Wednesday, April 3, 2024

Tak perlu beriaa !!!

 Assalammualaikum..

catatan untuk hari ini sekadar luahan dari hati ini.

TAK PERLU BERIA!

yes, tajuk untuk penulisan kali ni.

--------------------------------------------------------------------------

Bismilahhirohmanirohim

Hati ini mudah terasa, entah keberapa kali hati ini terasa. Adakah silap diri ini yang menaruh harapan dan expectation yang diri ini inginkan..tetapi tidak seperti apa yg orang berikan.

setiap kali diri ini mengalami perkara seperti ini, ingin sahaja aku pergi jauh-jauh dari orang- orang yang buat aku terasa.

SAKIT

tapi berkali-kali aku cuba ubati hati sendiri..ibarat aku menjahit dan mencantum kembali perasaan.

Kini aku tekat untuk Tidak Perlu Beria...

kerana aku sedar,pendapat dan kemahuan aku tidak akan dipenuhi..aku seperti berada di Zon lain dari orang lain.. Hanya diri ini yang terlalu beria dan memberi..tetapi diri ini tidak mendapat pulangan yang diharapkan oleh seorang manusia.

SEDIH

sapa yang tak sedih..kadang aku cuba berfikiran rational..tapi aku manusia biasa.perasaan itu kuat menyatakan kesedihan itu diutamakan daripada berfikiran rational.


OVERTHINGKING

maybe..mungkin aku seorang yang terlampau overthingking..tapi jika difikirkan ..bertempat semua apa yang perasaan aku rasakan.


SILEND READING

Orang yang  buat macam ni .mereka tak pernah fikir ke perasaan orang? sakit apabila kita memberi dan bertanya.tapi tiada reaksi.. sakit...

entah kenapa setiap kali macam ni terjadi laju sahaja air mataku mengalir.cuba ubati hati.


ALONE

Kadang aku rasa aku keseorangan.ya seperti tiada kawan untuk memahami aku.

jika aku meluah dengan orang sekarang yang aku berkawan, seperti apa yang aku rasa x vallid untuk aku rasa kata mereka.. aku kadang tak harapkan orang sentiasa dengan aku. cuma kadang terfikir kenapa orang lain boleh mereka sentiasa bersama.Tapi kenapa dengan aku tak boleh..


Mereka boleh bercerita dengan orang ,tapi bukan dengan aku.jika aku tanya,persoalan aku hanya berlalu sepi ,tergantung,tiada jawapan. tapi bila orang lain tanya,kenapa persoalan itu boleh dijawab? 

sedangkan soalannya sama. cuma jawapan yang diberikan..kepada aku tergantung.tapi orang lain jawapan yang betul.

-------------------------------------------------------------------------------------

Mulai hari ni, aku akan mengubah untuk semua benda supaya tidak beria,

dan membuat prinsip hidup aku kalau orang tak cerita jangan tanya... jangan sesekali bertanya.biar la orang cakap kau tak banyak cakap daripada hati kau sakit berulang kali..

Pendiam dan pendam adalah benda yang aku boleh elak daripada hati aku sakit..

cukup la kesakitan yang berulangkali aku jahit dan aku letak ubat sendiri untuk dia sembuh..



3.4.2024 (Rabu)

#hatiyangterluka

Thursday, January 4, 2024

PHONE BARUUU (INFINIX HOT 30i )

 Assalammualaikum..

hari ni bertarikh 4/1/2024.. sebenarnya ni cerita yg minggu lepas punya..tetapi kami tak sempat nak cerita.. so hari ni berkesempatan untyk menulis dan cerita di blog ini..

Yeahhh kami baru beli phone...

mula-mula kami buat la research pasal jenis phone dan kelebihan .. and kami berkenan 1 phone ni tapi mahal.. RM1,800 lebih juga.. so berfikir punnya fikir..disebabkan kami memerlukan duit yang banyak untuk guna bayar benda yang keperluan.. so phone ni macam tak menjadi keperluan sangat ..sebab kami punya phone lama huawei masih elok untuk digunakan ( walaupun dia punya screen dah retak dan dia punya butang dan buka on/off dah xdak).. tapi still boleh guna dan kita buka je dengan pensil atau pembaris butang tu..


berbalik kepada phone baru.. jenama yg sebelum ni kami tak pernah fikir dan tahu.. tapi tengok kawan kami beli.. tapi tu phone mahal la.. kami punya phone ni murah ja.. rm399 ja masa kami beli.. kalau beli kat tiktok murah sikit la .. tapi xpa la beli kat kedai dapat cepat sikit..kira p kedai tengok dan terus beli..



so ini laa phone nyeee.. warna ni ja tinggal..kami ingat nak ambil warna silver.. xpa la mana yg ada kita bedal..
kamera dia x lawa sangat... cuma kami berpuas hati pada storage dia..besar ... 4+4 RAM 128 ROM.. kalau x silap la..tapi besar..

phone ni kami nak buat untuk buka apps2 yang penting ja kot.. jadi backup siap-siap ... 
selagi phone huawei boleh guna kita guna dulu..

mana tau nanti tiba masanya boleh beli iphone.. benda yang paling berkenan dari dulu lagi.. tapi tak mampu lagi nak beli.. so kita guna dulu mana yang mampu..

coretan ini hanya untuk mengigati peristiwa beli phone baru infinix berharga rm399 tunai di kedai phone tepi farmasi memei kat borong din tu.. tarikh beli 30.12.2023..secondlast day sebelum habis 2023..

sekian 
-MissF2004-


Saturday, October 21, 2023

MANUSIA HANYA MAHUKAN KEMAHUAN SENDIRI UNTUK KESENANGAN SAHAJA

 Assalammualaikum..

sudah lama blog ini tidak ada catatan. sebenarnya banyak benda yang nak kami ceritakan..tapi disebabkan masa tak ada.dan mood menulis pun xdak jadi menyebabkan semua cerita-cerita tak dapat ditulis.

------------------------------------------------------




Tapiiiiii.. hari ni bertarikh 21/10/2023 perasaan nak menulis dan meluah membuak-buak dalam diri disebabkan 1 sintuasi yang sentiasa menggangu kami.. boleh dikatakan setiap bulan persoalan tu akan kembali ditanya dan dipersoalkan..

" cuti lebihan hari guru kafa"

Yes, tu sebenarnya tajuk yang sesuai.... setiap bulan weii depa persoalkan..bila kami terang depa selalu persoalankan..tau sebab apa..sebab keyataan yang keluar tidak mengikut kemahuan mereka.. 

mereka akan cakap..mereka kata dekat jakim bukan dekat kami.. tapi masaalahnya telinga mana yang mendengar dan mata mana yang melihat baik-baik tulisan mereka di dalam group whatapps tu.. penat weiii.. bila di terangkan ehhh kita lak katanya beremosi..


--------------------------------------------------------------

Soalan mereka ibarat mereka dah ada skema sendiri.. tapi sayangnya jawapan yang kami berikan tak sama dengan skema yang mereka mahukan.. 

Kalau orang tanya kami, sebelum-sebelum ni xdak persoalankan lebihan hari sebab apa? sebab sebelum ni mereka x tekankan... tahun ni baru depa tekankan..

kami bila orang dah sampaikan pada kami ..kami akan anggap itu satu tanggungjawab untuk kami bagitau mereka..tapi mereka tak boleh terima...malah menyatakan kami ni terlalu ikut emosi .....


----------------------------------------------------

cuba hampa bayangkan... dalam 1 kumpulan ada 10 orang.. 1 orang sahaja yang dipersoalan..cuba bagitau hati mana yang terasa... kalau ada sorang yang backup kami mungkin kami tak kan terasa macam ni..tapi tak dak sapa.kami ulang xdak sapa... semua pentingkan keseronokan dan keinginan sahaja..sapa tak suka cuti... tapi dah pihak jakim kata x boleh..ikut la apa yang orang atasan katakan.


sebab tu kami ambil keputusan untuk letak jawatan sebagai 'PENYELARAS'.. sebab kami penat emosi..penat sangat..sangat... oarang xkan faham selagi dia tak berada di dalam kasut orang tu... 


kata-kata dan air liur sangat senang diluahkan..sehingga ada hati yang rasa diri ini tidak diambil tahu.. malahhh tuduhan turut dilemparkan... "usus kotor penyebab suka marah dan mood tak stabil?"


kami x rasa ..masa tu sesuai untuk kata begitu... 

---------------------------------------------------------------

sekarang kami hanya mampu meluahkan dengan Allah dan dalam blog ni.. kalau tidak jarang kami update sini..tapi sebabkan dah capai 1 tahap yang kami rasa sangat-sangat terasa....


betullahkan.." kata-kata itu ibarat pedang yang tajam.. dengan kata-kata dan jari jemari yang menulis boleh menyebabkan hati kita terguris dan cedera...


----------------------------------------------------

Kami dah xmau semua ni.. kami x mintak pun untuk menjadi seorang ketua..kami x minta luar dari akal fikiran kami.. tapi rupa-rupanya mereka menjadikan kami penyelaras sebenarnya untuk menjadi pak turut mereka sahaja..

itu apa yang kami tengah rasa..

tapi mungkin orang buat tersebut akan kata..kami hanya cadangkan..

cadangan yang mereka nak benda tu terjadi..kalau tak terjadi.. kembali kepada mempersoalkan balik, jawapan yang kami bagi..


sesungguhnya manusia hanya mahukan kemahuan sendiri untuk kesenangan sahaja.....



-MissF 2023-

Sunday, January 8, 2023

PENGALAMAN JAGA ABAH MASUK WARD (MUSIM COVID-19) - PART I

 Assalammualaikum..

subahanaAllah, MasyaAllah...

lama sangat-sangat tak menulis, disebabkan awal-awal tu kami tak dapat nak log in masuk blog ni, sebab tu tak  dapat nak update apa-apa.. Sebenarnya banyak je cerita dan peristiwa yang berlaku sepanjang kami tak menulis blog ni. InsyaAlla kami akan recall balik apa yang terjadi dan cerita dalam tajuk-tajuk catatan yang lain...

okay jom kita mulakan cerita mengenai tajuk pada kali ini..

"Pengalaman jaga Abah masuk Ward masa musim covid-19 ( 2021)"


pada 4/12/2021 Abah mula demam.. demam biasa ja bukan demam covid.. sebab time tu memang tengah hangat lagi kes covid ni .. walaupun dah banyak kurang kes.. cuma still ada.. kami sekeluarga takut gak..buat test tapi memang xdak.. Kemudian panas abah bertambah teruk.. sampaikan terjatuh dalam bilik air dari posisi duduk ke lantai... orang tua-tua demam memang akan teruk sikit...

Pastu kami bawa la abah p kecemasan dengan kak kami angah.. kami p dalam petang lepas angah balik kerja.. masa ni kami ada lesen tapi x berani nak bawa kereta sangat... so memang kena minta angah la yang tolong bawa kan walaupun angah penat balik kerja..

Masa sampai kecemasan depa tanya ada demam ka? masa ni abah penat gak.. sampai kira tak larat nak banggun la... kena tolak kat kerusi roda atau pimpin...

Pastu kat kecemasan tu dia check test covid kami rasa.. pastu terus bawak abah kot belakang bilik kecemasan... pastu terus tak dengar apa-apa... ingat kan abah dok pam saja.. rupanya dekat dengan pukul 11 malam baru la dapat tau.. tu pun kami p tengok kot pintu belakang dekat pintu kecemasan tu.. abah dok tempat kuarintin covid...

dr kat situ kata abah disyak covid... masa tu AllahhuAkhbar benda yang ditakuti..

Pastu kami kata la.. saya dah check dekat rumah tadi..negatif.. pastu dr tu cakap.. benda tu x boleh percaya sangat.. Kami mcm what? kalau x leh percaya pastu kenapa jual..and galakkkan org buat test sendiri dekat rumah..

Lepas 1 jam.. pihak bilik hospital buat pengumuman " waris Rosli........".. kami masuk 2 orang hahahahah punya la nak tau kenapa.. pastu mak guard dalam tu kata sorang ja.. so kami keluq la tunggu dekat luar... and angah mai keluar.. angah kata kita kena p daftar abah untuk masuk ward kuarantin covid-19.. pastu abang kami along mai sama.... 

berjalan la kami bertiga ke blok B untuk pendaftaran ward.. pastu kami p la ward situ sebab nak hantar barang abah yang bawa kan sekali.. sebab selalu kalau rasa teruk abah akan prepare untuk baju-baju or apa-apa untuk masuk ward walaupun lepas tu boleh balik.. tapi kali ni kena masuk ward gak..

so pergila kami ke ward kuarantin tu tunggu.. tanya pak guard situ.. ambulan x mai hantar lagi ke.. pastu pak guard tu kata belum.. mungkin pukul 1 pagi... masa tu 12 lebih dah.. disebabkan kami berdua dah penat sebab dari petang tadi dekat kecemasan menunggu.. maka kami drop barang kat pak guard.. balik la kami.. dekat pkl 1.30 kot baru la abah call gtau dah masuk ward dah...


----------------------------------------------------------------------------------


sumber dari google


........................................................................................................................................ 




Tuesday, December 21, 2021

BENCANA BANJIR DI MALAYSIA 18 DIS 2021 (part1)

 Assalammualaikum..

tujuan kami menulis coretan ini adalah untuk menjadikan satu peringatan dan ingatan yang mana perkara yang sedih yang tiba-tiba berlaku..

sebelum tu kami tertarik dengan 1 slogan yang tiba-tiba keluar kali ini, iaitu apa?

" RAKYAT BANTU RAKYAT "

kita selalu dengar dan tengok sendiri.. orang Malaysia ni semuanya baik hati dan prihatin serta suka membantu. Jadi tak sampai 1 hari ramai dah yang turun padang, yang NGO dekat luar sana yang menjalankan misi bantuan.. MasyaAllah.. kalau tengok keadaan banjir kali ni, macam tak sangka pun.. btw ada juga yang cakap, banjir ni disebabkan sistem saliran air yang tak boleh mengalir yang menyebabkan banjir..


bangunan buat banyak-banyak tapi longkang pun tak nak buat.. Sekali lagi teringat tentang kampung yang dulu orang suruh buat longkang depa tak mau.. now bila hujan lebat sikit ja rumah depa akan bah (banjir- air bertakung ) sebab apa sistem pengairan yang tak ada dekat rumah.. Now baru sedar kot.. tu payah cakap dengan orang kampung yang dah berusia sebenarnya.. tapi tak ada la berusia sangat.. rasa jenis umur ertengahan yang anggap apa orang buat tak betul ..Tapi apa yang dia buat semua betul.. Apa daaaa..

Baik sambung kepada topik asal kita.. Kami dapat tau pasal benda ni agak lewat juga kot.. sebab emosi kami tengah bertarung dengan keadaan kesihatan abah.. jadi agak tak ambik tau sangat la.. Tapi tau la ada banjir apa semua tapi macam kita tolak dulu ke tepi.. sebab kita pun dalam masaalah juga.. 


pasal kesihatan abah ,kami akan cerita di next story missF.. panjang dan perlu masa yang banyak untuk menulis dengan teliti..gitu..

Dekat instagram banyak dah orang post pasal video banjir orang terperangkap dan sebagainya..Allahuakhabar ...

dan paling kami rasa sedih bila mana , rumah-rumah hilang dari tempat asal disebabkan keadaan banjir yang sangat tinggi dan deras... Allahhuakhbar..


dengan habis segala kelengkapan dalam rumah yang rosak..Tapi kami cakna 1 benda.. tips tips yang orang bagi tentang cara nak cuci rumah daripada lumpur banjir.. sesungguhnya banjir itu datang air berserta dengan lumpur tanah.. Allahhuakhar..


bayangkan sekelip mata segala barang hilang , rosak.. banyak kereta-kereta yang ditengelammi air..

semoga segalanya dipermudahan dan diberikan kekuatan untuk mengharugi segala cabaran ini..aamin



nanti kami nak share gambar dan video.. masuk part 2 la nanti.. hope i rajin la menulis..hehhehe


sekian part 1


Tuesday, October 26, 2021

Fasa kehidupan part 1

 Assalamualaikum 


Setiap manusia mempunyai fasa yang berbeza dalam hidup.. Dan setiap fasa itu semua orang tidak sama.. Fasa itu tidak mengikut umur mu tapi fasa itu mengikut kemampuan mu dan tingkah laku mu ...

Dulu ,secara jujurnya kami tak pernah langsung fikir mengenai fasa ini.. bagi kami dulu, semua benda ikut umur.. Tapi sebenarnya tak.. umur tu sekadar nombor .. Tapi Fasa akan kita lalui apabila seiring dengan pengalaman.. Pengalaman sangat-sangat berharga.. dari pengalaman kita belajar apa yang betul ..apa yang salah..  

Dan sekarang kami berada dimana fasa tengok orang kahwin , terasa nak kahwin.. hahahhah tiberr kan... umur-umur 22 hingga 26 adalah tahun kemuncak untuk kita teringin sangat-sangat nak kahwin.. tapi bila kita dan melangkah satu langkah ke arah pekerjaan atau fokus pada sesuatu yang pasti maka kita akan lupa seketika mengenai apa yang kita inginkan.. 

Dan bila kawan-kawan kami yang kami jumpa lebih berumur daripada kami yang belum berkahwin dalam usia 30an kami jadi .. you kena kecapi apa yang you nak dulu..sebelum you nak masuk alam berumah tangga..  Setiap yang berlaku mesti bersebab dan mesti ada ketentuan Allah ...


itu bab Kahwin... Ada fasa orang minat pokok  hijau, pokok bunga ... hahhaha srs weiiiii akan sampai juga fasa itu pada seseorang.. dia akan cuba menanam pokok ,,dia akan berkenan sunguh dengan pokok semua jenis... fasa yang happy juga sebenarnya , sebab kita menjaga pokok , tak perlu pedulu cakap orang... Tambah ada yang ayat selalu orang subut.. berbudi pada tanah... gituuuu.


Sebenarnya, untuk update blog hari ni, kami tak ada tajuk pun.. dia macam apa yang terlintas dalam kepala ja dan kami terus menulis... bukan apa ,kadang apa yang kita fikir pada sesuatu masa itu juga kenangan... kenangan pada kami sangat bermakna.. sebab tu kami buat blog ini.. Walaupun zaman sekarang orang dah tak tulis dah blog ni.. but pada kami , ini kenangan yang kami boleh simpan sampai bila-bila InsyaAllha... Kadang bukan tulis untuk orang baca pun.. kadang tulis untuk diri sendiri baca balik nanti.. 

Mesti ada antara hampa yang akan cakap , kenapa tak tulis dalam dairi ja.. ada ja kami tulis.. tapi hal peribadi lagi... untuk kenangan yang boleh dishare kita share dekat blog Miss F ni... 


Menulis adalah salah satu minat kami..dia macam hilagkan perasaan kita pada ketika itu dengan menulis.. but i am not good writing.. Just suka-suka.. tengok lah bahasa inggeris dengan Melayu dan ku campur.. betul-betul sepontan segala apa yang kami tulis.. hope tak ada salah ejaan la.. hahahahha bila tulis laju ni, faham-faham la kan.. kadang tak baca balik. teris publish ja... hahhahahha


 okay setakat ini saja mengenai Fasa Kehidupan part 1...


jom berzikir bersama-sama.. 

 

Friday, October 8, 2021

Kami join Program UPSI (KIPENSI 2.0)

Assalammualaikum.. hai, malam- malam ni nak pada dokuman dekat laptop ..pastu ternampak satu satu fail Microsof word pasal satu cerita yang kami buat ..ala2 cerpen pendek.. join program bawah upsi.. kawan kami la Nafishah ajak..so join la kami... yang lawak kami tulis tak sampai 30 minit pun.. siap hantar dan send dekat email depa.. lepas 2 minggu macam tu.. kawan kami kata nama kami dapat hadiah cabutan bertuah... alhamdulilah.. tapi lawak juga la.. alamdulilah rezeki.. dapat la sijil and hadiah buku kosong yang ada my name dekat buku tu.. sangat-sangat teruja masa dapat tu.... well hadiah sapa tak nak.. so kami nak save dekat sini .. cerpen apa yang kami tulis... walaupun tak menang tapi dpt cabutan bertuah...


Kalau sudi baca..silakan..


 

          Warkah dariku, bulan Mac 2020 merupakan bulan yang mengubah segalanya dalam diriku. Perkara yang tidak pernah terjangkau akal fikiran untuk aku berdepan dengan sintuasi seperti ini. Aku tidak dapat menerima kenyataan yang begitu mengejutkan ini. Perkara ini berlaku sangat pantas tanpa dipindah ianya berlaku, tanpa diseru ianya hadir. Tidak ada seorang yang terlepas dengan sintuasi yang mengejutkan buat dunia. Sememangnya ianya bukan datang dari Malaysia, tetapi ianya dibawa ke sini dengan atas izin Allah. Sesungguhnya, manusia berada dalam ketakutan, tiada apa yang boleh menghalang melaikan satu peraturan yang dicipta ataupun lebih kerap aku dengari normal baru kehidupan. PKP Perintah Kawalan Pergerakan, bermula normal baru dalam setiap kehidupan manusia di Malaysia. Tidak dibenarkan keluar tanpa tujuan yang benar, pelajar sepertiku diarah balik ke kampung halaman masing-masing.Aku Ketika itu masih terpinga-pinga, tapi mujur aku punyai kawan mahasiswi yang banyak mengetahui maklumat terkini dan bersiap sedia hadapi PKP. Sintuasi semasa pkp bukanlah sesuatu yang membebankan bagiku, malah aku bersyukur sebab aku dapat berada bersama-sama  keluarga tercintaku. Bagi diriku langsung tiada masaalah, tapi aku kasihan pada kawan-kawan yang mempunyai masaalah dan berada di pendalaman untuk menyertai kelas dalam talian. Aku sedar walau timbul kesulitan dalam waktu PKP ini, masih banyak perkara untuk aku syukuri.



Thank you sudi baca...

8/10/21 - 10.38 mlm

MissF.



Tak perlu beriaa !!!

 Assalammualaikum.. catatan untuk hari ini sekadar luahan dari hati ini. TAK PERLU BERIA! yes, tajuk untuk penulisan kali ni. --------------...