Thursday, November 28, 2019

Hilang Kepercayaanku pada mu. #bebelanMissF

Assalammualaikum..
kali ni #bebelanMissf mungkin akan menusuk ke hati..

seperti tajuk entri di atas , Hilang Kepercayaan ...Setiap dari kita seorang perempuan kita akan mudah untuk percaya pada kata-kata kawan-kawan perempuan kita..Kita sangat2 percaya pada mereka..Dan tambahan lagi kita ada perasaaan kesian pada diri atau kita selesa berkawan.

Tetapi jika kepercayaan itu luntur,mungkin akan ada lagi satu kepercayaan akan tinggal..Tapi jika ianya berulang ,, Tiada lagi kepercayaan yang tinggal..Hanya mungkin sikap simpati, Kepercayaan seseorang sememangnya tidak boleh di ukur..tapi jika ianya lenyap..maka enkau tak mampu lagi perbaiki..

Bila mana,kau betul percaya,berharap agar dia dapat sama-sama menjaga dan kau rasa selamat apabila engkau boleh bersama-samanya di tempat yang engkau asing...Tetapi dia telah menghancurkan kepercayaan kau untuk sekali kau boleh terima dengan hati yang terbuka..Kau boleh Backup lagi kata-kata dan perilaku dia pada orang ..Tapi setelah kedua kali kau buat begitu..Maka tiada lagi kepercayaan...

Hidup berkawan ni mudah, jika kau mampu memahami dia dan dia juga memahami kau..Kau akan bahagia..Tapi jika kau berkawan untuk kepentingan hidup kau..Ianya tidak akan lama. Percayalah..Walaupun bertahun kau berkawan dengan dia..Tidak ada lagi sama...

Kata-kata ini lebih tajam dari pedang..Sebab ianya mampu membunuh perasaan, kepercayaan, kasih sayang..Tapi jikan ianya telah di ucapkan..Jika kau padam sekali pun..Ianya masih tidak akan boleh diperbaki di setiap Luka-luka yang ditinggalkan..Mungkin lukanya tiada tetapi barunya ada..

Maka ,jika engkau atau aku mahu memanjangkan atau mengekalkan perhubungan berkawan.Maka tolong la jaga kepercayaan itu..Sekali buat tidak meninggalkan bekas..Tetapi setelah setiap perjanjian yang kau taburkan engkau hunuskan benda yang bahaya..dia tidak akan tunggu di situ lagi...Dia akan pergi jauh daripada nengkau..

Pesanan MissF pada diri missF dan sesiapa yang membaca,jagala perasaan setiap orang yang kau berkawan..Perbaiki la selagi kau mampu..sebab jika ianya hilang tiada lagi..Jika kau tak mampu untuk berkawan ..pesananku jangan berkawan dengan ku..Tinggalkan lah... 

Maka renung-renungkan lah...

#bebelanMissF281119

No comments:

Post a Comment

Tak perlu beriaa !!!

 Assalammualaikum.. catatan untuk hari ini sekadar luahan dari hati ini. TAK PERLU BERIA! yes, tajuk untuk penulisan kali ni. --------------...