabar nak daftar..Kami antara yang terawal mai daftar..sepatutnya pkl8.30 pendaftaran mula.Tapi sebab ramai la juga mai awai maka kami diberikan untuk daftar..Tapi masa check senarai nama untuk kos kami ...Kami adalah orang pertama daftar...semangat sisturrrrr.




first day, tak best sangat nak cerita.sebab kami tak ada kawan lagi wei..sodehhh kan nasib la taklimat hari ini sampai pkl 12 tengah hari ja..sebab solat jumaatkan..

Kalau full time student mesti best kan..ramai orang ,kami dekat pjj ni tak ramai sangat untuk 1 musim kemasukkan dalam 200 orang saja kot ka kurang ..Ini adalah salah satu apa yang berbeza...Pastu kami pelajar pjj tak ada minggu orentasi semua tu..sebab kawasan tempat kami belajaq kecik saja pusing sendiri ja la da....hahahhaha tapi kan memang boleh buat orentasi sendiri..sebab dalam bangunan boleh sesat..hahahha sebab pace pjj uum kl depa sewa bilik kuliah dekat kolej inovasi Antarabangsa..dekat dengan Kelana Jaya ,Kelana square.Pastu dekat la dengan Paradigma Mall..Tapi xdak sempat nak p hampa pun.sebab jadual untuk 2 haritu sangat la padat sangat-sangat..ada masa untuk makan dan solat ja...nak merayau tak dapat la sisturrrr..


ni la nama kolej yang kami pjj uum kl menyewa..gitu ..kami punya tingkat 2 so memng kelas apa semua dekat tinggal 2... apa yang lagi padu hampa nak tau tak bilik kuliah block C surau Block B tapi bukan sebelah-sebalah sebab bangunan dia unik sikit..kena pusing satuuu bangguna baru jumpa surau...

Dekat bawah ni merangkap pejabat pjj uum  dan perpustakaan untuk kami-kami nak masuk kot..Tapi tak la banyak buku..Tapi actually kami tak pernah masuk lagi.hahahahaha tak sempat habis kelas pkl 6.30 petang terus cauuu balik...kikikiki




DAY 2 (KULIAH PERTAMA SEM1)


Hari kedua berada di sini..dah mula belajar dah..yup terus belajar..kami tak dak masa untuk tidak tak belajar..hahahah gituuu
Apa yang bestnya masa ni,pertamanya masa nak cari kelas kena masuk kelas yang betul ya..Lepastu ada la yang datang lewat dari lect..nasib kami ni jenis yang datang awal..kikiki so ada la sesi dekat situ..prof tanya awak ada kelas apa dekat budak (hahaha sebenarnya ayat ni tak sesuai sebab semua tak budak dah) yang lambat..jenuh nak berfikir ya kalau ditanya secara terus macam tu..dalam hati kami.."kau tak boleh lambat macam mereka,kau kena selalu awal okay" ... Lepastu sebab lect x kenal lagi semua dia bukak la sesi perkenalkan diri...ha yang ni lain dari pelajar full time... antara yang prof suruh bagi tau (Nama,Umur,Tempat Tinggal dan Pekerjaan " yes pekerjaan,sebab semuanya yang mintak pjj ni rata-rata dah bekerja ") dan bila mana semua gtau depa kerja apa..sisturr rasa kedil di situ..ada yang kerja kastam,kerja koperasi ,kerja syarikat-syarikat lain la pastu yang sama kos kami depa kerja dekan bank weii.bank...waduhh kerdilnya daku ketika itu ...Pastu ada yang kerja RTM,...


Apa yang menarik adalah, umur memang banyak yang berbeza sampaikan ada yang sampai umur 50 tahun tapi still nak belajar..kami rasa inspirasi sangat..kuat semangatnya...Pastu ada yang masing-masing ada keluarga maksudnya dah berkahwin..weii depa lagi banyak benda nak kena uruskan..Kami bersyukur sebab kami masih tidak mempunyai tanggungjawab macam mereka....
So apa alasan kami ,kata nak belajar ni banyak masaalah...Terutama Full time..korang hanya perlu fikir untuk belajar ja.. korang tak perlu nak fikir masalah kerja dekat tempat kerja korang..korang tak perlu nak uruskan anak-anak ,suami or isteri dan sebagainya..just belajar ...sebenarnya itu kelebihan korang bersyukur dan jangan merunggut okay.... itu juga rezeki untuk korang..Ini pengalaman kami bila mana kami bergaul dengan orang dah bekerja dan berusia .. Dan Alhamdullilah kami sangat-sangat bersyukur dipertemukan dengan orang-orang yang hebat dan memberi inspirasi yang sangat bagus....

Tidak ada apa yang dapat dikecapi melaikan dengan usaha yang kuat dan rajin serta doa-doa dari ibubapa..
kelas pertama...mahasiswi sangat..kikikiki


DAY 3 (KULIAH HARI KEDUA SEM1) 

Hari kedua kelas seperti biasa..Apa yang berbeza dengan sekolah,mungkin kami masih dalam mood sekolah ,bila U ni lain cara lect ajar ..cara bergaul tu kena berhati-hati...Alhamdullilah setakat baru ini,kami berjumpa dengan kak-kak yang baik hati..owhhh btw  umur kami yang paling muda dekat situ..ada la 3 orang umur sama kami yang lain boleh panggil kak2 dengan abang2 dah ..hahahahahah

Bila pjj ni,kelas time tak sama dengan full time,kami kena buat satu-satu subjek tu macam belajar dengan kilat tau..dalam masa 4 jam kena habiskan 3 bab yang mana kalau full time makan bulan kan...Ada kawan kami dekat UKM dia kata dalam 3 jam 1 buku habis belajar lagi dasyat..So maksudnya apa tu..SILA BELAJAR SENDIRI.hahahhah

Lepastu sebab maisng-masing kerja dan masing-masing duduk jauh kami hanya berhubung melalui whatapps ja weii..itu ja x bekesempatan nak buat study group..memang tak akan sempat .... itu la kehidupan pelajar pjj uum untuk bulan yang pertama...


info : dekat UKM kuliah setiap minggu (hari sabtu dan ahad)
: dekat UUM kuliah setiap sebulan sekali (hari sabtu dan ahad)

berbezakan ..setiap uni lain pembelajarannya...Tapi motif untuk belajar sama..

info: pjj ni untuk apa? Ijazah Sarjana Muda dan Ketas ( Sarjana ) phd kami rasa xdak pjj...kami nak cerita master dgn phd pun kami tak dak pengalaman..kalau nanti suatu ketika kami ambik..InsyaAllah kami boleh tulis dalam ni..InsyaAllah ..habiskan ni dulu daaaa.... 


okay setakat itu sahaja untuk kisah pjj untuk kali ini..Kalau ada info lagi kami akan kongsikan lagi..jangan lupa komen dibawah..mudah-mudahan bermanfaat hendaknya..


Percaya satu benda " Allah Akan Beri Apa yang Engkau PERLU bukan apa yang engkau MAHU.."






Wasalam...Semoga dipermudahkan segala urusan pembaca.
ikhlas : MissF

Sunday, November 17, 2019

Permulaan PJJ (Pembelajaran Jarak Jauh).

Assalammualaikum..
salam sejahtera dan salam bahagia selalu.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.
aminnnn.

Seperti tajuk di atas..yeszzzz kami nak cerita pasal permulaan pjj..Baca sampai habis tau kalau nak tahu info pasal pjj..ha'a satu lagi pjj ni bukan "pecintaan jarak jauh" tau  tapi "Pembelajaran jarak jauh" kami mungkin akan share pasal pjj dekat ukm dan uum sahaja sebab 2 ni ja sisturrrr tahu..


Alhamdulilah, betullah rezeki apa pun Allah  akan beri bila kita perlu bukan kita mahu...Hajat nak sambung belajar untuk kami sangat lama dah..kiranya selepas STPM kami memang target untuk masuk U mana-mana pun...Tapi rezeki tidak menyebelahi kami untuk masuk belajar lagi..
Kalau orang tanya Cemburu tak tengok kawan-kawan masuk belajar...Mesti la cemburu..sebab pada kami ketika dulu belajar STPM adalah keutamaannya adalah untuk masuk Universiti..Sebab kalau boleh kami tak mau kerja lagi.Sebab kata orang bila dah pegang duit sendiri dia akan malas untuk fikir belajar..Tapi Alhamdulilah semangat untuk beljar pada kami still ada sampai sekarang insyaAllah sampai bila-bila..aminn

Masa kami tak sambung belajar,adaka orang tanya...opcosss la ada...kita duduk dekat Malaysia kot pastu kami duduk dekat kampung lagi..mesti la ramai yang tanya.Pastu mereka akan cakap umur muda lagi kenapa tak sambung belajar.ambik swasta pun tak apa aiiii.Tapi kami akan selalu balas  'tak ada rezeki lagi'  

Tapi, walaupun kita cuba untuk membuat sesuatu,tapi kalau Allah kata belum lagi ..Maka belum lagi..
Alhamdulilah Allah mendahuluikan pada kami rezeki bekerja dahulu..Ini juga rezeki yang kami sendiri tak jangka..Kalau nak baca pasal kerja kami boleh tekan sini.

Maka,sekarang la rezeki yang kami dapat setelah 1 tahun bekerja dan setelah hampir 2 tahun habis belajar STPM...MasyaAllah cantikkan aturan Allah..

Sebenarnya,kalau orang tanya kami tak mintak ka sebelum-sebelum ni  universiti swasta macam kolej islam ka.sebab akan senang dapat kan..Sejujurnya kami buat research untuk semua universiti swasta.. kuips,kuis,kuim,kolej insaniah kuala ketil atau sekarang dikenali sebagai UniSHam...Sebenarnya banyak lagi yang kami mohon dan semuanya kami dapat sebenarnya..Tapi bila Kami buat solat istikharah dan kami follow ja semua nya...Bila mana rezeki Kerja yang datang dulu itu menyukarkan kami untuk belajar full time..Kami dah jatuh sayang dan suka dengan kerja kami ..Jadi dengan rezeki kerja yang awal ini kami tak mahu nak lepaskan...Maka kami cuba bertanya dengan kawan-kawan yang ada ambil pjj ,maka research kembali pasal belajar.

Banyak saja universiti yang menawarkan pjj sekarang dengan pelbagai kos...Seperti UUM , UKM, UPM , USM dan banyak lagi ..hampa research ja universiti yang menawarkan pjj nanti keluaq semuanya..Kos yang kena dengan jiwa kami dan minat kami ada 2 ja..hehehhehe UUM dan UKM ..
owhhh mesti orang tanya, pjj ni jatuh ipts atau masih ipta...
Masih ipta sayangku sekalian...sebab modul semua macam belajar full time ja..Nanti kami akan cerita pasal perbezaan full time student dengan student pjj okay..jangan lupa baca okay..

Macam kami cakap banyak universiti kami mohon...Tapi macam UKM dia buka pengambila 1 kali saja setiap tahun iaitu penggambilan pada  bulan september ...tapi buka untuk mohon dia buka dari bulan April...Azab kan nak tunggu dapat tahu keputusan dapat atau tidak...Make sure mohon tu tengok kelayakan yang dia mintak okay.jangan mintak ja tak tengok apa yang mereka mintak..

UUM pula ada 4 kali penggambilan dalam setahun..Banyakkan hahahahah Tapi untuk kos yang kami mohon dia payah sungguh nak buka..sampaikan kami ni mohon kesemua bulan yang dia bukak wei....srs tak tipu..Kami dapat kos lain jadi kami tolak...Kalau kita dapat kos yang tak kena dengan jiwa sakit juga weii nanti... Tunggu punya tunggu  and sampai orang yang jaga urusan PJJ UUM pun dah kenal kami.hahahahahahahahah punya la banyak kali mintak kan....


Dan satu Pagi yang hening..gitu punya nak cerita hahahahaahha
Pagi tu ,kami tengok fon ada email masuk...dan puan yang buat urusan PJJ uum Puan NurLaila..MasyaAllah kami berterima kasih pada dia sangat...sebab dia akan update dekat kami melalui e-mail kos yang kami mintak buka atau tidak dan kami dapat atau tidak...


Next kami akan cerita pasal daftar masa pjj dan kelas pjj macam mana...
tq yang baca..komen dekat bawah kalau nak tanya okay..atau pun boleh ja emailkan pada MissF.


Tuesday, October 1, 2019

Ayam rempah mamak..



Assalamualaikum  
Masak memasak Topic kita kali ini... 
Jadi kami teringin nak makan ayam rempah mamak yang selalu kita akan beli dekat kedai nasi kandar... 
Pehhhh sedap aii, dok tulis pon dia rasa mcm ai liur meleleh hahahah Tiberr  Lawak ja . 

Untuk pertama kali kami buat.. Senang ja rupanya... Srs tak tipu senang ja nk buat.. Tak smpai 30 minute Hmp boleh menjamu selera dah... 

Antara bahan2nya 

1/2 isi ayam mentah 

Daun kari 3 tangkai (nak letak banyak boleh. Letak sikit boleh ) 


Bawang putih 5 ulas ea orang panggil yang kecik. Bukan yang besaq satu tu.. Yang bila dh dikopek tu.. 

Jintan putih, halba campur 

Serai 3(potong ) 

Bawang merah ( nak letak boleh tak mau tak Apa) 

Telur sebijik 

Kari (serbuk) 

Tepung jagung atau tepung serba guna boleh.. 

*BLENDER/TUMBUK SEMUA BAHAN YANG BOLEH DIKISAR *

LUMUR KAN BAHAN YANG DIKISAR PADA AYAM YANG DIBASUH BERSIH. 

MASUKKAN DAUN KARI 

MASUKKAN TEPUNG 

MASUKKAN GARAM DAN GULA PENAMBAH PERASA. 










PANASKAN MINYAK DAN ANDA BOLEH MULA MENGGORENG UNTUK MENIKMATINYA 

BTW SATU LAGI .!!!! 
KEPADA BAKAL SUAMIKU KALAU SUATU HARI AWAK BACA TAK PAYAH BELI ATAU PERGI KEDAI MAMAK OKAY . AWAK BAGI TAU SAYA SAJA... SAYA AKAN MASAK UNTUK AWAK... BIAR AWAK UNTUNGKAN SAYA BUKAN MAMAK .  

HAHAHHAHA.. AYAT DIATAS TIADA KAITAN DENGAN MANA2..  HANYA SIMPANAN MA


END 

First time order food panda

Assalamualaikum.. 

Waktu pertama kali, 
Ku lihat diri mu hadir  
...... Tiberrrr 

Okay okay ni pertama kali kali kami beli atau order menerusi apps food panda... September merupakan bulan pertama food panda bukak di Perlis... 

Kami try order pizza hut .. Ngek kan benda tu pon order food panda.. Saja try wei, Suka2... So kami order share2 dengan kak2 kafa . So sorang Rm5.... Kami rasa kalau Rm5 tu p beli dekat kedai dapat 3 kotak tu . Hhahhah xpa la kita try ja... 

NANTI akan order lagi tak?
Emmm panjang kena fikir.. Sebab ianya agak mahal jika kita kerap kali beli... Sekali sekala mungkin boleh la... 
Tapi mau selalu bengkrap sisturrrr... 

Sorry bateri nak habis tu. Kita ss ja wak .. So kami bagi lebih ja duit baki . Sedekah


Nak order senang la. Tekan2 pastu dia mai hantaq . Tapi tu La buat masa la ni dekat area kangar bandar dengan Kuala Perlis pekan ja yang dia boleh p hantar .. Huhuhuhu


Okay sampai di situ saja. Untuk kesah first time beli dengan food panda

Monday, September 30, 2019

Cik shopaholic (review drama)

Assalamualaikum,... 
Malam 28 September 2019


Malam ni, ada cerita yang dapat menarik minat kami untuk tengok sampai habis .
Sebab apa ?? Sebab banyak pengajaran yang paling bagus . Yang perlu dicontohi untuk semua orang... Perubahan yang sangat menarik...

Telefilem 9.30 mlm hingga 11.30 malam  
Tajuk shopaholic

Mula - mula si hero ni dia dh ada girlfriend, tapi girlfriend dia tipu dia.. Kata nak sama-sama buat pinjaman duit untuk bukak restoran.. Tapi lepas beberapa bulan dapat tau Yang perempuan tu tipu hero ..

Sikap yang ada pada hero ni adalah seorang yang penjimat dan seorang yang menentukan bajet untuk buat sesuatu .. Tapi kalau orang selalu akan cakap KEDEKUT la . Tapi sebenarnya tak la... Berbeza orang yang berjimat dan kedekut...

Lepastu suatu hari hero dan heroi terjumpa dalam satu sintuasi yang mana terlanggar antara satu sama lain .. Dan menyebabkan air yang dipegang si heroi tertumpah pada baju si hero... Lepastu ayah hero bertemu dengan ayah heroi . Baru depa kenal, masing2 punya ayah adalah kawan .. Kemudian ayah si heroi bagi kad kredit suruh si heroi pergi beli baju baru sebagai ganti .... 

Sikap si heroi pulak berbeza dari sikap si hero sebab si heroi sangat2 suka shopping.... Dia boleh beli beg atau kasut atau apa2 sahaja yang mahal .. Dan dia tak pernah hidup susah. Semua kemahuan dia, semua dia dapat.... 

Balik daripada kemalangan pelanggaran kecil tu, masing2 dah macam terpauk antara satu sama lain ...
Senyum sorang2 dah.... 

Owhhh btw lepas si hero dh putus dengan dia punya ex girlfriend . Mama dia kata nak carikan calon isteri untuk si hero.. TAPI bersyarat . Yess syaratnya hantaran tak boleh lebih 5k....masalah adakah? 

Lepastu ayah belah pihak heroi pulak suruh heroi uruskan urusan syarikat dengan si hero .... Pertemuan demi pertemuan pon berlaku. Masing2 pun dah tertangkap cintannnn ..

Bila kedua-duanya ibubapa bertanya,Mereka terus setuju . Tapi pihak hero menegaskan 5k sahaja... Pihak perempuan tak kisah sebab dah kaya dan so terserah la.. Gituuu  

Maka mereka pun berkahwin la... Owhhh yang paling penting heroi (isteri) tu dah tahu perangai si hero (suami) 
Yang sangat2 mengurus pembelajaran . 

Masa first day kahwin si isteri bagi tahu la  Ajak pergi hanneymon dekat Eropah . Katanya 15k seorang.. Si suami pulak kata membazir. Dia cakap p pulau Tioman pon best jugak... Hahhahaha part ni kami rasa kami boleh terima la  Sebab kami pun tak la jenis nak pergi tempat2 luar negara .. Heheh tapi kalau bawakan apa salah ..

Lepastu, depa kena p rumah mak bapak hero... Ya la isteri kena ikut suami... Lepastu bermula la di mana si isteri kena melakukan kerja kerja dekat rumah ...  Macam memasak, kemas rumah  basuh baju dan Macam2 lagi .. Dulu sebelum kahwin, si heroi ni tak pernah buat kerja2 macam ni.. Tapi sebab suami dia suruh maka dia turutkan ... Kalau cerita lain mesti memberontak kan . Ya la sebelum ni ada pembantu rumah apa semua .. Tiba2 tak dak dan kena buat ..
Scen yang lawak  masa firstime si isteri nak gunakan mesin pengisar dan dapur gas .. Hahahhahaha dia x reti guna  Alasannya rumah dia dulu lain. Rumah mak mentua dia lain....

Tapi apa yang bagusnya cerita ni  dia ikut semua apa yang suami dia cakap... Kami puji part ni... Si isteri kan jenis shopping beribu ribu.. So si suami buat syarat jangan membazir dah.. Tak perlu beli dah .. Dan si isteri pon turuti nya ...

Si isteri belajar memasak dekat Internet..BAGUS2 ada pembaharuan dekat diri dia... Masa Awal2 tak sedap dia masak.. Dah lama2 jadi sedap . Sampaikan orang dekat office pon order dekat isteri dia ..

Dia cakap, bila dia strees kali ni dia suka masak ... Kalau dulu shopping . Sekarang dah bagus... So kira perangai dia dah berubah ..

Suatu haritu, si isteri dan si suami berfikiran untuk membuka Cafe sendiri yang menjual macam-macam benda... Alhamdulillah perniagaan Mereka berjalan lancar.. Sehinggalah beberapa bulan kemudia...

Bekas ex girlfriend si suami datang balik.. Dok tergedik dengan si suami.... Si isteri apa lagi merajuk la . Tak nak cakap.... Kemudian si suami pujuk dengan memberi tahu semua benda apa yang terjadi sebelum ni ..

Si ex tu tak habis-habis datang Cafe.. Naik meluat si isteri dengan propa tu..
Kemudian sebabkan terlalu strees si isteri kembali kepada habit dia yang lama iaitu shopping ... Dia beli banyak barang lepastu dia teringat balik kata kata suami dia . Dia menyesal guna kad kredit itu.... Tapi sebabkan dh beli dia sorok kepada si suami ..

Kemudian surat bank sampai kepada suami dia .. Sampai 16k wei keluar.. Si suami dapat tahu. Tapi tak nak tanya lagi.. Cuba nak cari dulu.. Kemudian dia buat Macam2 untuk cari... Pastu terjumpa.. Habis huhuhuhu
Pastu si isteri menyesal  si suami tak marah dah ..

Selang beberapa bulan , Cafe baru bukak.. Sebijik makanan menu yang ada dekat sana . And si ex girlfriend si suami yang bukak . Whatttt

Kemudian si suami suruh si isteri bersabar . Dia just kata cuba ubah dan cari resepi baru .. Alhamdulillah dapat mencari resepi baru.. Kemudianya ramai kembali pelanggan di Cafe ni berbanding sana...

Yg 16k tu kan . Punya la nak tebus kesalahan.. Si isteri ambik keputusan untuk buat prelove barang yang dia beli mcm handbags dan kasut... Pandai nak tebus kesalahan ..

Kemudia si isteri umum pada si suami yang dia pregnant .. Punya la happy si suami . Dia suruh yang mana tengah makan dekat kedai dia tu tak payah bayaq.. Tiba2 ja jadi sangat per murah.... Hehehhe tapi ya la benda gembira kan.. Anak first lagi....

PENGAJARAN YANG KAMI BOLEH AMBIK.
1.BERJIMAT, BELI APA YANG KITA MAMPU DAN PERLU.
2.IKUT CAKAP SUAMI.   PERUBAHAN SESEORANG BOLEH BERUBAH DENGAN DIDIKAN YANG BETOI 
3 PERSAINGAN ITU PENTING UNTUK MENGUATKAN LAGI PERNIAGAAN KITA.
4.PERCAYA KEPADA KEBOLEHAN DIRI.
5.JODOH PILIHAN KELUARGA DAN HATI.
6.BERTERUS TERANG JANGAN PENDAM ..

Isteri bajet 🤣🤣🤣

END




Friday, September 27, 2019

PILOT CAFE KANGAR

Sumber:fb/Pilot cafe Perlis 

Assalamualaikum ,, 

Hari Rabu yang lalu kami dengan kawan-kawan kerja kami keluq pergi makan dekat sini ... 
Kedai ni first time kami datang dan makan . Sebelum ni dengar nama ja ... Kami tertanya gak cafe ni dia buat mcm pilot cafe yg dalam cerita tu ka.. TAK pon .... 

Biasa ja dia punya cafe cuma ada gambaq kapal terbang ja kat dalam .. Tapi untuk orang yang suka makan dekat tempat ni okay la .. Cuma sedikit hampa dia punya rekaan dalaman x kena dengan nama kedai... Agak kecewa  sedikit .. Mungkin bayangan lain  bila sampai macam lain pulak kan . TAPI xpa dah rasa dan dah p and cukup kot sekali ja p. . Hehhehehhe sorry kami jenis yang macam ni suka mencuba banyak tempat if tempat tu memenuhi minat kami. Kami akan tandang banyak kali . Tapi kalau kami x berminat kami akan pergi sekali ja... Cukup la first and last... Gitu. 

Okay nak cerita pasai makanan dekat situ pulak ... 
Menu dia banyak sangat2  
Ada Western, Thailand food, Asia food mcm nasi goreng apa semua ada... 


Antara menu dia.. 

Banyak kan pilihan. Sampai x tahu nak pilih apa.. Tapi disebabkan kami ni jenis jarang2 keluq makan dekat cafe maka kami pilih Western la.. Opcossss hehhehehe




Dua ni kami order untuk mengisi perut pada petang Rabu tersebut. Hahahha ayat tak boleh belahhhh...
Pinggan dia hidang dekat kita tu kan besaq gedabak okay... Sampai kan tengok pinggan pon kami dh kenyang  Hahahhaha tapi habiskan jugak .

Emmmm lamb chop dia sedap. Lembut daging tu boleh makan la kiranya .... Cuma kami dpt bahagian tulang la pula daa .... Dengan guna pisau dan garfu jenuh nak makan. Sebab kita bukan teraaa guna benda2 macam ni . Makan dengan tangan ja senang . Hahhahaha kampung sangat Ai . . Tapi boleh la mau nak guna . Bukan sampai tahap planting makanan La.. 🤣🤣🤣


Total kami bayaq sekali dengan kak sorang lagi makan lamb chop gak rm33
Not bad kan boleh la harga pilot kat situ  Kikikiki so 2 lamb chop 1 French fried 2 ayaq sejuk kosong.. Rasanya ayaq tu percuma kot ......








  • Okay sampai sini saja #jalan2missfdiperlis 

Thursday, September 26, 2019

Dr. Romantic

Assalammualaikum..
annyeonghaseyo☺☺☺☺




hai...cik adik manis yang baca...kali ni kami nak cerita pasai drama korea yang kami tengok...
Tapi pertama sekali macam mana kami mula terjebak dengan cerita ni sebab kami tengok 'Medic Viral' dekat Youtube lepastu kami jadi teruja nak tengok...Tapi sebab tak banyak masa nakn tengok lagi.kami tangguhkan masa untuk tengok lagi...

Sehingga la hari jumaat minggu lepas...kami ada masa untuk tengok...Kami percaya kalau siapa-siapa yang tengok cerita korea atau cerita apa-apa pun mesti tak boleh stop untuk tengok..Mesti nak tau apa kesudahan dia cepat-cepat sebab tak sabar kan..hehehehehhe 

Kami ni jenis tak suka sangat bab medic ni tapi tak tahu kenapa kali ni punya drama mata kami untuk tengok dan belajar serba sedikit pasal perubatan ni...Walaupun tak menyeluruh ....

Drama Korea Dr.Romantic best gila weiii..kalau sapa-sapa tengok mesti dia faham sebab apa best...
Mula episode 1 pon dia dah tunjuk bertapa hebat dan padunya cerita ni...Nama ja Romantic tapi bukan semua pasal cinta sangat..more to medic...

Cerita ni..mereka tunjuk doctor yang berada di Unit Kecemasan...Macam ada kes kemalangan yang perlu di bedah...Sejujurnya macam betoi-betoi depa buat....bagi kira tengok tak bosan dan rasa teruja nak tengok macam mana sintuasi semasa berada di bilik bedah di kawasan unit kecemasan...

Kadang tu kan ...kita tengok cerita ni sebab apa? cuba tanya pada diri sendiri..tepuk dada tanya ..
bagi kami ,cerita ni banyak pengajara dan maanfaat yang kami boleh ambik untuk kebaikan..yang tak elok tak senonoh tu tak perlu la ambik...Kami akan cerita serba sedikit dan bagi pendapat kami..

pertama sekali,
Akan ada sintuasi dimana waris pesakit yang tak boleh terima Kematian ahli keluarga.dan cuba untuk mencari sebab dan jawapan kepada punca ahi keluarnya mati atau meninggal..Macam cerita ni,dia Berdendam untuk tahu kenapa doktor tu tak bedah ayah dia yang mana datang dulu ke unit kecemasan tetapi doktor buat pembedahan pesakit vvip yang lain...

Bagi kami,ini betoi-betoi PADUUUUU.... berdendam sampai dia bertekat untuk jadi Doctor dan bekerja di Hospital yang perah dia buat kekecohan sebab ayah dia mati....Dekat sini,sebenarnya bagus.sebab dia berdendam bukan untuk membunuh atau apa..Tapi dia nak tau sebab dan punca dan kenapa..Dari peristiwa tersebut dia Bertekat untuk jadi Doktor...hebat bukan...macam jugak pada kita....kami rasa sesuatu yang berlaku dalam hidup kita ada sebab dan penyebab...
Tidak semua benda apa yang kita mahu kita akan dapat..Tapi apa yang kita perlu pasti kita akan dapat,.Walaupun kita tak sedar sebenarnya kita perlukannya..bukan apa yang kita mahu...
 
kedua, 
Cerita Korea ni kan,Susah sungguh nak mintak Maaf kalau jenis macam masaalah besar..sebab kami dok perasan,kalau depa mintak maaf saja..semua benda akan terus dimaafkan..Tapi bagi mereka yang atasan maaf tu susah nak ungkap macam mas...Sebab tu sampai berdendam tak pon cuba untuk jatiuhkan repotasi seseorang...

dekat sini kita tak boleh tiru perbuatan mereka yang susah nak memohon maaf..tapi kita boleh ambik part yang mana mudah untuk memaafkan orang..Kadang ,ianya lebih baik kita memaafkan sebab kita tidak akan rasa terbeban dekaan perasaan yang mengakibatkan diri kita tertekan..Pemaaf dan selalu memohon maaf perlu ada dalam diri kita...

ketiga,
cerita medic mesri la banyak pasal perubatan, dia tunjuk macam mana mereka bedah orang..Lepastu Alatan-alatan bedah...paduuu... arteri,jantung,paru-paru,limpa semua benda depa sebut.kadang macam nak ulangkaji balik sains yang pasal tubuh badan manusia..sebab ianya ilmu yang sangat berguna ...Kami nak bagi saranan sikit...kalau yang nak jadi doktor tengok cerita ni please sebab dia akan buat hampa lagi berusaha untuk jadi doktor....Kami hanya mampu berangan saja kot...memang tak akan sampai la ke aliran tu sebab lain dah hala tuju...Tapi yang mana ambil medic All the Best...
Ini semua fardu Kifayah yang hampa telah ambilkan untuk kami semua...besar pahala ...tak semua orang boleh jadi doktor...tambah-tambah doktor pakar bedah...





Drama korea jenis medic yang paling kami suka setakat ini...Drama lain tak boleh nak lawan lagi..carta teratas setakat sekarang ..20 episode 1 jam setiap episode total 20 jam...
Selamat menonton...

#september2019

Thursday, September 19, 2019

Blue tick itu sakit...

Assalamualaikum.. 
Hari ni #bebelanmissF

Dah baca tajuk kan.. Dah tau la kan cerita pasai apa .. Okay dah boleh tutup dah blog... 


Opsssss jangan pleasssssss . Hehehhe baca la sampai habis .. 

Dulu kan masa orang cakap dekat kami 
"Sakitnya kena bluetick  "
Kami buat tak tau ja weii . Bagi kami biasa ja.. Mungkin sebab masa tu semua orang yang kami chat semuanya balas secepat yang boleh  Dan tak pernah baca dan tak reply ..

Tapiiii sekarang kami dah faham . Betoi bluetick sangat menyakitkan.. Kadang macam nak menangis. Sebab apa ?? Kadang kan kita chat dengan seseorang tu mungkin sebab kita tengah ada masalah. So kita nak cari penghibur atau yang boleh bagi hilang kejap masalah yang kita fikir ..

Tapiii bila jadi bluetick tak ka lagi sakit... Dan lagi pedih .. (sila menyanyi) Sakitnya tu di sini.. Di dalam hatiku

Tambah2 kalau dekat group .. Kau tulis berjela apa semua  Nak tnya pendapat atau nak tanya khabar atau nak cari seseorang rakan2 yang membantu.. Tapi bilamana kau check dekat info semua dah baca dan semua bluetick dekat group .. Kau tak rasa pedih ka.. Dalam banyak2 tak kan tak boleh tulis satu benda ka ... Hbis kau baca sempat pulak . Nak balas tak boleh pelik ... Srs bagi kami pelik ..

Bagi kami la .  Kalau kau memang tak ada masa sibuk  Nak baca pon kau tak akan dan kan.. Tapi kenapa orang yang bluetick kita tu dia sempat baca . And bagi alasan yang buatkan kita tak boleh fikir ...


Kalau kami la ditemapat orang yang kena bluetick tu kami srs akan terasa .. Balas la emoji ka.. X sampai 1 saat pun nk hntq emoji . Bukan nak tulis berjela .. Itu yang kami tak faham ....

Kalau tak ada masa tak payah bukak.... Tak payah baca . Biar lebih baik . Daripada kau baca tapi kau tak balas..... 🤨🤨

Kalau ada yang baca ni terasa kami mintak Maaf . Tapi kami tak tujukan pada sesiapa pon . Just untuk simpanan... TAPI KALAU SIAPA YANG TERASA PEDAS DIA LA YANG TERGIGIT........


Okay done #membebelmissF
19.9.19

Thursday, September 12, 2019

Nikmat solat yang ditarik Allah.

Assalamualaikum 
Tajuk kali ni sangat terkesan pada diri aku. Entah kenapa aku rasa lain sangat kali ini .. 
Dan aku baru sedar bahawa nikmat untuk beribadah kepada Allah jangan kita sia siakan.. 

Jangan bertangguh untuk buat kebaikan .. 

Jangan tunggu untuk melakukan ibadat yang kau sendiri tahu kelebihannya . 

Jangan kau leka dengan duniawi yang tak menjanjikan apa pun .

Aku cakap pada diri aku yang kadang aku leka . Sangat2 leka .... Aku nak kaitkan jugak benda ni dengan time aku period . Bila aku period aku tak boleh solat. Tapi masa tu aku betoi2 perlukan Allah untuk aku beribadat... Walaupun aku masih boleh berdoa padanya.. ALLAH masih mendengar . Tapi aku baru sedar yang ibadah aku lakukan tak banyak seperti mana permintaan aku yang banyak yang banyak kepada Allah .. Walaupun nikmat solat ditarik untuk tempoh yang sedikit saja tapi aku dapat rasakan ..

Bayangkan kalau kau tak sempat beribadah . NAUZUBILAHHIMINZALIK 

Semoga aku dimatikan dalam keadaan yang disukai Allah dan mati bersama-sama orang yang soleh dan solehah . Dan ditempatkan bersama kalangan orang yang soleh dan solehah... Walaupun kita tak tahu bila Allah akan ambil kembali hak Nya yang kita hanya pinjam ..

Tapi kita leka sebenarnya . Semua yang kita ada yang kita dapat semua dari Allah . DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA YANG TELAH BERLAKU, SEDANG BERLAKU DAN AKAN BERLAKU .   


Semoga aku sentiasa istiqamah dalam beribadah dan memperbaiki diri... Kau kena ingat benda ni pada diri kau ... 

Wassalam .. 

Sunday, August 25, 2019

Kisah H I D U N G

Assalamualaikum.. 
Hai pembaca-pembaca...
Mesti semua terkejut dengan tajuk.. Jangan terkejut ya. Kali ni kami nak cerita pasai hidung kami .

Kenapa hidung??

Masa kami tingkatan 3,ada seorang kawan kami dia tanya hidung Hampa tu tak ada tulang Ka what?

What? Masa tu tak terasa langsung. Mungkin sebab masa tu perasaan tak ada kot. Jenis hati kering kot orang kata apa . Tapi sekarang hati banyak tisu... Silap sikit. Akan cepat terasa. Mungkin faktor umur yang kian meningkat... Sudah tua...

Okay berbalik kepada Cerita tadi . Yup dia tnya macam tu lepas tu dia mintak izin nk pegang hidung ai yang dikata x ada tulang .. 

Weii hidung ai mcm hidung orang lain la.. Ada tulang hidung  Cuma tak la mancung... Dan hidung ai kecik sikit la . Nak dibandingkan dengan hidung2 kembang2 mancung nu .. Tapi normal ja.. Bukan tak normal sampai macam tu... 
Yang lawaknya.. Kami pon ngokkk gak.. P tanya dia, awat hmp tak ada tulang hidung ka.. Cepat2 dia jawab ada ada... Habis kau tanya hidung aku apa pasal. Gituuu tapi dekat dalam Hati ja .. Tak berani la nak cakap depan depan. 

Dan kami rasa hidung kami normal boleh bernyawa dan menyedut udara . Kadang ianya lebih terkesan dengan lagi pantas bila ada bau yang tak menyenangkan. Terutama asap rokok . Kami paling pantang dengan asap rokok. Memang tak boleh bau langsung... Kadang kalau dekat trafik light pon mau terhidu asap rokok cepat2 kami tutup hidung... 






So apa pendapat Hampa tentang hidung kami first time hampa jumpa kami. .. Komen dibawah ..



Tq baca ❤️❤️❤️

Tuesday, August 20, 2019

Kisah happy dan Ngeri Kucing

Assalamualaikum. 
Hahahhaha ambik kau tajuk dia... 

Okay kali ni kami nak cerita pasai kucing kami. Nama dia Cumi ... Cumi adik beradik kepada Kiki .. Kiki dah lama mati akibat sakit kucing . So kami tak lama jaga dia dalam beberapa bulan saja.. Ni kucing pertama yang kami jaga la . Setelah sekian lama tak bela kucing... Dan seekor lagi nama bingo.. Bingo pon dah mati... Pon sakit kucing.

Tinggalla cumi seekor dia dalam sangkar yang besar ... Masa tu abah kami lepas buat sangkar baru.. Binggo mati. Tapi dia sempat la merasa sangkar baru... Bila cumi berseekoran maka adalah kucing2 jantan yang tak sedar diri mai dok mengorat cumi . Tapi kami tak lepas.dia dari sangkar. Kalau kami nak mai dengan cumi kami akan bawak keluq kejap ja. Pastu masukkan balik ... 

Satu hari ni . Adalah kucing jantan yang cantik bulu dia panjang.. Boleh kata hensem la kucing ni.. Tak tau kucing sapa.. Pastu abah masukkan kucing tu 2 malam kot dalam sangkar.. Masuk hari ke 3 pagi tu kami tengok kucing jantan tu hilang dah tak tahu la dia keluq macam mana.. Tapi padu la.. Dan tak guna jugak . Lepas hang buat kucing aku dia belah.. Kurang hasam punya kucing ..... 

Pastu dalam 3 minggu macam tu kami perasan macam cumi ni perut dia besaq sikit . Pastu pegang la perut dia.. Dengan orang lain dia tak bagi dengan kami ja dia bagi kenai tuan la kan .. So ya dia Pregnant.. 

Dan kami excited sebenarnya.. Siap kami kira2 tarikh bila dia nak bersalin.. Siap Google okay .... Pastu kami baca dekat Google boleh scan anak kucing.. Macam nak try tapi tu la duit sama pikir.. Bukan murah nak scan... 

Pastu pada tarikh 27 September cumi selamat melahirkan anak anaknya .. Semuanya 5 ekor . Alhamdulillah semua hidup dan sihat .... Maka bertabahla duit yang perlu den keluq kan untuk beli makanan dia. Ikan. Pasir kucing dan segala mak nenek kucing .....


Maka kucing kami pon bertambah la jadi 6 ekor . Cumi dan anak2 nya... Masa Awal2 tak letak nama sebab tak nampak jantina kucing ... Pastu tu dalam 4 bulan kot  Baru letak nama kucing ... Mula ingat 3 jantan 2 betina.. So letak la nama jantan (kaktus, Jimmy nutron, dan doremon )... Betina kami letak nama (dora dan sizuka) ..
Masuk 7 bulan mcm tu tengok semua jantan dooohh .. Hahahhaha 

Bersyukur dekat situ.. So x ada la nak bunting  Melainkan dia buntingkan kucing lain .. Tapi kami tak bagi keluq.. Kecuali kalau kami nak main .. So akan lepas kejap. Pastu masuk balik.... Mai besaq.. Cumi mak depa tak kenai dah anak . Dia jadi musuh.. So letak asing cumi dekat sangkar kecik sikit ... 

Suatu hari cumi lari terlepas .. Tapi dia balik la dalam malam sikit.. Pandai pon balik ... Lepas 2 3 minggu perasan haii pregnant pulak dia ni . Jenuh... Kali ni tak excited sangat .... Dia melahirkan pon tak sangka . Cuma kali ni 6 ekor.... Tarikh pon lupa sebab tak sangka.. Yang first nu semua kami ingat ... 


Lepastu kan kami dok kata dekat mak kami  Bagi la kat orang sapa nak... Kami macam tak mampu nak jaga banyak2.... Lepastu ada la 2 orang nak ambik kucing warna putih tapi bagi besaq sikit ... 

Lepastu kan selang beberapa hari dalam 1minggu kot.. . Seekor kucing hilang . Kami hairan la p mana.. Orang ambik ka . Kalau dia keluq mesti ada kot tepi2. ..


Macam2 andaian kami buat .. And suatu hari bertarikh 18 Ogos 2019 .. Kami nampak cumi makan anak dia ... Ya Allah cumii!!!!

Kami jerit dekat dia wei.. Tapi nak buat mcm mana dia makan kepala dulu... Wekkkkk wekkk wekkk nak muntah ... Lepastu kami tau dah mana kucing yang putih hilang dulu .. Kira dia makan... ALLAHUAKBAR  . 

Pastu kami ambik semua anak dia yang hidup 4ekor masuk rumah kami  Kira pisah kan .. Lepastu ada yang seekor warna putih pon dia dah gigit kot. Sebab tangan dia patah . Leher dia terkulai tapi dia masih hidup la ... Tapi abah kata tak lama kucing ni pon . Tengok pagi tu betoi weiii kucing putih tu dah tak ada.... 

Pastu kami tanam kucing putih tu . Cumi dok cari2 jugak anak dia yang tu  Kami gtau dekat cumi kata dah mati . Pastu kami bagi balik anak 3 dia kat dia  Sebab kesian depa nak minum susu ibu . Tapi dalam masa yang sama kami takut dia makan lagi... 


Pastu kan kami Google 
"kenapa ibu kucing makan anaknya  "
Tau dia tulis apa 
1.sebab ibu kucing ada naluri yang mengatakan anak dia sakit . Jadi dia ambik keputusan untuk makan  Dari lihat anak dia mati kesakitan  
2.sebab anak kucing dah mati 
3.sebab anak kucing cacat .. Jadi ibu kucing tak sanggup anak dia cacat . Takut anak dia sakit . 
4.takut kalau penyakit tu boelh memudaratkan anak dia yang lain.... 
Dan banyak lagi ... 


Ini pertama kali wei. .. So kami pon pasrah dah... Mungkin ada sebab la dia buat macam tu . Sebab kami tau cumi seorang yang penyayang. Dia boleh menjaga anak dia yang dulu tu hidup 5 ekor . Cuma kali ni 6 tinggal 3.... Mungkin ada sebab ..semoga 3 ekor tu hidup dengan sihat . Dan kami ambik keputusan akan p sekat supaya cumi tak mengandung dh... Sebab dia dah banyak keturunan dah. Cukup2 la.. 


Sampai situ saja cerita happy dan ngeri pasai kucing . Nanti kami cerita lagi okay untuk #kidahkucing




Komen dibawah pleasssssss kalau baca.. 

Wednesday, August 7, 2019

novelbymissF

#novelbymissF

      "wafiya ". Panggilan itu membuatkan aku berpusing 180 darjah ke kanan ... Kata lain  aku terkejut sebenarnya tiba-tiba orang memanggil aku ...

  "kau nak balik dah ka?" tanya pemilik suara tadi yang memanggil aku . ..

"ehhh tak,mana ada aku nak balik . Aku baru datang ni ..." auta aku. Sambil buat muka 10 sen aku ...

"auchhhh sakit la .berbisanya ratu ketam ni". Mengadu aku. Minah ni memang kalau dia dah keluarkan ketam dia. sakit yang amat .. Kadang-kadang boleh lekat bekas lepas dia cubit ..

"kau nak apa aini? Sakit la ."

"hehehhe  Sorry2... Sapa suruh kau buat lawak bodoh... Kan dah mendapat .." aini menyapu - nyapu dengan tangannya di tempat cubitan sang ratu ketam tadi ..

"aku nak pinjam hard disc kau boleh tak . Aku lupa bawak la . Dah la kerja bertimbun tak siap lagi.. Kalau kau bagi pinjam boleh la aku balik buat dekat rumah..kau kan baik." pujuk aini sambil buat gaya comel dengan dua jari telunjuknya bertemu seperti gaya aku setiap kali aku nak pujuk orang ..

Beg yang sejak tadi aku galas, aku tanggalkan dari badan aku .. Tak sampai 5saat hard disc bertukar tangan ..

" kau jaga aku punya thor ni.kalau dia sakit atau calar siap kau aku kerja kan.. And one more thing jangan Bagi hilang .." pesanan keramat sebelum aku lepaskan tangan aku dari hard disc.

"baik,saya akan menjaga thor awak seperti nyawa saya sendiri.." aini membuat gaya seperti orang Jepun dengan menunduk nuduk..

"dah la, aku dah lewat ni. Aku balik dulu ." lalu topi keledar aku sarungkan ke kepala aku.. Enjin moto jenama Aprilia RSV 1000R mille aku hidupkan .. Ngauman pertama Aprilia kedengaran ..

"okay,esok aku bagi balik dekat kau ea . Hati-hati bawak moto tu ." nasihat teragung setiap kali aini tahu aku bawak moto..

"baiklah mak cik aini oi .." cermin helmet aku turunkan menandakan aku sudah bersedia untuk memulakan perjalanan. Tangan aku angkat pada aini tanda aku pergi dulu .. aini turut membalas dengan lambaian.

Gear Moto Aprilia aku tukar supaya lebih laju .. Lalu aku keluar dari tempat meletak kenderaan dibawah pejabat yang baru 5 bulan aku bekerja .. Sengaja aku bawak laju sedikit dari biasa keluar dari situ sebab aini masih ada dekat situ..

"MasyaAllah,, apa nak jadi dengan kawan aku . Kalau dia tak naik moto dia tu mesti orang akan cakap dia gadis Melayu paling ayu dekat dunia ni .. Tapi bila naik moto habis... Semua aku tak kenal . Feeya.. Feeya.. Bebel aini sorang2 .

—--------------------------------------------------------


Ya, itu la ayat yang selalu dan setiap kali aini akan cakap pada aku... Tapi fikir logik la kan kalau bawak moto tak akan kau nak kepik - kepik ayu malu malu gitu . Mesti la kena jadi abang-abang sikit ..

umi pun selalu jugak marah kalau aku naik moto.. Pada umi orang yang naik moto lelaki saja . Tapi nak buat macam mana lesen kereta aku ada tapi disebabkan Baba tak percaya lagi untuk aku bawak sendiri kereta akibat kemalangan jalan raya masa hari pertama aku dapat lesen.. Bukan aku yang tak berani tapi baba yang takut aku bawak . Katanya biarlah dia saja yang menghantar dan mengambil Anaknya ini daripada anak dia hadapi kemalangan lain .. Tapi yang aku pelik .. Moto baba bagi pulak aku naik. Sedangkan moto la yang lebih bahaya ..

Tapi moto ini pon jarang2 aku boleh naik.. Kalau baba outstation dan abang-abang aku sibuk saja aku boleh naik . Kiranya tak ada sapa la dekat rumah boleh bawak aku .. Baru aku lepas untuk bawak moto kesayangan aku ini... Kalau tidak jangan harap la Wafiya oiii ..

Tiba dilampu isyarat yang masih berwarna merah, aku baru perasan jalan dan lekang dengan kenderaan-kenderaan lain ... Aku lirikan mata aku pada jam di pergelangan tangan aku ...

Jarum jam menunjukkan sekarang pukul 6.30 petang... Lambat la pulak lampu isyarat ni aku rasa...

"patut la kereta tak banyak dah, dah lewat dh aku balik pon.."sambil aku membebel atas moto aku sambil aku memerhati kereta yang lalu dari sebelah hadapan yang masuk ke jalan sebelah jalan yang aku berada ... Tiba-tiba satu moto berhenti sebelah aku ..

Aku beralih sekali tengok moto sebelah,uihhhh moto jenis apa ni .. Aku sedikit teruja kalau aku lihat moto berkuasa tinggi . Aura lain macam moto sebelah aku ini... Aku pandang sekali lagi untuk lihat jenis moto jenama apa .

Kawasaki ninja ZX-14 warna hitam dan ada corak corak seperti api di bahagian tepi moto... Wow cantiknya... Cetus naluri hati aku... Tanpa aku sedar pemilik moto tersebut beralih ke arah aku.. Terus aku alihkan pandangan aku ke arah lain..

Ahhhh sudah kantoi kau feeya tengok moto orang.. Kang tuan dia ingat kau usha dia .. Ehhh kejap cermin helmet aku ni hitam kot  Mana orang nampak aku tengok dia .

Saja aku cuba memberanikan diri lagi untuk tengok tuan moto tu pulak .. Alah cermin dia pun hitam ... Sedikit kekesalan dalam hati tak boleh tengok muka tuan moto tersebut .. Kemudia dia pon pandang aku dan cuba mengaumkan moto kawasakinya....

Alahai dia ajak lawan pulak dh . Jangan harap la aku nak bahayakan nyawa aku .. Aku padang depan semula ... Tiba-tiba rasa lampu isyarat ni lama gila .. Aduhai...

Kemudia kawasaki sebelah mengaum lagi .. Kemudia lampu bertukar hijau .. Aku menukar gear aprilia aku ... Moto kawasaki tadi pecut semahu - mahunya....

"laju gila bawak, ahhh lantak dia la. Bukan masalah aku.." cetus hati aku . Nasib la rumah aku dekat saja dengan tempat kerja. Kalau tidak mesti sampai lewat... Waktu asar nak habis dh ni aku kena bawak laju sikit ..

Sampai saja di rumah .. Aprilia aku parking dekat tempat simpanannya .....

Jam ditangan aku jeling sekali ahhhh sudah asar aku .. Laju aku lari naik tangan.. Suara umi kedengaran seperti sedang marah-marah saja di bawah... Langkah aku lajukan lagi . Kejap lagi la umi kita bersoal jawab. Suara hati aku berkata. Sekarang solat dulu ......




Bab 1 untuk novel yang tak tahu tajuk lagi...
Hanya sekadar memenuhi masa terluang..
Jangan expect tinggi pada novel ini ..
07 Ogos 2019








#bebelanmissF 7/ 8

Assalamualaikum, 
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang  

Kali ni kami akan keluarkan satu slot baru iaitu #bebelanmissF ..
Konsep dia mcm seorang yg tengah membebel.. Hahahhaha 

Jadi tajuk bebelan hari ni adalah,
*PLAN YANG TAK MENJADI *

Setiap orang mesti akan ada plan kan sesuatu kan.. Tak kisah la dia plan untuk diri dia keluarga mahu pon kawan-kawan .
Selalu kita akan dengar orang cakap plan awal - awal mesti tak akan menjadi . Tapi kalau plan last minute mesti jadi atau jadi yg luar jangkaan yang lagi parah tak jadi..

Kali ni kami nk membebel pasal plan dengan kawan - kawan ... Kami ingat lagi dulu mesti akan cakap nanti kita lepak sekali ea ... Mesti best mcm ni mesti best mcm tu .. Tapi sebenarnya kan Masa depan tu kan tak pasti pon .

Mcm la jugak ajak keluar Ramai2 dengan kawan2 . Tiba2 ada yg tak boleh dengan alasan yang x munasabah  .... Kau rasa apa perasaan orang yang plan tu ... Sakit weii sakit... 

Pastu mula la nk plan victims "kita yang merancang Allah yang menentukan" ..

Yes, ayat tu akan kena and dapat diterima baik apabila sekali dua kali kau buat hal tak jadi .. Tapi kalau banyak kali jadi lepastu ada pulak jenis cakap- cakap belakang lepastu . Tu yang kami boleh jadi letih dengan semua ni....

Sebab apa . Kami ja yang selalu excited  teruja nak berkumpul Ramai2 bagi orang kata cukup korum . Tapi end dia yang ni tak boleh yang nu tak boleh... Lepastu kau nak kami rasa Macam mana... Nak dia sentiasa . Nak jadi baik sentiasa . Haaaa. Setiap orang ada hati dan perasaan .


Tapi betoi la... Bila kau selalu sangat kena and jadi . Kau akan penat untuk semua ni berulang balik . Kau akan terus malas untuk kau fikir balik apa akan jadi .....


Sebenarnya  kami pun tak tau apa sebab kami tulis ni . Mungkin sebab kami tengah marah.. Sebab satu benda kami rasa kalau kami buat atau tulis sebab kami nk luahkan atau lupakan ..


Percaya atau tidak... Selepas ini, kalau orang ajak kami keluq ka mungkin kami akan fikir banyak kali dan kami tak akan mudah untuk setuju secepatnya ..

Bila kami fikir balik sebab tu abah kami tak bagi kami keluq sesuka hati and banyak kali .. Ada kebaikan semuanya.... Kalau kau keluq, duit kau habis . Setakat nak sembang tanya khabar sekarang dekat whatppas boleh  .... Habis habis pon datang ja rumah . Borak tak payah plan2 bagai beria ria nak keluq ...

Sebab apa ... Sebab jadi macam ni la . Srs cakap kami dah penat dh....



Sekian #bebelanmissF
7/8/19

Sunday, August 4, 2019

Resepi mee sizzling paduuuuuu!!!

Assalamualaikum  
Hai.. Hai.. Hai... 
Teringat lagu p. Ramle yg cerita labu labi . 
Lirit dia mcm ni "masak memasak serah padaku" .. Gitu

Mee sizzling . Sedap kan... Pertama kali kami makan masa giant Perlis bukak.. Hahahhaha sebelum tu x dak ka . Entahla  ada la kot cuba kami tak perasan kewujudan dia . Ya la . Mee sizzling ni jenis masakan org cina ... Tapi apabila hidup di Malaysia semua kita makan kalau halal .. Betoi dak .. Sambung cerita, masa tu ingat lagi kami nk lepak2 dengan kawan kawan kami. Pastu depa order mee sizzling.. Kami mula tu terpinga-pinga.. Apakah benda tu.. Pastu tak pa la kita try.. Makan-makan . Sedap pulak .. Masyukk ❤️❤️❤️❤️

Lepastu bila p giant dengan kawan2 mesti menu tu yg order . Tak tahu order benda lain dh.. Kikiki tapi tu la mau makan selalu parah gak la sebab harga dia 1 pinggan dlm Rm5.50 atau 6.50 entah . Ingat2 lupa sebab lama tak makan kat situ .... Pastu kalau tambah telur tambah rm1 .. Kalau yg tak reti makan mereka akan ckp muak makan dgn telur . Biar kuah dia ja .. 

Ha... Satu lagi  kuah dia sama ja kalau kita mintak kuah cendawan yg tu jugak dia bagi . Kalau mintak kuah Black paper yg tu jugak dia bagi . Cuma kalau cendawan dia bagi La cendawan sikit . Pastu kalau Black paper dia tabur sikit Black paper . 
Bila makan sekali rasa nak lagi dan lagi . 

Pastu mcm rasa tak boleh jadi.. Kena buat sendiri baru puas makan .. 


*Maka terjadila resepi sizzling cara missF*
❤️❤️❤️❤️❤️


Bahan-bahan kuah  

5 ulas Bawang putih 
1 ulas bawang merah (guna yang saiz comel ja . Jgn besaq pulak) 
1/5  (suku) Halia 
3@5Cili kering (ikut tahap kepedasan yang nak) 
5 sudu SOS tiram (Agak2 kalau x cukup tambah) 
Serbuk lada hitam 
Tepung jagung 
Cendawan kering 
Ayam 
Sosej (kalau nak letak bagi banyak boleh ja) 
Air 
Garam 
Gula 
(amaran jgn letak serbuk perasa kejap lagi botak hampa) 



Bahan-bahan untuk makan . 
Mee sizzling atau mee sanggul atau meggi kosong. 
Sayur sawi 
Telur (kalau nak . Tak nak xyah letak) 













Cara2 memasak 

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah, cili kering .. 

2.apabila dah naik bau dan warna yg cantik masukkan isi ayam yg dipotong comel2 atau pon saiz yang dikehendaki.. 
*kalau nak ayam yg jenis goreng letak hujung pon x apa.. Ni letak awal sebab nak bagi dia masak DENGn betoi *

3.apabila ayam dh masak,masukkan sos tiram dan sedikit air.. Gaul sebati dgn ayam tadi . 

4.masukakn air yg lebih banyak untuk jadikan kuah . Kuantiti air ikut la . Kalau nak banyak letak banyak.. Tapi kena pandai bajet la dgn sos tiram tadi . Kalau dah terlajak letak banyak air . Cover dengan masukkan sos tiram lagi.. 

5.biarkan kuah tersebut mendidih dulu . Kemudia masukkan garam dan gula. 

6.masukkan serbuk lada hitam 

7.masukkan sosej (kalau nak) 

8.masukan air tepung jagung untuk kepekatan kuah.. 

9.masukakn cendawan kering yang telah pon kembang yg di rendam seketika sehingga kembang tadi .... Potong la comel2 tak akan nk letak satu terus ... Boleh tngk gmbq sat lagi .. 

10..boleh rasa dan tutup api.. Kalau ada kurang rasa tambah apa yg patut . Memasak perlu yakin.. 


Cara nak hidang 

1. Rebus atau celor mee sizzling tadi sehingga boleh makan 

2.sawi celor jugak 

3.kalau ada pinggan yg utk sizzling tu buat la Ala2 mcm kat kedai . Kalau tak ada ikut cara kami . 

4 ambil pan yg kuali leper tu masukkan mee sizzling,  kuah yg kita buat tadi, sayur yg di celor dan telur . Kemudia hidang dlm pinggan.. Bawak terus kepada tuan yg nk makan . Lepastu kalau ramai telur tu boleh ja nak rebus atau goreng gedik 2 .. 

Cara kami . Sebab x ramai makan kat rumah jadi kami hidang sorang2 . Kira Ala2 kat kedai la . Berasap ja masa makan .. 


Tadaaaaaaa... Dah siap ..... Okay mee boleh guna Mee apa2 yg hampa suka.. Terserah... Selamat menjamu selera ❤️❤️❤️❤️❤️

















Tak perlu beriaa !!!

 Assalammualaikum.. catatan untuk hari ini sekadar luahan dari hati ini. TAK PERLU BERIA! yes, tajuk untuk penulisan kali ni. --------------...