Friday, February 22, 2019

KENANGAN STPM AGAMA PEREMPUAN 2016 *6 bawah 1*

ASSALAMMUALAIKUM

gambar first masa masuk tingkatan 6...ni lepas habis minggu orentasi rasanya...acah macam cikgu tak..kikikikikikikikiki❤❤


Buat origami masa cikgu tak dak..hhehehhehehe

first time tngk duit dollar kot...hahahahha poyo nyaaa sis..

tempat duduk kami 4 orang yang asal dari sekolah syed alwi memang rapat..tapi lepastu cikgu ubah..nasib leeee....

kalau tak silap ni masa Hari raya kot..entah tak ingat dh tapi 2016 la...


yeszzzz kita orang dulu naik My Bus masa tingkatan 6 bawah...sempat la naik 6 bulan..agak penat weiiii kena berjalan dari SMKAP ke Stesyen Bus..


Baju Kunyit kami namakan..hahahahahah Baju Pertahanan Awam sebenarnya..heheheh setiap hari rabu pakai... Lepas hbis sekolah tak pernah pakai dah..hahahahha


Masa ni p sekolah Agama Arau dengar Ceramah Atau Bengkel soal jawab tah..antara tu la..sebab banyak kali sangat p Agama Arau..YA la kat perlis dua sekolah ni ja Ambik Aliran Agama STPM....



Masa dulu-dulu memang teringgin dan berangan nak masuk sekolah ni,tapi tak ada rezeki..Tapi Alhamdulilah Tingkatan 6 dapat masuk si..Cantik sungguh penyusunan Allah..





Blok Tingkatan 6....bawah sekali bilik disipin dengan bilik guru tingkatan 6..sebab tu kami selalu kena marah kalau buat bising sikit pon...hahahah kalau kuat tu tak sengaja...hehehehheheheheh kenangan dengan kawan-kawan tingkatan 6 memang tak dapat dilupakan..

ini pulak masa tengah presentation untuk usulludin masa 6 bawah.. ada mcm pensyarah tak..hehehhehe ameeen why not kan..angan-angan...



dalam bas masa tak ramai orang kalau tidak selalu full.....kasi posing sikit..kikiki


MasyaAllah muka masing-masing acah semua nak jadi ustazah lipat tudung lagutu...hehehhehehe


Kawan-kawan susah senang 6 bawah 1 yang boleh nangis,boleh gelak ,boleh buat lawak...best memoryyyy.. love u all..❤❤❤❤❤❤


Ramai pulak nak interview kitew wakk....hahahahahah

6 BAWAH DAN ATAS 1
dari kanan line 1 : Tasha,Sarah,Athirah 
dari kanan line 2 : Nadiah,Alia,Tasnim,Husna,Adilah
Dari kanan line 3 : Ayuni,Munirah,Shahareen,Aisyatun.
Line 4 berdiri dari kanan : Firza,Aqilah,Amani,Anis,Mamie,Bibah,Awathif.



 cikgu Fakharuddin (Cikgu P.AM)



next update 6 atas 1 2017 pulak yerr...

KELEBIHAN STPM

Assalammualaikum..
pertama:- *JIMAT DUIT* 
 Yuran pengajian yang murah dan hampa tak perlu nak buat pinjaman PTPTN..Kalau hampa masuk DIPLOMA atau MATRIK hampa mesti kena pinjam PTPTN sebab tak semua mampu guna duit ibubapa.ada yang ibubapa yang tak berupayakan..jadi kena hutan juga..see usia muda dah hutang..bagi kami la kami kalau boleh tak mau fikir lagi pasai hutan bila usia muda ni...Jadi kalau hampa masuk STPM sudah tentu murah saja malah hampa tak gaduh bayar sebenarnya,cuma beli buku-buku untuk belajar......
Hampa jugak tak payah fikir nak bawak kelur duit nak beli makan sebab apa ..sebab hampa duduk dengan ibubapa..jadi mesti ibubapa hampa dah sediakan semuanya untuk hampa..Okaylah mesti kata ada jugak duduk dekat asrama,okay kami nak tanya,asrama hampa bayaq tiap2 hari ka? tak kan Sebulan , atau setahun sekali ja bayar dan still murah dan tak gaduh nak beli apa kan..melaikan hampa jenis suka beli makanan dekat luar,habis la jugak duit kalau melabur dekat luar..hehehehehhehe ...tapi keseluruhan memang STPM (Tingkatan 6) tak memerlukan duit yang banyak..



Kedua :- *DIIKTIRAF SECARA GLOBAL*
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia merupakan sijil yang diterima serata negaran dekat Dunia,bukan malaysia saja ya..Nampak tak bertapa ISTIMEWANYA STPM ni...Malah,ianya setaraf dengan Diploma...MasyaAllah banyak weii kelebihan dan keuntungan orang yang Ambil STPM...Jadi kalau lepas STPM ada yang teringgin nak sambung belajar ke luar negara boleh mohon terus tapi kena pastikan result paduuuuuu la....hehehhehhe

ketiga :- *Membuka Banyak pilihan *

pilihan untuk hampa sambung kos selepas ini yang banyak..tak perlu ragu-ragu memilih...Memberi banyak peluan untuk hampa sambung ke peringkat yang lebih tinggi..

keEmpat:- *Boleh Buat Ulangan Exam*
YEsssss......hampa boleh buat ulangan kalau hampa tak puas hati dengan keputusan yang hampa dapat..nampak tak bertapa bagus nya STPM ni...Kiranya hampa boleh la perbaiki silap hampa diawal exam yang hampa ambik..mungkin masa itu hampa kurang faham,maka bila dh boleh ulang ni boleh menambah lagi ilmu...


1. KERJA KURSUS
kerja kursus turut memainkan peranan dalam STPM banyak ya markah yang dapat..untuk nak dapat markah tinggi dalam kerja kursus hampa kena ikut ja apa yang disuruh guru,sebab cikgu yang nak bagi markah pada kerja kursus hampa..buat baik dan hormat cikgu ..INSYAALLAH markah penuh....heheheheh membantu ya kalau kata la hampa dapat pointer 3.80 ianya membantu hampa dapat 4.00.....atau pun kalau hampa dapat 1.80 membantu hampa luluh 2.00..sebab kenabyakkan universiti meletakkan syarat min 2.00 untuk layak memohon universiti...

2.Exam akan ada 3 kali sebab 3 penggal ( 6bulan 1 penggal) jangan main-main setiap sem...belajar la bersungguh-sungguh...



Next update kami nak letak gambar-gambar semasa STPM...STaytune





Apa itu STPM ? Sekolah Stpm di Perlis...

Assalammualaikum...hai kawan-kawan semua..macam hampa semua dah baca tajuk ..yup kali ni kami nak cerita pulak pengalaman masuk STPM..Sebelum tu kami akan cerita sedikit sebanyak perjalanan permulaan STPM..


Selepas result SPM keluar,dalam beberapa minggu lepas tu hampa dan boleh tengok sama ada hampa  layak masuk STPM  atau tidak.Kiranya kan keputusan UPU tak keluar lagi,jadi yang layak tu p la dulu STPM tu dulu ,jangan dok belagak kata akan dapat UPU tu...mana tau rezeki tak menyebelahi hampa kan..betoi tak?So lebih baik ambik ja dulu mana dapat dulu,lepastu baru buat keputusan lain..Melainkan hampa nak masuk Universiti Swasta ..so dah pasti dah akan masuk...kami nak terang Sebab tak layak masuk STPM.. Ada 2 sebab yang berbeza,

1.Sebab hampa dapat matrik *maksudnya result hampa padu la..kiranya salah satu la hampa dapat..matrik or STPM *
2.Sebab hampa memang tak layak sebab result kurang memuas ...*maksudnya result tak lepas syarat untuk ambik STPM*

Tapi...hampa jangan risau atau nangis dekat bucu katil sebab tak dapat..hampa ada cara lain yang boeh hampa buat antaranya hampa boleh buat RAYUAN untuk masuk STPM (Tingkatan 6)..


(contoh borang rayuan)



Sebenarnyakan Ramai yang tak Tahu Faedah Masuk Tingkatan 6...Banyak sebenarnya,Kami ingar lagi ada seorang cikgu mengajar kami masa tingkatan 5..Dia pernah cakap dekat kami semua dalam kelas..Kamu jangan masuk Tingkatan 6..Pada mulanya kami tak faham sebab apa cikgu tu tak bagi masuk..Pastu mula la buat permikiran sendiri 
"mungkin susah kot"
"mungkin kita tak boleh bawak.sebab tu cikgu pesan macam tu"

Lepas dah masuk baru kami tau pasai apa..Sebab 

1.STPM memang sikit subjek tapi sikit pun kalau pecahan dia banyak kau tak rasa still banyak?*senyum senget* tapi kalau kena rajin itu saja kuncinya.
2.STPM buku semua tebal-tebal dooooerrrr... walaupun buku tebal kalau kau rajin baca kau tak akan rasa tebal.
3.STPM kalau hampa malas membaca tak usah la berangan weiii nak 4.00 atau 3 pointer ke atas..sebab boleh dikatakan semua subjek tebal-tebal.
4.STPM tekanan sangat banyak ya..Antaranya,mula-mula masuk tu,kalau hampa duduk sekolah lama yang hampa ambik SPM tu sudah semestinya cikgu-cikgu hampa yang kenai hampa akan tanya "tak dapat UPU ka?"ambik STPM ja"...Wahai cikgu-cikgu tolang sangat-sangat buang sikap rendah-rendahkan tingkatan 6 ini...Sebenarnya kami lebih untuk cikgu...sat g kami cerita pasai apa untung..
*tekanan dari segi kerja kursus pulak...weiii semua subjek yang hampa ambik tu kena kerja kursus ya..salah sikit hampa kena padam..
5.STPM banyak kali exam penting,sebab apa?sebab Tingkatan 6 ni dia kira macam U la jugak ada penggal atau sem (U)..jadi STPM ada 3 penggal..setiap satu penggal 6 bulan tempoh dia..so akhir penggal hampa akan exam lepas tu result setiap penggal akan hampa campur untuk dapat result sebenar..
6.STPM cikgu ajar di sekolah ,tetapi kertas Exam pensyarah yang tentukan skema nya..kau rasa?Otak pensyarah sangat la padu ya jadi otak kau masa nak jawab kena padu gak..ikut ja apa yang cikgu-cikgu atau ustzah-ustzah hampa pesan,sebab depa ada pengalaman dah sebelum-sebelum tu..

Amacam?banyak sebenarnya kita kena hadapi bila masuk STPM..




Tapi Jangan takut  okay,,setiap yang Ambil STPM InsyaAllah akan dapat habiskan jugak Pembelajaran ni..



SEKOLAH STPM DI PERLIS



*SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PEREMPUAN
*SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA ARAU
- dua2 sekolah agama ni masih ada jugak STPM .

yang atas ni senarai nama yang pada tahun 2016 masih ada,tetapi lepas tu pada tahun 2017 mereka dah buat berpusat...banyak sekolah yang dulunya ada tingkatan 6 sudah tak ada..jadi di bawah ini merupakan sekolah yang masih ada tingkatan 6.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

INI MERUPAKAN PENGALAMAN KAMI DAN KAWAN KAMI YANG BERBEZA SEKOLAH.

1.SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PEREMPUAN KANGAR.

Antara Mata Pelajaran yang ada untuk STPM

Aliran Agama
Bahasa Arab
Syariah
Usulluddin
Pengajian Am
Muet

Aliran Bahasa Melayu
Sejarah
Bahasa Melayu
Syariah 
Pengajian Am
Muet
*ada jugak yang ambil arab tapi tak ambik bm kelas ni sebab depa ambik sejarah itu sebab depa duduk kelas ni.

Kami pulak duduk kelas Aliran Agama ,okay mai kami cerita pasai subjek-subjek ni,
boleh dikatakan semua subjek best bila kita belajar tambahan pasal Agama Islam pulak..

Pengajian Am,semua sekolah ambik,sebab dia subjek WAJIB bila kita ambik Stpm..Pengajian Am ni best bila kita belajar sebab pasai negara,pelembahan,isu-isu semasa la kan..tapi apa yang tak berapa best ialah bila exam,dia akan buat kita keliru dengan jawapan kita dan satu lagi kalau skit salah terus akan banyak la yang salah..boleh dikatakan pengajian Am ni macam Add math la ...Tapi kalau selalu buat latihan past years InsyaAllah hampa boleh Skor..Maka rajinkan diri..Graf masa penggal 2 best kalau kau HAFAL step dia,sebab dia sama ja setiap past years tu..ubah sikit-sikit la...

Syariah,subjek yang banyk kena baca dan hafal ...kalau penggal 1 dia masuk bab Munakahat,Muamalat,jenayah dalam islam,Mirath masa belajaq semua ni dia best tapi kena banyak ingat la. masuk penggal 2 dan 3  akan masuk usul Fiqh,kaedah Fiqh dan Ayat Hukum & hadis Hukum masa ni banyak la kena hafal potongan hadis dan maksudnya sebab bila exam dia keluq permasaalahan kau sendiri kena letak hadis atau ayat hukum yang sesui utk permasaalahan tu..

bahasa arab pulak kebanyakkan tajuk-tajuk dia,sama ja macam belajar F4 dengan F5
tak lari mana pun,jadi kepada yang duduk tingkatan 5 tu ingat la betoi-betoi ya...cuma ada  la penambahan Syair Arab...Waktu bahasa arab la yang selalu banyak kena marah antara sebabnya banyak sngt ,kalau sebut panjang la story ni..heheheh....ustazah baca ni habis kitew wakk..hahahhha

Usulluddin adalah subjek yang perlu betul dengar,sebab dia memang tentang Agama Islam,Pasai Rasul,Maslahah,Hadis,ayat-ayat hukum,Sifat-sifat Allah..bila orang kata alah senang ja..tidak semudah itu ya,bila kita belar agama kita tak boleh guna akal fikiran semuanya kena ikut betul apa yang ustzah ajar,Banyak kena baca dengan hafal...

Muet,subjek ni pon best,cuma kalau vocab x banyak dalam otak hampa payah la weii,tergagap,lepastu listening,kena dengar betoi-betoi,speaking paling best tapi bila berlatuh dalam kelas la sebab boleh merapu sembang buat riuh..hahahaha sebab kita dah kenai semua kawan-kawan yang satu group speaking...Masa tahun 2017 kami dikejutkan dengan teacher sakit dan telah kembali kerahmatuAllah..Al-fatehah utk Tc siti...

Semua cikgu dan Ustzah dan Tc kami sayang dan Hormat..


2. SEKOLAH MENENGAH DATO SHEIKH AHMAD.

Antara Mata Pelajaran yang ada untuk STPM

Pengajian am 
Sejarah
Ekonomi 
Pengajian perniagaan
Bahasa Melayu 
Ict
Seni 
Biologi 
Kimia
Matematik tinggi 
Muet

Bagi kami subjek senang eko sebab eko tu even tu first time blajaq kat situ 
Slpas lma2 bljaq, plus dgn penerangan yg terperinci dan mudah dari ckg yg bagus. Perkara tu buat kmi makin suka kat subjek tu. Ckg tu ckp dia jatuh cinta dgn eko sbb dia suka dgn keluk(graph) n kmi pn suka bnda tu. Lgi stu eko ni kaji pasai bnda seharian kita... just like biologi jgak... tpi tu psal sains tulen... ni pasai sains sosial/ berkait dgn sehrian kita. So bleh tgok tiap hri, bleh kji, n pikir smbil mnjalani khidupn shrian...

Subjek yg susah bgi kmi ialah sejarah n muet 
Sejarah tu sbb x minat hafai2
Klu sejrah mcm org duk sembang n crita secara lisan.. mmg minat la sbb bnda tu x perlu hpai pn. Ni sejrh kna fhm, hafai, n minat. Kna hafai 1 bku, jgn ikut spot sngt, sbb hmpir kmi 1 batch teranaiya dgn spot sbb duk hfai spot... ttiba kluar lain... mau x mood swing terus..Sej ni kna ingt tarikh tahun kronologi dia, pristiwa.. tpi sejrh ni best jgk sbb ada Sultan Muhammad Al-Fateh .. herooo beb oop...  sej ni bleh dibntu dgn kk ja. Bt la dgn elok2. Bt ikut arahan ckg. Tnya ckg bnyak2. Sbb nk bgi mrkah tu ckg.so dia akn bgi markah.. klu lgi bnyk tnya n bnyk improve. Nnti ckg tu nmpk kita ada effort nk bt keja dia bgi tu. Possible dia bleh bgi mrkah ok kan tpi jgn hrap sngt.

Muet tu sbb x reti speking.. pastu english berterabur.. grmmar toksah ckp la. Vocab x dak. Pastu ckg plak mcm duk ajak kita duk ckp... rajin bt speaking group. Tpi yg bestnya yg muet ni.. sbb tiap hri khamis.. kmi akn tgok movie english with sub eng to improve our vocab, grammar, n penggalak utk kita speaking lpas tu.. kita pn bleh rileks dlm klas tu.. 

Btw stiap subjek ada pro n cons dia... so base on masing2 la.. lain org lain pndpt.mybe ada yg lngsung  xstuju dgn pndpt ni .. nma pn pndpt kn 

4. Ckg paling best 
Semuaaa Smua baik n sporting  Ada time lepa serius la
Ada time ok 
Ada yg always ok ja 
Ada ja ckg suka tu 
Tpi better keep silent la

*sekolah ni dah berpindah SMK SYED SIRAJUDDIN pada tahun2018



4.SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED ALWI.

 Sbjk yang paling senng, semua sbjk ada pemberat dia msing² dan perlu ikut diri kita mcm mna nk handle sbjk tu
Stpm kmi ambik bm, pam, geo n pp,
 Rsanya geo is really hard sikit, rsa mcm tk sebati dngn geo, hahahaha
 Cg pling best, dkt syed alwi semua cg is the best.

*dekat sekolah SMK SYED ALWI ramai pelajar Tingkatan 6 sebab pusatnya dekat situ..






nanti kami cita pasai kelebihan pulak ya...see u next update..






Wednesday, February 13, 2019

PILIHAN SELEPAS SPM (DIPLOMA / STPM)


  Assalammualaikum,dan salam sejahtera.. PILIHAN SELEPAS SPM !!!!

Disebabkan keputusan SPM 2018 tidak lama lagi,jadi kami nak cerita mengenai pengalaman kami la yang dah 3 tahun ...Sekarang mesti semua dah takut nak fikir dapat berapa 'A' kan..Kami masa 3  bulan  sebelum result keluar tu kan,kami dengan 3 orang kawan kerja dekat COOP Mart Syed Alwi ,jadi hari-hari kami jumpa cikgu-cikgu sekolah..Tapi Alhamdulilah cikgu semua tak tekan kami dengan soalan2 yang merimaskan kami....hahaahahha tiberrr

Masa dalam tempoh tu ada la buat reseach mengenai diploma,matrik,asasi dan stpm..


Sememangnya kita nak sambung belajar la kan..itu plan yang kita dah aturkan..Rata2 mesti berharap akan dapat upu untuk ambik diploma kan..BTW kami adalah salah seorang yang suka isi banyak kolej-kolej swasta..hehehhhe pada mulanya kami tak tau jugak..tapi  sahabat kami la bagi tau link dan sebagainya, hampa boleh tekan link kat bawah :-

1. https://kuips.edu.my/v4/
2.http://www.kuis.edu.my/
3.http://insaniah.edu.my/portal/
  • MUST - Malaysia University of Science and Technology, Selangor
  • UTP - Universiti Teknologi Petronas, Perak
  • UNITEN - Universiti Tenaga Nasional, Selangor
  • UniRazak - Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur
  • UTAR - Universiti Tunku Abdul Rahman, Selangor
  • UniKL - Universiti Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
  • UNISEL - Universiti Industri Selangor, Selangor
  • Universiti Sunway, Selangor
  • WOU - Universiti Terbuka Wawasan, Pulau Pinang
  • UCSI - Universiti UCSI, Kuala Lumpur
  • MEDIU - Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Selangor
  • AIU - Universiti Antarabangsa Albukhary, Kedah
  • INTI IU - Universiti Antarabangsa INTI, Negeri Sembilan

ini antara kolej Swasta....kami rajin isi ja ,tapi p nya idokkk..hehehhehe sebab atas-atas sebab tertentu la...Best tau dapat surat banyak-banyak...kami dulu ni terpengaruh sikit dengan cerita melayu yang bila dapat sambung belajar pos man akan hantar surat lepas tu lari berkejaran bagitau mak ayah..hahahahahhaahhahahah

Alhamdulilah, sampai la tarikh yang mana keputusan keluar,Kami antara orang yang ambik lewat jugak la keputusan sebab takut..tapi boleh ja check guna msj kan..tapi x mau sebab x kejutan sat g...

Kami srs cakap tak pandai pon...tapi boleh la sikit-sikit...Masa cikgu umum top 10 yang dapat keputusan berharap la jugak walupun tau tak akan punya...hahahahhaha Masa tahun kami ambik SPM tu sekolah kami paling Tinggi  6A..yeszzz budak kelas kami dan kawan kami...hehehhhe tahniah weiiii..*kalau dia baca blog ni dia tahu siapakah dia*.hehehe

Dalam hati nak jugak dapat macam mereka tapi tak mungkin la..Lepastu beratur la sorang-sorang depan meja guru kelas nak ambik slip SMP...Ketaq weiiiiiii....sain apa semua ,lepas tu ustzah senyum-senyum,tangan kami ketar dah weii...pastu slip tu ada dekat tangan kami..dengan kalimah Bismiahhirahmanirohim........ kami bukak slip tu....Alhamdulilah ku bersyukur Ya Allah... Walaupun tak banyak 'A'..Tapi Alhamdulilah kami dapat '4A'..dapat membanggakan kedua ibubapa aku sudah cukup untuk diri aku...kan kami cakap kami bukan pandai sangat pon....Tapi rezeki yang Allah bagi..


 Atas Nasihat dan Suruhan Abah ...kami masuk Tingkatan 6....pada mulanya,teringin nak masuk ipta la..tapi Kalau Allah cakap rezeki kita dekat situ-situ la kita...Kami berontak la jugak masa isi upu..sebab kami minat lain,dan abah suruh mintak lain..dulu kami ikutnya apa yang abah suruh dan kami tak boleh nak bersuara..Tapi sekarang Kami sedar,apa yang Ibubapa aturkan untuk kami adalah terbaik untuk kami,sebab apa Allah akan redha dan berikan dengan diselitkan keredhaan dari IbuBapa...TERIMA KASIH ABAH DAN MAK ADIK SAYANG MAK DAN ABAH..MUAHHH CIKIT...

yup jadi kami masuk STPM *Tingkatan6*




"BUAT LAH KEPUTUSAN DENGAN KEBERKATAN IBUBAPA DAN PERTUNJUK ALLAH"

*nantikan cerita kami masa ambik STPM ..orang cakap STPM susah betoi ka?nantikan*


jangan lupa follow blog MissF


MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MASUK ALIRAN APA DI TINGKATKAN 4

Assalammualaikum,
Cerita yang kami nak cerita ni merupakan trowback 2014.
dah 5 tahun dah.tapi kami cerita sebab ya la tujuan kami tulis blog ni pon sebab nak simpan segala kenangan pahit dan manis ...

macam yang hampa semua tau, lepas PMR *kalau tak silap batch 98 adalah batch yang terakhir ambil PMR* yang sekarang dikenali sebagai PT3..yeszzza..So lepas kami dapat tau result tibala masanya kita fikir nak masuk aliran apa masa tingkatan 4...Mungkin hampa akan cakap ,dah dia kelas Aliran Agama mesti ambik aliran Agama..
TAK SEMESTINYA!!!
nahhh ha huruf besar...



Sebab apa kami cakap tak semestinya,sebab ada ja yang tak nak sambung ke Aliran Agama lepas PMR/PT3...mungkin adalah alasan mereka tersendiri,atau ada jugak yang result PMR/PT3 yang membuatkan mereka tak layak ambik aliran agama lagi sebagai contoh :- bahasa Arab PMR kena Lulus kalau nak masuk Tingkatan 4 aliran Agama..So mereka boleh ja ambik aliran lain macam contoh:
1.Aliran Sains Tulen
2.Aliran Sains Pertanian
3.Aliran Sastera
4.Aliran Seni
5.Aliran Ekonomi

Kiranya mereka boleh pilih la yang mana aliran sesuai dengan minat mereka .Sebab apa?sebab aliran yang hampa pillih ni la yang akan menentukan apa yang hampa akan jadi atau ceburi..Kami cerita berdasarkan pengalaman kawan-kawan kami..Kami ingat lagi,masa Tingkatan 3 ramai budak lelaki dalam 15 orang macam tu perempuan pun ramai dalam 18 orang  jugak la.tapi lepas masuk tingkatan 4 Aliran Agama terus tinggai sikit..Budak2 perempuan ada la yang pindah,yang ambik aliran lain tapi masih banyak la kurang sikit ja..Tapi budak lelaki paling mengejutkan tinggal 3 orang saja yang kekal..hahahahahha masa ni la kami budak perempuan cakap Lelaki dah pupus...hehehehheheh maaf ya..Lepas tu baru lah bertambah lagi 2 orang.budak sekolah lain..

ini la semua kawan-kawan kami masa tingkatan 4&5...

Aliran Agama dekat Syed Alwi dia campur dengan subjek Akaun & Add math,kiranya kami dalam aliran ni boleh ceburi 2 bidang la..

Macam-macam benda berlaku masa kami di tingkatan 4 & 5 ..Alhamdulilah ,Segalanya dipermudahkan..



"Pilihan ditangan Anda untuk membuat keputusan"




Tuesday, February 5, 2019

NAK MASUK KELAS ALIRAN AGAMA TAPI LUPA NAK HANTAR BORANG ATAU TAK LULUS UJIAN KEMASUKAN ALIRAN AGAMA.


ASSALAMMUALAIKUM.
 Mesti terkejut kenapa gambar sedih..ya la tajuk hampa dah baca kan..macam yang telah kami janji ..kami nak cerita mengenai kalau tak dapat jugak kelas aliran agama nak buat apa??.Benda yang kami nak cerita ni merupakan pengalaman kami..kami akan pastikan akhir story ni hampa akan Happy..


Mula-mula sekali kami memang ambil tanya cikgu and ambil borang untuk masuk kelas aliran agama..ini merupakan pengalaman pertama keluarga kami.sebab tak dak lagi yang mintak kelas aliran agama ..borang memang dah ada dan kami dah isi kalau tak silap..pada mulanya biasala budak-budak mestila nak ikut kawan..kalau kawan nak masuk ..kita pun nak betoi tak..

Tapi...ini cerita sedih sikit la.kami tak hantar pon borang tu.masa kawan yang lain hantar borang tu.kami ikut kak ngah pi perak.saja ikut..okay kami tak mau cita pasai kat ipoh cuma nak gtau masa tu la kawan kami bagi tau yang dia hantar borang tu dan dapat panggilan untuk buat ujian kelas kafa..Mula tu sedih la sikit..tapi budak yang masa tu berumur 12 tahun tak fikir apa sangat..orang kata ikut ja apa yang jadi..lagipon result kami tak elok sangat mungkin sebab tu la kot tak berapa terkesan..

Kemudia sampai la tarikh atau hari aku masuk tingkatan 1 dekat sekolah syed alwi..bila masuk situ ,ada kawan-kawan aku yang dari sekolah rendah masuk kelas tu..kami pun jadi macam best nya depa boleh masuk..sedih la jugak..selama 1 bulan kot aku belajar dekat aliran biasa ,bukan aliran agama..

Tiba-tiba suatu hari kami dapat tau dari kawan kelas sebelah yang merupakan kawan masa sekolah rendah nama dia Aisyah..Aisyah la bagi tahu yang ada budak kelas dia mintak masuk kelas aliran agama..tertanya-tanya jugak la macam mana cara nak masuk,sedangkan kelas dah mula pun.Lepas tu nak dijadikan cerita adala seorang budak ni baru pindah masuk sekolah sini,dan kami dapat tau yang dia pun mohon kelas aliran agama.Tapi tak masuk lagi la.kemudia kami dengan kawan kami satu kelas dan sekolah rendah sekali nama dia Alia shafikah.so kami dua orang cuba tanya depa yang nak masuk tu.kemudian depa kata pi mintak kat pejabat sektor agama Islam Perlis dekat SK Seri Indera.


ni la sekolah seri indera..okay kalau hampa nak pi sektor pendidikan islam dekat sisi depa duduk.

Lepas ja balik dari sekolah, tak silap kami la masa haritu Hari Jumaat..kami pun pi la dengan abah kami,dan kawan kami pi dengan family dia.kami sampai awai,masa masuk perjabat depa tu kan takut la jugak,tapi beranikan diri jugak.Lepas tu ketua sektor pendidikan islam tu ada dan Alhamdulilah dia kata buat ujian dulu kita tengok boleh tak masuk..kira kami masuk bukan rayuan ea,masuk secara sah okay cuma lewat sikit..opsss terkantoi cerita awai..

Masa kami buat ujian tu,soalan dia macam ni..
melayu dia suruh jawikan
dari jawi dia suruh arab kan
dari bahasa inggeris dia suruh arab kan.

soalan dia macam yang kita belajar b.arab sekolah rendah la..pasai nama-nama benda,pastu perbualan harian..dan macam-macam lagi..
Lepastu ustz suruh buat ujian lisan ,Ustaz tu suruh baca Al-quran.jadinya kami baca la Al-quran satu muka jugak kot..btw kawan kami pon sampai masa kami tengah jawab soalan .

Lepastu Ustaz yang ketua sektor tu suruh pangil abah dekat luar,sebab masa aku jawab exam abah tunggu kat luar.So panggil la abah kami..Abah tanya dapat jawab tak,pastu kami kata boleh .
masuknya pejabat,ustaz tunggu dah.Pastu dia tengak result aku yang ada ustazah tu tolang tandakan..



Alhamdulilah,ustaz tu cakap aku lulus ujian tu.Lepas tu dia bagi surat yang menunjukan aku boleh masuk kelas Aliran Agama dekat SMK Syed Alwi...Ustaz tu kata boleh ja  nak mintak sekolah lain,tapi abah kata tak apala sekolah tu,sebab aku dah pun sekolah kat situ kan.Berkat hari jumaat kan..Kalau Allah kata rezeki-rezeki jugak.Kawan kami pon dapat jugak masuk..

Hari isnin tu kami berdua tak masuk lagi kelas KAA cuma bagi surat ja dekat guru yang menguruskan pertukara kelas.Masa rehat kami pi kelas tu lepastu kami mintak la jadual untuk esk..pastu macam kami cakap tadi,kawan-kawan masa dekat sekolah rendah ada dalam tu ,so depa tanya la kami dengan kawan kami sebab apa nak masuk?
Laju ja muut kami tuturkan kata Kami nak masuk kelas Aliran Agama sebab kami nak belajar bahasa Arab..tapi sebenarnya entahla..mungkin kata-kata tu ikhlas dari hati..

                                                    tak tau gambar tingkatan berapa ..hhheheh (KAA)

So hampa jangan putus asa untuk dapat kan sesuatu..InsyaAllah Allah akan bagi cara yang terbaik..
ini semua betoi-betoi cerita kami macam mana kami masuk kelas Aliran Agama..Agak unik sikit kan tapi munkin boleh bagi  pengetahuan baru dekat hampa selain mohon secara biasa....

Sampai disini saja untuk story kali ni,sebarang pertanya hampa boleh komen bawah okay..atau nak cerita sambungan ka..BTW cerita ni dah 8 tahun dan.kami cuma trowback untuk simpanan kami dan pengetahuan baru untuk hampa yang baca mungkin.Masa kami tingkata 1 tahun 2011..so pandai-padai la hampa kira umur kami..hehehhehehheh


so happy tak lepas kami cita macam mana cara lagi nak mohon kelas Aliran Agama.

muka banyak happy..


bye jumpa di nex story blog... 


Tak perlu beriaa !!!

 Assalammualaikum.. catatan untuk hari ini sekadar luahan dari hati ini. TAK PERLU BERIA! yes, tajuk untuk penulisan kali ni. --------------...