Tuesday, February 5, 2019

NAK MASUK KELAS ALIRAN AGAMA TAPI LUPA NAK HANTAR BORANG ATAU TAK LULUS UJIAN KEMASUKAN ALIRAN AGAMA.


ASSALAMMUALAIKUM.
 Mesti terkejut kenapa gambar sedih..ya la tajuk hampa dah baca kan..macam yang telah kami janji ..kami nak cerita mengenai kalau tak dapat jugak kelas aliran agama nak buat apa??.Benda yang kami nak cerita ni merupakan pengalaman kami..kami akan pastikan akhir story ni hampa akan Happy..


Mula-mula sekali kami memang ambil tanya cikgu and ambil borang untuk masuk kelas aliran agama..ini merupakan pengalaman pertama keluarga kami.sebab tak dak lagi yang mintak kelas aliran agama ..borang memang dah ada dan kami dah isi kalau tak silap..pada mulanya biasala budak-budak mestila nak ikut kawan..kalau kawan nak masuk ..kita pun nak betoi tak..

Tapi...ini cerita sedih sikit la.kami tak hantar pon borang tu.masa kawan yang lain hantar borang tu.kami ikut kak ngah pi perak.saja ikut..okay kami tak mau cita pasai kat ipoh cuma nak gtau masa tu la kawan kami bagi tau yang dia hantar borang tu dan dapat panggilan untuk buat ujian kelas kafa..Mula tu sedih la sikit..tapi budak yang masa tu berumur 12 tahun tak fikir apa sangat..orang kata ikut ja apa yang jadi..lagipon result kami tak elok sangat mungkin sebab tu la kot tak berapa terkesan..

Kemudia sampai la tarikh atau hari aku masuk tingkatan 1 dekat sekolah syed alwi..bila masuk situ ,ada kawan-kawan aku yang dari sekolah rendah masuk kelas tu..kami pun jadi macam best nya depa boleh masuk..sedih la jugak..selama 1 bulan kot aku belajar dekat aliran biasa ,bukan aliran agama..

Tiba-tiba suatu hari kami dapat tau dari kawan kelas sebelah yang merupakan kawan masa sekolah rendah nama dia Aisyah..Aisyah la bagi tahu yang ada budak kelas dia mintak masuk kelas aliran agama..tertanya-tanya jugak la macam mana cara nak masuk,sedangkan kelas dah mula pun.Lepas tu nak dijadikan cerita adala seorang budak ni baru pindah masuk sekolah sini,dan kami dapat tau yang dia pun mohon kelas aliran agama.Tapi tak masuk lagi la.kemudia kami dengan kawan kami satu kelas dan sekolah rendah sekali nama dia Alia shafikah.so kami dua orang cuba tanya depa yang nak masuk tu.kemudian depa kata pi mintak kat pejabat sektor agama Islam Perlis dekat SK Seri Indera.


ni la sekolah seri indera..okay kalau hampa nak pi sektor pendidikan islam dekat sisi depa duduk.

Lepas ja balik dari sekolah, tak silap kami la masa haritu Hari Jumaat..kami pun pi la dengan abah kami,dan kawan kami pi dengan family dia.kami sampai awai,masa masuk perjabat depa tu kan takut la jugak,tapi beranikan diri jugak.Lepas tu ketua sektor pendidikan islam tu ada dan Alhamdulilah dia kata buat ujian dulu kita tengok boleh tak masuk..kira kami masuk bukan rayuan ea,masuk secara sah okay cuma lewat sikit..opsss terkantoi cerita awai..

Masa kami buat ujian tu,soalan dia macam ni..
melayu dia suruh jawikan
dari jawi dia suruh arab kan
dari bahasa inggeris dia suruh arab kan.

soalan dia macam yang kita belajar b.arab sekolah rendah la..pasai nama-nama benda,pastu perbualan harian..dan macam-macam lagi..
Lepastu ustz suruh buat ujian lisan ,Ustaz tu suruh baca Al-quran.jadinya kami baca la Al-quran satu muka jugak kot..btw kawan kami pon sampai masa kami tengah jawab soalan .

Lepastu Ustaz yang ketua sektor tu suruh pangil abah dekat luar,sebab masa aku jawab exam abah tunggu kat luar.So panggil la abah kami..Abah tanya dapat jawab tak,pastu kami kata boleh .
masuknya pejabat,ustaz tunggu dah.Pastu dia tengak result aku yang ada ustazah tu tolang tandakan..



Alhamdulilah,ustaz tu cakap aku lulus ujian tu.Lepas tu dia bagi surat yang menunjukan aku boleh masuk kelas Aliran Agama dekat SMK Syed Alwi...Ustaz tu kata boleh ja  nak mintak sekolah lain,tapi abah kata tak apala sekolah tu,sebab aku dah pun sekolah kat situ kan.Berkat hari jumaat kan..Kalau Allah kata rezeki-rezeki jugak.Kawan kami pon dapat jugak masuk..

Hari isnin tu kami berdua tak masuk lagi kelas KAA cuma bagi surat ja dekat guru yang menguruskan pertukara kelas.Masa rehat kami pi kelas tu lepastu kami mintak la jadual untuk esk..pastu macam kami cakap tadi,kawan-kawan masa dekat sekolah rendah ada dalam tu ,so depa tanya la kami dengan kawan kami sebab apa nak masuk?
Laju ja muut kami tuturkan kata Kami nak masuk kelas Aliran Agama sebab kami nak belajar bahasa Arab..tapi sebenarnya entahla..mungkin kata-kata tu ikhlas dari hati..

                                                    tak tau gambar tingkatan berapa ..hhheheh (KAA)

So hampa jangan putus asa untuk dapat kan sesuatu..InsyaAllah Allah akan bagi cara yang terbaik..
ini semua betoi-betoi cerita kami macam mana kami masuk kelas Aliran Agama..Agak unik sikit kan tapi munkin boleh bagi  pengetahuan baru dekat hampa selain mohon secara biasa....

Sampai disini saja untuk story kali ni,sebarang pertanya hampa boleh komen bawah okay..atau nak cerita sambungan ka..BTW cerita ni dah 8 tahun dan.kami cuma trowback untuk simpanan kami dan pengetahuan baru untuk hampa yang baca mungkin.Masa kami tingkata 1 tahun 2011..so pandai-padai la hampa kira umur kami..hehehhehehheh


so happy tak lepas kami cita macam mana cara lagi nak mohon kelas Aliran Agama.

muka banyak happy..


bye jumpa di nex story blog... 


No comments:

Post a Comment

Tak perlu beriaa !!!

 Assalammualaikum.. catatan untuk hari ini sekadar luahan dari hati ini. TAK PERLU BERIA! yes, tajuk untuk penulisan kali ni. --------------...