Assalamualaikum
Setiap manusia mempunyai fasa yang berbeza dalam hidup.. Dan setiap fasa itu semua orang tidak sama.. Fasa itu tidak mengikut umur mu tapi fasa itu mengikut kemampuan mu dan tingkah laku mu ...
Dulu ,secara jujurnya kami tak pernah langsung fikir mengenai fasa ini.. bagi kami dulu, semua benda ikut umur.. Tapi sebenarnya tak.. umur tu sekadar nombor .. Tapi Fasa akan kita lalui apabila seiring dengan pengalaman.. Pengalaman sangat-sangat berharga.. dari pengalaman kita belajar apa yang betul ..apa yang salah..
Dan sekarang kami berada dimana fasa tengok orang kahwin , terasa nak kahwin.. hahahhah tiberr kan... umur-umur 22 hingga 26 adalah tahun kemuncak untuk kita teringin sangat-sangat nak kahwin.. tapi bila kita dan melangkah satu langkah ke arah pekerjaan atau fokus pada sesuatu yang pasti maka kita akan lupa seketika mengenai apa yang kita inginkan..
Dan bila kawan-kawan kami yang kami jumpa lebih berumur daripada kami yang belum berkahwin dalam usia 30an kami jadi .. you kena kecapi apa yang you nak dulu..sebelum you nak masuk alam berumah tangga.. Setiap yang berlaku mesti bersebab dan mesti ada ketentuan Allah ...
itu bab Kahwin... Ada fasa orang minat pokok hijau, pokok bunga ... hahhaha srs weiiiii akan sampai juga fasa itu pada seseorang.. dia akan cuba menanam pokok ,,dia akan berkenan sunguh dengan pokok semua jenis... fasa yang happy juga sebenarnya , sebab kita menjaga pokok , tak perlu pedulu cakap orang... Tambah ada yang ayat selalu orang subut.. berbudi pada tanah... gituuuu.
Sebenarnya, untuk update blog hari ni, kami tak ada tajuk pun.. dia macam apa yang terlintas dalam kepala ja dan kami terus menulis... bukan apa ,kadang apa yang kita fikir pada sesuatu masa itu juga kenangan... kenangan pada kami sangat bermakna.. sebab tu kami buat blog ini.. Walaupun zaman sekarang orang dah tak tulis dah blog ni.. but pada kami , ini kenangan yang kami boleh simpan sampai bila-bila InsyaAllha... Kadang bukan tulis untuk orang baca pun.. kadang tulis untuk diri sendiri baca balik nanti..
Mesti ada antara hampa yang akan cakap , kenapa tak tulis dalam dairi ja.. ada ja kami tulis.. tapi hal peribadi lagi... untuk kenangan yang boleh dishare kita share dekat blog Miss F ni...
Menulis adalah salah satu minat kami..dia macam hilagkan perasaan kita pada ketika itu dengan menulis.. but i am not good writing.. Just suka-suka.. tengok lah bahasa inggeris dengan Melayu dan ku campur.. betul-betul sepontan segala apa yang kami tulis.. hope tak ada salah ejaan la.. hahahahha bila tulis laju ni, faham-faham la kan.. kadang tak baca balik. teris publish ja... hahhahahha
okay setakat ini saja mengenai Fasa Kehidupan part 1...