Assalammualaikum..
sudah lama blog ini tidak ada catatan. sebenarnya banyak benda yang nak kami ceritakan..tapi disebabkan masa tak ada.dan mood menulis pun xdak jadi menyebabkan semua cerita-cerita tak dapat ditulis.
------------------------------------------------------
Tapiiiiii.. hari ni bertarikh 21/10/2023 perasaan nak menulis dan meluah membuak-buak dalam diri disebabkan 1 sintuasi yang sentiasa menggangu kami.. boleh dikatakan setiap bulan persoalan tu akan kembali ditanya dan dipersoalkan..
" cuti lebihan hari guru kafa"
Yes, tu sebenarnya tajuk yang sesuai.... setiap bulan weii depa persoalkan..bila kami terang depa selalu persoalankan..tau sebab apa..sebab keyataan yang keluar tidak mengikut kemahuan mereka..
mereka akan cakap..mereka kata dekat jakim bukan dekat kami.. tapi masaalahnya telinga mana yang mendengar dan mata mana yang melihat baik-baik tulisan mereka di dalam group whatapps tu.. penat weiii.. bila di terangkan ehhh kita lak katanya beremosi..
--------------------------------------------------------------
Soalan mereka ibarat mereka dah ada skema sendiri.. tapi sayangnya jawapan yang kami berikan tak sama dengan skema yang mereka mahukan..
Kalau orang tanya kami, sebelum-sebelum ni xdak persoalankan lebihan hari sebab apa? sebab sebelum ni mereka x tekankan... tahun ni baru depa tekankan..
kami bila orang dah sampaikan pada kami ..kami akan anggap itu satu tanggungjawab untuk kami bagitau mereka..tapi mereka tak boleh terima...malah menyatakan kami ni terlalu ikut emosi .....
----------------------------------------------------
cuba hampa bayangkan... dalam 1 kumpulan ada 10 orang.. 1 orang sahaja yang dipersoalan..cuba bagitau hati mana yang terasa... kalau ada sorang yang backup kami mungkin kami tak kan terasa macam ni..tapi tak dak sapa.kami ulang xdak sapa... semua pentingkan keseronokan dan keinginan sahaja..sapa tak suka cuti... tapi dah pihak jakim kata x boleh..ikut la apa yang orang atasan katakan.
sebab tu kami ambil keputusan untuk letak jawatan sebagai 'PENYELARAS'.. sebab kami penat emosi..penat sangat..sangat... oarang xkan faham selagi dia tak berada di dalam kasut orang tu...
kata-kata dan air liur sangat senang diluahkan..sehingga ada hati yang rasa diri ini tidak diambil tahu.. malahhh tuduhan turut dilemparkan... "usus kotor penyebab suka marah dan mood tak stabil?"
kami x rasa ..masa tu sesuai untuk kata begitu...
---------------------------------------------------------------
sekarang kami hanya mampu meluahkan dengan Allah dan dalam blog ni.. kalau tidak jarang kami update sini..tapi sebabkan dah capai 1 tahap yang kami rasa sangat-sangat terasa....
betullahkan.." kata-kata itu ibarat pedang yang tajam.. dengan kata-kata dan jari jemari yang menulis boleh menyebabkan hati kita terguris dan cedera...
----------------------------------------------------
Kami dah xmau semua ni.. kami x mintak pun untuk menjadi seorang ketua..kami x minta luar dari akal fikiran kami.. tapi rupa-rupanya mereka menjadikan kami penyelaras sebenarnya untuk menjadi pak turut mereka sahaja..
itu apa yang kami tengah rasa..
tapi mungkin orang buat tersebut akan kata..kami hanya cadangkan..
cadangan yang mereka nak benda tu terjadi..kalau tak terjadi.. kembali kepada mempersoalkan balik, jawapan yang kami bagi..
sesungguhnya manusia hanya mahukan kemahuan sendiri untuk kesenangan sahaja.....
-MissF 2023-