Assalammualaikum,
sudah lama aku tak menulis di blog ini.. hari ni aku tergerak untuk menulis..
aku serabut dengan diri aku sekarang..aku merasakan diri aku sekang sudah tidak seperti dulu lagi.. sekarang aku mudah sangat menangis.. adakah faktor umur aku yang kian meningkat usia hampir 30 tahun ini adalah puncanya?
empati aku terlalu tinggi untuk sesuatu benda.. penat tau menangis.. kadang aku mahu jadi kuat,yang tak mudah menangis.. kenapa dulu boleh? kenapa sekarang tak boleh? dunia maya ka punca aku berperwatakan dan berkelakuan begini.. sebab aku terlalu terikat dengan gajet? dengan media sosial? dengan scroll tiktok setiap masa?
terlalu toxsik ke aku sekarang dengan diri aku? terlalu taksub ke aku dengan zaman moden dengan gajet ini.. otak aku sekarang sepertinya tak boleh kalau ada terkanan yang berat.. aku kadang sampai aku takut untuk pikul tanggungjawab.. sebab aku takut.. aku takut aku tak boleh nak hadapi...
tapiiiii ________________________
Aku ini akan cepat mencari Hikmah kembali atas semua benda.. aku cuba positif kan diri aku setiap masa... kadang penat juga jadi orang positif setiap masa... tapi negatif lagi tak elok kan....
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku rasa benda yang menjadikan diri aku lalai atau emosi sentiasa bercelaru adalah sebab aku mengikuti kisah percintaan MALZAN (Ikhmal Nour & Harszan a.k.a Nazrah).. aku mengikuti cerita mereka daripada bulan 11 2025 lagi... lepas video lamaran ikhmal nour kepada Nazrah selepas depa tamat AI sementara batch 2... bagi aku dia seorang lelaki yang berani dan ikhlas.. sebab tu aku boleh tertarik dengan kisah pencintaan mereka.. dulu kisah FattMira..alhamdulilah dan kahwin.. sekarang Malzan pula aku doakan.. cuma akan ada sesuatu yang berlaku pada bulan 4 2026 nanti.. harzan akan masuk AI team secara tetap.. seperti mana semua orang tau Ai team ni konsep dia suka buat partnership antara lelaki dan perempuan.. aku harap sangat depa buat konsep lain sikit.. tak nak buat konseo cinta antara partner dalam tu dah.. sebab harzan milik ikhmal yang nyata InsyaAllah.. jadi aku akan sakit hati kalau dia tiba-tiba di shipkan dengan orang lain...
aku cuba tukar pemikiran aku supaya aku tak sedih. aku kata harzan macam masuk kem lakonan ja.. macam berlakun..macam pelakon perempuan yang dah kahwin berlakon denga lelaki lain dalam cerita drama kat tv tu.. aku cuba untuk ubah pemikiran tu... sebab aku tak sanggup tengok ikhmal nour sedihh..sebab cinta dia pada seorang perempuan bernama nazrah sangat ikhlas..subahanaAllah Alhamdulilah..
aku akan sentiasa doakan untuk mereka setiap hari..semoga hati mereka Allah jaga antara satu sama lain..semoga jodoh mereka berkekalan..semoga sampai masa mereka akan berkahwin...semoga Allah izinkan .. AllahumaAmin..
apa yang penting mereka NYATA
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin lepas ini aku akan hadkan masa melihat aktiviti mereka..dan lebihkan kepada aktiviti aku yang hakiki yang nyata untuk diri aku...


No comments:
Post a Comment