Monday, September 30, 2019

Cik shopaholic (review drama)

Assalamualaikum,... 
Malam 28 September 2019


Malam ni, ada cerita yang dapat menarik minat kami untuk tengok sampai habis .
Sebab apa ?? Sebab banyak pengajaran yang paling bagus . Yang perlu dicontohi untuk semua orang... Perubahan yang sangat menarik...

Telefilem 9.30 mlm hingga 11.30 malam  
Tajuk shopaholic

Mula - mula si hero ni dia dh ada girlfriend, tapi girlfriend dia tipu dia.. Kata nak sama-sama buat pinjaman duit untuk bukak restoran.. Tapi lepas beberapa bulan dapat tau Yang perempuan tu tipu hero ..

Sikap yang ada pada hero ni adalah seorang yang penjimat dan seorang yang menentukan bajet untuk buat sesuatu .. Tapi kalau orang selalu akan cakap KEDEKUT la . Tapi sebenarnya tak la... Berbeza orang yang berjimat dan kedekut...

Lepastu suatu hari hero dan heroi terjumpa dalam satu sintuasi yang mana terlanggar antara satu sama lain .. Dan menyebabkan air yang dipegang si heroi tertumpah pada baju si hero... Lepastu ayah hero bertemu dengan ayah heroi . Baru depa kenal, masing2 punya ayah adalah kawan .. Kemudian ayah si heroi bagi kad kredit suruh si heroi pergi beli baju baru sebagai ganti .... 

Sikap si heroi pulak berbeza dari sikap si hero sebab si heroi sangat2 suka shopping.... Dia boleh beli beg atau kasut atau apa2 sahaja yang mahal .. Dan dia tak pernah hidup susah. Semua kemahuan dia, semua dia dapat.... 

Balik daripada kemalangan pelanggaran kecil tu, masing2 dah macam terpauk antara satu sama lain ...
Senyum sorang2 dah.... 

Owhhh btw lepas si hero dh putus dengan dia punya ex girlfriend . Mama dia kata nak carikan calon isteri untuk si hero.. TAPI bersyarat . Yess syaratnya hantaran tak boleh lebih 5k....masalah adakah? 

Lepastu ayah belah pihak heroi pulak suruh heroi uruskan urusan syarikat dengan si hero .... Pertemuan demi pertemuan pon berlaku. Masing2 pun dah tertangkap cintannnn ..

Bila kedua-duanya ibubapa bertanya,Mereka terus setuju . Tapi pihak hero menegaskan 5k sahaja... Pihak perempuan tak kisah sebab dah kaya dan so terserah la.. Gituuu  

Maka mereka pun berkahwin la... Owhhh yang paling penting heroi (isteri) tu dah tahu perangai si hero (suami) 
Yang sangat2 mengurus pembelajaran . 

Masa first day kahwin si isteri bagi tahu la  Ajak pergi hanneymon dekat Eropah . Katanya 15k seorang.. Si suami pulak kata membazir. Dia cakap p pulau Tioman pon best jugak... Hahhahaha part ni kami rasa kami boleh terima la  Sebab kami pun tak la jenis nak pergi tempat2 luar negara .. Heheh tapi kalau bawakan apa salah ..

Lepastu, depa kena p rumah mak bapak hero... Ya la isteri kena ikut suami... Lepastu bermula la di mana si isteri kena melakukan kerja kerja dekat rumah ...  Macam memasak, kemas rumah  basuh baju dan Macam2 lagi .. Dulu sebelum kahwin, si heroi ni tak pernah buat kerja2 macam ni.. Tapi sebab suami dia suruh maka dia turutkan ... Kalau cerita lain mesti memberontak kan . Ya la sebelum ni ada pembantu rumah apa semua .. Tiba2 tak dak dan kena buat ..
Scen yang lawak  masa firstime si isteri nak gunakan mesin pengisar dan dapur gas .. Hahahhahaha dia x reti guna  Alasannya rumah dia dulu lain. Rumah mak mentua dia lain....

Tapi apa yang bagusnya cerita ni  dia ikut semua apa yang suami dia cakap... Kami puji part ni... Si isteri kan jenis shopping beribu ribu.. So si suami buat syarat jangan membazir dah.. Tak perlu beli dah .. Dan si isteri pon turuti nya ...

Si isteri belajar memasak dekat Internet..BAGUS2 ada pembaharuan dekat diri dia... Masa Awal2 tak sedap dia masak.. Dah lama2 jadi sedap . Sampaikan orang dekat office pon order dekat isteri dia ..

Dia cakap, bila dia strees kali ni dia suka masak ... Kalau dulu shopping . Sekarang dah bagus... So kira perangai dia dah berubah ..

Suatu haritu, si isteri dan si suami berfikiran untuk membuka Cafe sendiri yang menjual macam-macam benda... Alhamdulillah perniagaan Mereka berjalan lancar.. Sehinggalah beberapa bulan kemudia...

Bekas ex girlfriend si suami datang balik.. Dok tergedik dengan si suami.... Si isteri apa lagi merajuk la . Tak nak cakap.... Kemudian si suami pujuk dengan memberi tahu semua benda apa yang terjadi sebelum ni ..

Si ex tu tak habis-habis datang Cafe.. Naik meluat si isteri dengan propa tu..
Kemudian sebabkan terlalu strees si isteri kembali kepada habit dia yang lama iaitu shopping ... Dia beli banyak barang lepastu dia teringat balik kata kata suami dia . Dia menyesal guna kad kredit itu.... Tapi sebabkan dh beli dia sorok kepada si suami ..

Kemudian surat bank sampai kepada suami dia .. Sampai 16k wei keluar.. Si suami dapat tahu. Tapi tak nak tanya lagi.. Cuba nak cari dulu.. Kemudian dia buat Macam2 untuk cari... Pastu terjumpa.. Habis huhuhuhu
Pastu si isteri menyesal  si suami tak marah dah ..

Selang beberapa bulan , Cafe baru bukak.. Sebijik makanan menu yang ada dekat sana . And si ex girlfriend si suami yang bukak . Whatttt

Kemudian si suami suruh si isteri bersabar . Dia just kata cuba ubah dan cari resepi baru .. Alhamdulillah dapat mencari resepi baru.. Kemudianya ramai kembali pelanggan di Cafe ni berbanding sana...

Yg 16k tu kan . Punya la nak tebus kesalahan.. Si isteri ambik keputusan untuk buat prelove barang yang dia beli mcm handbags dan kasut... Pandai nak tebus kesalahan ..

Kemudia si isteri umum pada si suami yang dia pregnant .. Punya la happy si suami . Dia suruh yang mana tengah makan dekat kedai dia tu tak payah bayaq.. Tiba2 ja jadi sangat per murah.... Hehehhe tapi ya la benda gembira kan.. Anak first lagi....

PENGAJARAN YANG KAMI BOLEH AMBIK.
1.BERJIMAT, BELI APA YANG KITA MAMPU DAN PERLU.
2.IKUT CAKAP SUAMI.   PERUBAHAN SESEORANG BOLEH BERUBAH DENGAN DIDIKAN YANG BETOI 
3 PERSAINGAN ITU PENTING UNTUK MENGUATKAN LAGI PERNIAGAAN KITA.
4.PERCAYA KEPADA KEBOLEHAN DIRI.
5.JODOH PILIHAN KELUARGA DAN HATI.
6.BERTERUS TERANG JANGAN PENDAM ..

Isteri bajet 🤣🤣🤣

END




Friday, September 27, 2019

PILOT CAFE KANGAR

Sumber:fb/Pilot cafe Perlis 

Assalamualaikum ,, 

Hari Rabu yang lalu kami dengan kawan-kawan kerja kami keluq pergi makan dekat sini ... 
Kedai ni first time kami datang dan makan . Sebelum ni dengar nama ja ... Kami tertanya gak cafe ni dia buat mcm pilot cafe yg dalam cerita tu ka.. TAK pon .... 

Biasa ja dia punya cafe cuma ada gambaq kapal terbang ja kat dalam .. Tapi untuk orang yang suka makan dekat tempat ni okay la .. Cuma sedikit hampa dia punya rekaan dalaman x kena dengan nama kedai... Agak kecewa  sedikit .. Mungkin bayangan lain  bila sampai macam lain pulak kan . TAPI xpa dah rasa dan dah p and cukup kot sekali ja p. . Hehhehehhe sorry kami jenis yang macam ni suka mencuba banyak tempat if tempat tu memenuhi minat kami. Kami akan tandang banyak kali . Tapi kalau kami x berminat kami akan pergi sekali ja... Cukup la first and last... Gitu. 

Okay nak cerita pasai makanan dekat situ pulak ... 
Menu dia banyak sangat2  
Ada Western, Thailand food, Asia food mcm nasi goreng apa semua ada... 


Antara menu dia.. 

Banyak kan pilihan. Sampai x tahu nak pilih apa.. Tapi disebabkan kami ni jenis jarang2 keluq makan dekat cafe maka kami pilih Western la.. Opcossss hehhehehe




Dua ni kami order untuk mengisi perut pada petang Rabu tersebut. Hahahha ayat tak boleh belahhhh...
Pinggan dia hidang dekat kita tu kan besaq gedabak okay... Sampai kan tengok pinggan pon kami dh kenyang  Hahahhaha tapi habiskan jugak .

Emmmm lamb chop dia sedap. Lembut daging tu boleh makan la kiranya .... Cuma kami dpt bahagian tulang la pula daa .... Dengan guna pisau dan garfu jenuh nak makan. Sebab kita bukan teraaa guna benda2 macam ni . Makan dengan tangan ja senang . Hahhahaha kampung sangat Ai . . Tapi boleh la mau nak guna . Bukan sampai tahap planting makanan La.. 🤣🤣🤣


Total kami bayaq sekali dengan kak sorang lagi makan lamb chop gak rm33
Not bad kan boleh la harga pilot kat situ  Kikikiki so 2 lamb chop 1 French fried 2 ayaq sejuk kosong.. Rasanya ayaq tu percuma kot ......








  • Okay sampai sini saja #jalan2missfdiperlis 

Thursday, September 26, 2019

Dr. Romantic

Assalammualaikum..
annyeonghaseyo☺☺☺☺




hai...cik adik manis yang baca...kali ni kami nak cerita pasai drama korea yang kami tengok...
Tapi pertama sekali macam mana kami mula terjebak dengan cerita ni sebab kami tengok 'Medic Viral' dekat Youtube lepastu kami jadi teruja nak tengok...Tapi sebab tak banyak masa nakn tengok lagi.kami tangguhkan masa untuk tengok lagi...

Sehingga la hari jumaat minggu lepas...kami ada masa untuk tengok...Kami percaya kalau siapa-siapa yang tengok cerita korea atau cerita apa-apa pun mesti tak boleh stop untuk tengok..Mesti nak tau apa kesudahan dia cepat-cepat sebab tak sabar kan..hehehehehhe 

Kami ni jenis tak suka sangat bab medic ni tapi tak tahu kenapa kali ni punya drama mata kami untuk tengok dan belajar serba sedikit pasal perubatan ni...Walaupun tak menyeluruh ....

Drama Korea Dr.Romantic best gila weiii..kalau sapa-sapa tengok mesti dia faham sebab apa best...
Mula episode 1 pon dia dah tunjuk bertapa hebat dan padunya cerita ni...Nama ja Romantic tapi bukan semua pasal cinta sangat..more to medic...

Cerita ni..mereka tunjuk doctor yang berada di Unit Kecemasan...Macam ada kes kemalangan yang perlu di bedah...Sejujurnya macam betoi-betoi depa buat....bagi kira tengok tak bosan dan rasa teruja nak tengok macam mana sintuasi semasa berada di bilik bedah di kawasan unit kecemasan...

Kadang tu kan ...kita tengok cerita ni sebab apa? cuba tanya pada diri sendiri..tepuk dada tanya ..
bagi kami ,cerita ni banyak pengajara dan maanfaat yang kami boleh ambik untuk kebaikan..yang tak elok tak senonoh tu tak perlu la ambik...Kami akan cerita serba sedikit dan bagi pendapat kami..

pertama sekali,
Akan ada sintuasi dimana waris pesakit yang tak boleh terima Kematian ahli keluarga.dan cuba untuk mencari sebab dan jawapan kepada punca ahi keluarnya mati atau meninggal..Macam cerita ni,dia Berdendam untuk tahu kenapa doktor tu tak bedah ayah dia yang mana datang dulu ke unit kecemasan tetapi doktor buat pembedahan pesakit vvip yang lain...

Bagi kami,ini betoi-betoi PADUUUUU.... berdendam sampai dia bertekat untuk jadi Doctor dan bekerja di Hospital yang perah dia buat kekecohan sebab ayah dia mati....Dekat sini,sebenarnya bagus.sebab dia berdendam bukan untuk membunuh atau apa..Tapi dia nak tau sebab dan punca dan kenapa..Dari peristiwa tersebut dia Bertekat untuk jadi Doktor...hebat bukan...macam jugak pada kita....kami rasa sesuatu yang berlaku dalam hidup kita ada sebab dan penyebab...
Tidak semua benda apa yang kita mahu kita akan dapat..Tapi apa yang kita perlu pasti kita akan dapat,.Walaupun kita tak sedar sebenarnya kita perlukannya..bukan apa yang kita mahu...
 
kedua, 
Cerita Korea ni kan,Susah sungguh nak mintak Maaf kalau jenis macam masaalah besar..sebab kami dok perasan,kalau depa mintak maaf saja..semua benda akan terus dimaafkan..Tapi bagi mereka yang atasan maaf tu susah nak ungkap macam mas...Sebab tu sampai berdendam tak pon cuba untuk jatiuhkan repotasi seseorang...

dekat sini kita tak boleh tiru perbuatan mereka yang susah nak memohon maaf..tapi kita boleh ambik part yang mana mudah untuk memaafkan orang..Kadang ,ianya lebih baik kita memaafkan sebab kita tidak akan rasa terbeban dekaan perasaan yang mengakibatkan diri kita tertekan..Pemaaf dan selalu memohon maaf perlu ada dalam diri kita...

ketiga,
cerita medic mesri la banyak pasal perubatan, dia tunjuk macam mana mereka bedah orang..Lepastu Alatan-alatan bedah...paduuu... arteri,jantung,paru-paru,limpa semua benda depa sebut.kadang macam nak ulangkaji balik sains yang pasal tubuh badan manusia..sebab ianya ilmu yang sangat berguna ...Kami nak bagi saranan sikit...kalau yang nak jadi doktor tengok cerita ni please sebab dia akan buat hampa lagi berusaha untuk jadi doktor....Kami hanya mampu berangan saja kot...memang tak akan sampai la ke aliran tu sebab lain dah hala tuju...Tapi yang mana ambil medic All the Best...
Ini semua fardu Kifayah yang hampa telah ambilkan untuk kami semua...besar pahala ...tak semua orang boleh jadi doktor...tambah-tambah doktor pakar bedah...





Drama korea jenis medic yang paling kami suka setakat ini...Drama lain tak boleh nak lawan lagi..carta teratas setakat sekarang ..20 episode 1 jam setiap episode total 20 jam...
Selamat menonton...

#september2019

Thursday, September 19, 2019

Blue tick itu sakit...

Assalamualaikum.. 
Hari ni #bebelanmissF

Dah baca tajuk kan.. Dah tau la kan cerita pasai apa .. Okay dah boleh tutup dah blog... 


Opsssss jangan pleasssssss . Hehehhe baca la sampai habis .. 

Dulu kan masa orang cakap dekat kami 
"Sakitnya kena bluetick  "
Kami buat tak tau ja weii . Bagi kami biasa ja.. Mungkin sebab masa tu semua orang yang kami chat semuanya balas secepat yang boleh  Dan tak pernah baca dan tak reply ..

Tapiiii sekarang kami dah faham . Betoi bluetick sangat menyakitkan.. Kadang macam nak menangis. Sebab apa ?? Kadang kan kita chat dengan seseorang tu mungkin sebab kita tengah ada masalah. So kita nak cari penghibur atau yang boleh bagi hilang kejap masalah yang kita fikir ..

Tapiii bila jadi bluetick tak ka lagi sakit... Dan lagi pedih .. (sila menyanyi) Sakitnya tu di sini.. Di dalam hatiku

Tambah2 kalau dekat group .. Kau tulis berjela apa semua  Nak tnya pendapat atau nak tanya khabar atau nak cari seseorang rakan2 yang membantu.. Tapi bilamana kau check dekat info semua dah baca dan semua bluetick dekat group .. Kau tak rasa pedih ka.. Dalam banyak2 tak kan tak boleh tulis satu benda ka ... Hbis kau baca sempat pulak . Nak balas tak boleh pelik ... Srs bagi kami pelik ..

Bagi kami la .  Kalau kau memang tak ada masa sibuk  Nak baca pon kau tak akan dan kan.. Tapi kenapa orang yang bluetick kita tu dia sempat baca . And bagi alasan yang buatkan kita tak boleh fikir ...


Kalau kami la ditemapat orang yang kena bluetick tu kami srs akan terasa .. Balas la emoji ka.. X sampai 1 saat pun nk hntq emoji . Bukan nak tulis berjela .. Itu yang kami tak faham ....

Kalau tak ada masa tak payah bukak.... Tak payah baca . Biar lebih baik . Daripada kau baca tapi kau tak balas..... 🤨🤨

Kalau ada yang baca ni terasa kami mintak Maaf . Tapi kami tak tujukan pada sesiapa pon . Just untuk simpanan... TAPI KALAU SIAPA YANG TERASA PEDAS DIA LA YANG TERGIGIT........


Okay done #membebelmissF
19.9.19

Thursday, September 12, 2019

Nikmat solat yang ditarik Allah.

Assalamualaikum 
Tajuk kali ni sangat terkesan pada diri aku. Entah kenapa aku rasa lain sangat kali ini .. 
Dan aku baru sedar bahawa nikmat untuk beribadah kepada Allah jangan kita sia siakan.. 

Jangan bertangguh untuk buat kebaikan .. 

Jangan tunggu untuk melakukan ibadat yang kau sendiri tahu kelebihannya . 

Jangan kau leka dengan duniawi yang tak menjanjikan apa pun .

Aku cakap pada diri aku yang kadang aku leka . Sangat2 leka .... Aku nak kaitkan jugak benda ni dengan time aku period . Bila aku period aku tak boleh solat. Tapi masa tu aku betoi2 perlukan Allah untuk aku beribadat... Walaupun aku masih boleh berdoa padanya.. ALLAH masih mendengar . Tapi aku baru sedar yang ibadah aku lakukan tak banyak seperti mana permintaan aku yang banyak yang banyak kepada Allah .. Walaupun nikmat solat ditarik untuk tempoh yang sedikit saja tapi aku dapat rasakan ..

Bayangkan kalau kau tak sempat beribadah . NAUZUBILAHHIMINZALIK 

Semoga aku dimatikan dalam keadaan yang disukai Allah dan mati bersama-sama orang yang soleh dan solehah . Dan ditempatkan bersama kalangan orang yang soleh dan solehah... Walaupun kita tak tahu bila Allah akan ambil kembali hak Nya yang kita hanya pinjam ..

Tapi kita leka sebenarnya . Semua yang kita ada yang kita dapat semua dari Allah . DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA YANG TELAH BERLAKU, SEDANG BERLAKU DAN AKAN BERLAKU .   


Semoga aku sentiasa istiqamah dalam beribadah dan memperbaiki diri... Kau kena ingat benda ni pada diri kau ... 

Wassalam .. 

Tak perlu beriaa !!!

 Assalammualaikum.. catatan untuk hari ini sekadar luahan dari hati ini. TAK PERLU BERIA! yes, tajuk untuk penulisan kali ni. --------------...