Monday, September 30, 2019

Cik shopaholic (review drama)

Assalamualaikum,... 
Malam 28 September 2019


Malam ni, ada cerita yang dapat menarik minat kami untuk tengok sampai habis .
Sebab apa ?? Sebab banyak pengajaran yang paling bagus . Yang perlu dicontohi untuk semua orang... Perubahan yang sangat menarik...

Telefilem 9.30 mlm hingga 11.30 malam  
Tajuk shopaholic

Mula - mula si hero ni dia dh ada girlfriend, tapi girlfriend dia tipu dia.. Kata nak sama-sama buat pinjaman duit untuk bukak restoran.. Tapi lepas beberapa bulan dapat tau Yang perempuan tu tipu hero ..

Sikap yang ada pada hero ni adalah seorang yang penjimat dan seorang yang menentukan bajet untuk buat sesuatu .. Tapi kalau orang selalu akan cakap KEDEKUT la . Tapi sebenarnya tak la... Berbeza orang yang berjimat dan kedekut...

Lepastu suatu hari hero dan heroi terjumpa dalam satu sintuasi yang mana terlanggar antara satu sama lain .. Dan menyebabkan air yang dipegang si heroi tertumpah pada baju si hero... Lepastu ayah hero bertemu dengan ayah heroi . Baru depa kenal, masing2 punya ayah adalah kawan .. Kemudian ayah si heroi bagi kad kredit suruh si heroi pergi beli baju baru sebagai ganti .... 

Sikap si heroi pulak berbeza dari sikap si hero sebab si heroi sangat2 suka shopping.... Dia boleh beli beg atau kasut atau apa2 sahaja yang mahal .. Dan dia tak pernah hidup susah. Semua kemahuan dia, semua dia dapat.... 

Balik daripada kemalangan pelanggaran kecil tu, masing2 dah macam terpauk antara satu sama lain ...
Senyum sorang2 dah.... 

Owhhh btw lepas si hero dh putus dengan dia punya ex girlfriend . Mama dia kata nak carikan calon isteri untuk si hero.. TAPI bersyarat . Yess syaratnya hantaran tak boleh lebih 5k....masalah adakah? 

Lepastu ayah belah pihak heroi pulak suruh heroi uruskan urusan syarikat dengan si hero .... Pertemuan demi pertemuan pon berlaku. Masing2 pun dah tertangkap cintannnn ..

Bila kedua-duanya ibubapa bertanya,Mereka terus setuju . Tapi pihak hero menegaskan 5k sahaja... Pihak perempuan tak kisah sebab dah kaya dan so terserah la.. Gituuu  

Maka mereka pun berkahwin la... Owhhh yang paling penting heroi (isteri) tu dah tahu perangai si hero (suami) 
Yang sangat2 mengurus pembelajaran . 

Masa first day kahwin si isteri bagi tahu la  Ajak pergi hanneymon dekat Eropah . Katanya 15k seorang.. Si suami pulak kata membazir. Dia cakap p pulau Tioman pon best jugak... Hahhahaha part ni kami rasa kami boleh terima la  Sebab kami pun tak la jenis nak pergi tempat2 luar negara .. Heheh tapi kalau bawakan apa salah ..

Lepastu, depa kena p rumah mak bapak hero... Ya la isteri kena ikut suami... Lepastu bermula la di mana si isteri kena melakukan kerja kerja dekat rumah ...  Macam memasak, kemas rumah  basuh baju dan Macam2 lagi .. Dulu sebelum kahwin, si heroi ni tak pernah buat kerja2 macam ni.. Tapi sebab suami dia suruh maka dia turutkan ... Kalau cerita lain mesti memberontak kan . Ya la sebelum ni ada pembantu rumah apa semua .. Tiba2 tak dak dan kena buat ..
Scen yang lawak  masa firstime si isteri nak gunakan mesin pengisar dan dapur gas .. Hahahhahaha dia x reti guna  Alasannya rumah dia dulu lain. Rumah mak mentua dia lain....

Tapi apa yang bagusnya cerita ni  dia ikut semua apa yang suami dia cakap... Kami puji part ni... Si isteri kan jenis shopping beribu ribu.. So si suami buat syarat jangan membazir dah.. Tak perlu beli dah .. Dan si isteri pon turuti nya ...

Si isteri belajar memasak dekat Internet..BAGUS2 ada pembaharuan dekat diri dia... Masa Awal2 tak sedap dia masak.. Dah lama2 jadi sedap . Sampaikan orang dekat office pon order dekat isteri dia ..

Dia cakap, bila dia strees kali ni dia suka masak ... Kalau dulu shopping . Sekarang dah bagus... So kira perangai dia dah berubah ..

Suatu haritu, si isteri dan si suami berfikiran untuk membuka Cafe sendiri yang menjual macam-macam benda... Alhamdulillah perniagaan Mereka berjalan lancar.. Sehinggalah beberapa bulan kemudia...

Bekas ex girlfriend si suami datang balik.. Dok tergedik dengan si suami.... Si isteri apa lagi merajuk la . Tak nak cakap.... Kemudian si suami pujuk dengan memberi tahu semua benda apa yang terjadi sebelum ni ..

Si ex tu tak habis-habis datang Cafe.. Naik meluat si isteri dengan propa tu..
Kemudian sebabkan terlalu strees si isteri kembali kepada habit dia yang lama iaitu shopping ... Dia beli banyak barang lepastu dia teringat balik kata kata suami dia . Dia menyesal guna kad kredit itu.... Tapi sebabkan dh beli dia sorok kepada si suami ..

Kemudian surat bank sampai kepada suami dia .. Sampai 16k wei keluar.. Si suami dapat tahu. Tapi tak nak tanya lagi.. Cuba nak cari dulu.. Kemudian dia buat Macam2 untuk cari... Pastu terjumpa.. Habis huhuhuhu
Pastu si isteri menyesal  si suami tak marah dah ..

Selang beberapa bulan , Cafe baru bukak.. Sebijik makanan menu yang ada dekat sana . And si ex girlfriend si suami yang bukak . Whatttt

Kemudian si suami suruh si isteri bersabar . Dia just kata cuba ubah dan cari resepi baru .. Alhamdulillah dapat mencari resepi baru.. Kemudianya ramai kembali pelanggan di Cafe ni berbanding sana...

Yg 16k tu kan . Punya la nak tebus kesalahan.. Si isteri ambik keputusan untuk buat prelove barang yang dia beli mcm handbags dan kasut... Pandai nak tebus kesalahan ..

Kemudia si isteri umum pada si suami yang dia pregnant .. Punya la happy si suami . Dia suruh yang mana tengah makan dekat kedai dia tu tak payah bayaq.. Tiba2 ja jadi sangat per murah.... Hehehhe tapi ya la benda gembira kan.. Anak first lagi....

PENGAJARAN YANG KAMI BOLEH AMBIK.
1.BERJIMAT, BELI APA YANG KITA MAMPU DAN PERLU.
2.IKUT CAKAP SUAMI.   PERUBAHAN SESEORANG BOLEH BERUBAH DENGAN DIDIKAN YANG BETOI 
3 PERSAINGAN ITU PENTING UNTUK MENGUATKAN LAGI PERNIAGAAN KITA.
4.PERCAYA KEPADA KEBOLEHAN DIRI.
5.JODOH PILIHAN KELUARGA DAN HATI.
6.BERTERUS TERANG JANGAN PENDAM ..

Isteri bajet 🤣🤣🤣

END




No comments:

Post a Comment

Tak perlu beriaa !!!

 Assalammualaikum.. catatan untuk hari ini sekadar luahan dari hati ini. TAK PERLU BERIA! yes, tajuk untuk penulisan kali ni. --------------...