Thursday, September 12, 2019

Nikmat solat yang ditarik Allah.

Assalamualaikum 
Tajuk kali ni sangat terkesan pada diri aku. Entah kenapa aku rasa lain sangat kali ini .. 
Dan aku baru sedar bahawa nikmat untuk beribadah kepada Allah jangan kita sia siakan.. 

Jangan bertangguh untuk buat kebaikan .. 

Jangan tunggu untuk melakukan ibadat yang kau sendiri tahu kelebihannya . 

Jangan kau leka dengan duniawi yang tak menjanjikan apa pun .

Aku cakap pada diri aku yang kadang aku leka . Sangat2 leka .... Aku nak kaitkan jugak benda ni dengan time aku period . Bila aku period aku tak boleh solat. Tapi masa tu aku betoi2 perlukan Allah untuk aku beribadat... Walaupun aku masih boleh berdoa padanya.. ALLAH masih mendengar . Tapi aku baru sedar yang ibadah aku lakukan tak banyak seperti mana permintaan aku yang banyak yang banyak kepada Allah .. Walaupun nikmat solat ditarik untuk tempoh yang sedikit saja tapi aku dapat rasakan ..

Bayangkan kalau kau tak sempat beribadah . NAUZUBILAHHIMINZALIK 

Semoga aku dimatikan dalam keadaan yang disukai Allah dan mati bersama-sama orang yang soleh dan solehah . Dan ditempatkan bersama kalangan orang yang soleh dan solehah... Walaupun kita tak tahu bila Allah akan ambil kembali hak Nya yang kita hanya pinjam ..

Tapi kita leka sebenarnya . Semua yang kita ada yang kita dapat semua dari Allah . DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA YANG TELAH BERLAKU, SEDANG BERLAKU DAN AKAN BERLAKU .   


Semoga aku sentiasa istiqamah dalam beribadah dan memperbaiki diri... Kau kena ingat benda ni pada diri kau ... 

Wassalam .. 

No comments:

Post a Comment

Tak perlu beriaa !!!

 Assalammualaikum.. catatan untuk hari ini sekadar luahan dari hati ini. TAK PERLU BERIA! yes, tajuk untuk penulisan kali ni. --------------...