Saturday, October 21, 2023

MANUSIA HANYA MAHUKAN KEMAHUAN SENDIRI UNTUK KESENANGAN SAHAJA

 Assalammualaikum..

sudah lama blog ini tidak ada catatan. sebenarnya banyak benda yang nak kami ceritakan..tapi disebabkan masa tak ada.dan mood menulis pun xdak jadi menyebabkan semua cerita-cerita tak dapat ditulis.

------------------------------------------------------




Tapiiiiii.. hari ni bertarikh 21/10/2023 perasaan nak menulis dan meluah membuak-buak dalam diri disebabkan 1 sintuasi yang sentiasa menggangu kami.. boleh dikatakan setiap bulan persoalan tu akan kembali ditanya dan dipersoalkan..

" cuti lebihan hari guru kafa"

Yes, tu sebenarnya tajuk yang sesuai.... setiap bulan weii depa persoalkan..bila kami terang depa selalu persoalankan..tau sebab apa..sebab keyataan yang keluar tidak mengikut kemahuan mereka.. 

mereka akan cakap..mereka kata dekat jakim bukan dekat kami.. tapi masaalahnya telinga mana yang mendengar dan mata mana yang melihat baik-baik tulisan mereka di dalam group whatapps tu.. penat weiii.. bila di terangkan ehhh kita lak katanya beremosi..


--------------------------------------------------------------

Soalan mereka ibarat mereka dah ada skema sendiri.. tapi sayangnya jawapan yang kami berikan tak sama dengan skema yang mereka mahukan.. 

Kalau orang tanya kami, sebelum-sebelum ni xdak persoalankan lebihan hari sebab apa? sebab sebelum ni mereka x tekankan... tahun ni baru depa tekankan..

kami bila orang dah sampaikan pada kami ..kami akan anggap itu satu tanggungjawab untuk kami bagitau mereka..tapi mereka tak boleh terima...malah menyatakan kami ni terlalu ikut emosi .....


----------------------------------------------------

cuba hampa bayangkan... dalam 1 kumpulan ada 10 orang.. 1 orang sahaja yang dipersoalan..cuba bagitau hati mana yang terasa... kalau ada sorang yang backup kami mungkin kami tak kan terasa macam ni..tapi tak dak sapa.kami ulang xdak sapa... semua pentingkan keseronokan dan keinginan sahaja..sapa tak suka cuti... tapi dah pihak jakim kata x boleh..ikut la apa yang orang atasan katakan.


sebab tu kami ambil keputusan untuk letak jawatan sebagai 'PENYELARAS'.. sebab kami penat emosi..penat sangat..sangat... oarang xkan faham selagi dia tak berada di dalam kasut orang tu... 


kata-kata dan air liur sangat senang diluahkan..sehingga ada hati yang rasa diri ini tidak diambil tahu.. malahhh tuduhan turut dilemparkan... "usus kotor penyebab suka marah dan mood tak stabil?"


kami x rasa ..masa tu sesuai untuk kata begitu... 

---------------------------------------------------------------

sekarang kami hanya mampu meluahkan dengan Allah dan dalam blog ni.. kalau tidak jarang kami update sini..tapi sebabkan dah capai 1 tahap yang kami rasa sangat-sangat terasa....


betullahkan.." kata-kata itu ibarat pedang yang tajam.. dengan kata-kata dan jari jemari yang menulis boleh menyebabkan hati kita terguris dan cedera...


----------------------------------------------------

Kami dah xmau semua ni.. kami x mintak pun untuk menjadi seorang ketua..kami x minta luar dari akal fikiran kami.. tapi rupa-rupanya mereka menjadikan kami penyelaras sebenarnya untuk menjadi pak turut mereka sahaja..

itu apa yang kami tengah rasa..

tapi mungkin orang buat tersebut akan kata..kami hanya cadangkan..

cadangan yang mereka nak benda tu terjadi..kalau tak terjadi.. kembali kepada mempersoalkan balik, jawapan yang kami bagi..


sesungguhnya manusia hanya mahukan kemahuan sendiri untuk kesenangan sahaja.....



-MissF 2023-

Sunday, January 8, 2023

PENGALAMAN JAGA ABAH MASUK WARD (MUSIM COVID-19) - PART I

 Assalammualaikum..

subahanaAllah, MasyaAllah...

lama sangat-sangat tak menulis, disebabkan awal-awal tu kami tak dapat nak log in masuk blog ni, sebab tu tak  dapat nak update apa-apa.. Sebenarnya banyak je cerita dan peristiwa yang berlaku sepanjang kami tak menulis blog ni. InsyaAlla kami akan recall balik apa yang terjadi dan cerita dalam tajuk-tajuk catatan yang lain...

okay jom kita mulakan cerita mengenai tajuk pada kali ini..

"Pengalaman jaga Abah masuk Ward masa musim covid-19 ( 2021)"


pada 4/12/2021 Abah mula demam.. demam biasa ja bukan demam covid.. sebab time tu memang tengah hangat lagi kes covid ni .. walaupun dah banyak kurang kes.. cuma still ada.. kami sekeluarga takut gak..buat test tapi memang xdak.. Kemudian panas abah bertambah teruk.. sampaikan terjatuh dalam bilik air dari posisi duduk ke lantai... orang tua-tua demam memang akan teruk sikit...

Pastu kami bawa la abah p kecemasan dengan kak kami angah.. kami p dalam petang lepas angah balik kerja.. masa ni kami ada lesen tapi x berani nak bawa kereta sangat... so memang kena minta angah la yang tolong bawa kan walaupun angah penat balik kerja..

Masa sampai kecemasan depa tanya ada demam ka? masa ni abah penat gak.. sampai kira tak larat nak banggun la... kena tolak kat kerusi roda atau pimpin...

Pastu kat kecemasan tu dia check test covid kami rasa.. pastu terus bawak abah kot belakang bilik kecemasan... pastu terus tak dengar apa-apa... ingat kan abah dok pam saja.. rupanya dekat dengan pukul 11 malam baru la dapat tau.. tu pun kami p tengok kot pintu belakang dekat pintu kecemasan tu.. abah dok tempat kuarintin covid...

dr kat situ kata abah disyak covid... masa tu AllahhuAkhbar benda yang ditakuti..

Pastu kami kata la.. saya dah check dekat rumah tadi..negatif.. pastu dr tu cakap.. benda tu x boleh percaya sangat.. Kami mcm what? kalau x leh percaya pastu kenapa jual..and galakkkan org buat test sendiri dekat rumah..

Lepas 1 jam.. pihak bilik hospital buat pengumuman " waris Rosli........".. kami masuk 2 orang hahahahah punya la nak tau kenapa.. pastu mak guard dalam tu kata sorang ja.. so kami keluq la tunggu dekat luar... and angah mai keluar.. angah kata kita kena p daftar abah untuk masuk ward kuarantin covid-19.. pastu abang kami along mai sama.... 

berjalan la kami bertiga ke blok B untuk pendaftaran ward.. pastu kami p la ward situ sebab nak hantar barang abah yang bawa kan sekali.. sebab selalu kalau rasa teruk abah akan prepare untuk baju-baju or apa-apa untuk masuk ward walaupun lepas tu boleh balik.. tapi kali ni kena masuk ward gak..

so pergila kami ke ward kuarantin tu tunggu.. tanya pak guard situ.. ambulan x mai hantar lagi ke.. pastu pak guard tu kata belum.. mungkin pukul 1 pagi... masa tu 12 lebih dah.. disebabkan kami berdua dah penat sebab dari petang tadi dekat kecemasan menunggu.. maka kami drop barang kat pak guard.. balik la kami.. dekat pkl 1.30 kot baru la abah call gtau dah masuk ward dah...


----------------------------------------------------------------------------------


sumber dari google


........................................................................................................................................ 




Tak perlu beriaa !!!

 Assalammualaikum.. catatan untuk hari ini sekadar luahan dari hati ini. TAK PERLU BERIA! yes, tajuk untuk penulisan kali ni. --------------...