Friday, April 2, 2021
LAPTOP UNTUK PELAJAR - cerita MissF beli laptop baru
Thursday, April 1, 2021
Kutip Kerang di laut. (31 Mac 2021)
pengalaman Kutip
kerang di beting pasir..
Assalammualaikum pembaca blog MissF...
pertama sekali,kami nk ucapkan bersyukur kepada Allah s.w.t kerana mempermudahkan segala urusan kami. Mudah mudahan segala amal ibadah diterima oleh Allah s.w.t.
Okay,mari kita mula bercerita tentang pengalaman yang sungguh berharga ini.
________________________________________________________________________
Pada mulanya, abah kami ajak la kami untuk pergi kutip kerang dan siput.. sebab katanya, kawan abah yang duduk dekat area belakang kubur tu dia biasa pi kutip. Jadi abah ajak kami, untuk pi sama. untuk cari pengalaman katanya. Kami ni biasalah,bukan rajin sangat. pastu kami cakap la "tengok la dulu macam mana."
kemudian malam tu, try research la cara kutip kerang atau siput dekat youtube, tengok ada satu video ni.. tengok-tengok dekat perlis ,pastu dalam kepala macam duduk cakap best la.. dan mungkin tempat yang sama aku nak pi esk ni. Kemudian terus bagitau abah kata,nak ikut juga.
___________________________________________________________________________
Maka pagi tu,bersiap la kami macam biasa lepas siapkan sarapan apa semua sebelum bersiap nak pi kutip kerang. Dalam 8.40 juga kawan abah tu baru sampai .. Kemudian dalam pukul 9 kami sampai dekat tempat yang dituju.. iaitu di kampung Pulau Ketam.. kena masuk jalan hutan paya bakau kemudian baru jumpa bentin pasir yang mana jauh gila ke tengah laut...
perjalanan jauh ya, ke tengah laut.. abah kami masa tu tak larat and tertinggal jauh ke berlakang. kami ikut orang yang bawa kami semua tadi,depa lagi laju..hahahah lepas tu tanya dekat budak tu, anak lelaki kepada kawan abah tu macam mana cara nak kutip. pastu dia cakap korek dan kutip la.
maka bermula lah kita mengutip kerang.
Dalam seronok dah kutip kerang dengan Lala.. tiba-tiba kaki kami terjereluih ke bawah.. mula tu,sebelah saja tiba-tiba dua-dua belah.. nasib abah ada dekat dengan kami. abah tarik kami naik.. Perasaan masa tu, Ya Allah, aku takut tak boleh keluar.. Alhamdulilah berjaya naik ke tempat yang tak berlumpur.. Lepas tu terus kami cakap dekat abah, tak mau dah abah. nak balik.. lagi pun masa tu Air mula pasang dalam pukul 10 pagi.. Kami masa tu pukul 10.15 dan ... rasa lain macam dah, dah a jauh wei nak ke darat balik.. tu yang bagi tau dekat abah terus nak balik dah .. tak mau dah .. takut weii rasa macam lemas dan panik dalam masa yang sama...
Alhamdulilah, boleh la nak dekat 1kg gak la kerang dengan lala tu dicampur..Pengalaman yang tak boleh dilupakan.
if kalau ada orang tanya, nak pi lagi tak? InsyaAllah tapi kami kena kuruskan badan dulu sebelum pergi. sebab kami tak nak jadi macam hari ni juga.. takut tu hanya Allah yang tahu..
orite sampai disini saja catatan kami untu pengalaman mengutip ketam di tengah laut melaluit beting pasir... if next time kami pi ..kami akan update lagi insyaAllah.. bye Assalammualaikum...
tamat.
Tak perlu beriaa !!!
Assalammualaikum.. catatan untuk hari ini sekadar luahan dari hati ini. TAK PERLU BERIA! yes, tajuk untuk penulisan kali ni. --------------...
-
Kelas Aliran Agama & Sekolah Agama Kelas Aliran Agama atau lebih mudah dipanggil (KAA)...Kepada adik - adik yang sedang...
-
ASSALAMMUALAIKUM.. Pengalaman dan kenangan yang tak dapat dilupakan..Ini untuk adik-adik yang nak mintak UPSI atau pun kos pendidikan de...
-
Assalammuaikum. kepada yang tak baca mukadimah pjj boleh klik sini. Setiap PJJ yang ditawarkan dekat semua universiti dekat Malaysia ...