#novelbymissF
"wafiya ". Panggilan itu membuatkan aku berpusing 180 darjah ke kanan ... Kata lain aku terkejut sebenarnya tiba-tiba orang memanggil aku ...
"kau nak balik dah ka?" tanya pemilik suara tadi yang memanggil aku . ..
"ehhh tak,mana ada aku nak balik . Aku baru datang ni ..." auta aku. Sambil buat muka 10 sen aku ...
"auchhhh sakit la .berbisanya ratu ketam ni". Mengadu aku. Minah ni memang kalau dia dah keluarkan ketam dia. sakit yang amat .. Kadang-kadang boleh lekat bekas lepas dia cubit ..
"kau nak apa aini? Sakit la ."
"hehehhe Sorry2... Sapa suruh kau buat lawak bodoh... Kan dah mendapat .." aini menyapu - nyapu dengan tangannya di tempat cubitan sang ratu ketam tadi ..
"aku nak pinjam hard disc kau boleh tak . Aku lupa bawak la . Dah la kerja bertimbun tak siap lagi.. Kalau kau bagi pinjam boleh la aku balik buat dekat rumah..kau kan baik." pujuk aini sambil buat gaya comel dengan dua jari telunjuknya bertemu seperti gaya aku setiap kali aku nak pujuk orang ..
Beg yang sejak tadi aku galas, aku tanggalkan dari badan aku .. Tak sampai 5saat hard disc bertukar tangan ..
" kau jaga aku punya thor ni.kalau dia sakit atau calar siap kau aku kerja kan.. And one more thing jangan Bagi hilang .." pesanan keramat sebelum aku lepaskan tangan aku dari hard disc.
"baik,saya akan menjaga thor awak seperti nyawa saya sendiri.." aini membuat gaya seperti orang Jepun dengan menunduk nuduk..
"dah la, aku dah lewat ni. Aku balik dulu ." lalu topi keledar aku sarungkan ke kepala aku.. Enjin moto jenama Aprilia RSV 1000R mille aku hidupkan .. Ngauman pertama Aprilia kedengaran ..
"okay,esok aku bagi balik dekat kau ea . Hati-hati bawak moto tu ." nasihat teragung setiap kali aini tahu aku bawak moto..
"baiklah mak cik aini oi .." cermin helmet aku turunkan menandakan aku sudah bersedia untuk memulakan perjalanan. Tangan aku angkat pada aini tanda aku pergi dulu .. aini turut membalas dengan lambaian.
Gear Moto Aprilia aku tukar supaya lebih laju .. Lalu aku keluar dari tempat meletak kenderaan dibawah pejabat yang baru 5 bulan aku bekerja .. Sengaja aku bawak laju sedikit dari biasa keluar dari situ sebab aini masih ada dekat situ..
"MasyaAllah,, apa nak jadi dengan kawan aku . Kalau dia tak naik moto dia tu mesti orang akan cakap dia gadis Melayu paling ayu dekat dunia ni .. Tapi bila naik moto habis... Semua aku tak kenal . Feeya.. Feeya.. Bebel aini sorang2 .
—--------------------------------------------------------
Ya, itu la ayat yang selalu dan setiap kali aini akan cakap pada aku... Tapi fikir logik la kan kalau bawak moto tak akan kau nak kepik - kepik ayu malu malu gitu . Mesti la kena jadi abang-abang sikit ..
umi pun selalu jugak marah kalau aku naik moto.. Pada umi orang yang naik moto lelaki saja . Tapi nak buat macam mana lesen kereta aku ada tapi disebabkan Baba tak percaya lagi untuk aku bawak sendiri kereta akibat kemalangan jalan raya masa hari pertama aku dapat lesen.. Bukan aku yang tak berani tapi baba yang takut aku bawak . Katanya biarlah dia saja yang menghantar dan mengambil Anaknya ini daripada anak dia hadapi kemalangan lain .. Tapi yang aku pelik .. Moto baba bagi pulak aku naik. Sedangkan moto la yang lebih bahaya ..
Tapi moto ini pon jarang2 aku boleh naik.. Kalau baba outstation dan abang-abang aku sibuk saja aku boleh naik . Kiranya tak ada sapa la dekat rumah boleh bawak aku .. Baru aku lepas untuk bawak moto kesayangan aku ini... Kalau tidak jangan harap la Wafiya oiii ..
Tiba dilampu isyarat yang masih berwarna merah, aku baru perasan jalan dan lekang dengan kenderaan-kenderaan lain ... Aku lirikan mata aku pada jam di pergelangan tangan aku ...
Jarum jam menunjukkan sekarang pukul 6.30 petang... Lambat la pulak lampu isyarat ni aku rasa...
"patut la kereta tak banyak dah, dah lewat dh aku balik pon.."sambil aku membebel atas moto aku sambil aku memerhati kereta yang lalu dari sebelah hadapan yang masuk ke jalan sebelah jalan yang aku berada ... Tiba-tiba satu moto berhenti sebelah aku ..
Aku beralih sekali tengok moto sebelah,uihhhh moto jenis apa ni .. Aku sedikit teruja kalau aku lihat moto berkuasa tinggi . Aura lain macam moto sebelah aku ini... Aku pandang sekali lagi untuk lihat jenis moto jenama apa .
Kawasaki ninja ZX-14 warna hitam dan ada corak corak seperti api di bahagian tepi moto... Wow cantiknya... Cetus naluri hati aku... Tanpa aku sedar pemilik moto tersebut beralih ke arah aku.. Terus aku alihkan pandangan aku ke arah lain..
Ahhhh sudah kantoi kau feeya tengok moto orang.. Kang tuan dia ingat kau usha dia .. Ehhh kejap cermin helmet aku ni hitam kot Mana orang nampak aku tengok dia .
Saja aku cuba memberanikan diri lagi untuk tengok tuan moto tu pulak .. Alah cermin dia pun hitam ... Sedikit kekesalan dalam hati tak boleh tengok muka tuan moto tersebut .. Kemudia dia pon pandang aku dan cuba mengaumkan moto kawasakinya....
Alahai dia ajak lawan pulak dh . Jangan harap la aku nak bahayakan nyawa aku .. Aku padang depan semula ... Tiba-tiba rasa lampu isyarat ni lama gila .. Aduhai...
Kemudia kawasaki sebelah mengaum lagi .. Kemudia lampu bertukar hijau .. Aku menukar gear aprilia aku ... Moto kawasaki tadi pecut semahu - mahunya....
"laju gila bawak, ahhh lantak dia la. Bukan masalah aku.." cetus hati aku . Nasib la rumah aku dekat saja dengan tempat kerja. Kalau tidak mesti sampai lewat... Waktu asar nak habis dh ni aku kena bawak laju sikit ..
Sampai saja di rumah .. Aprilia aku parking dekat tempat simpanannya .....
Jam ditangan aku jeling sekali ahhhh sudah asar aku .. Laju aku lari naik tangan.. Suara umi kedengaran seperti sedang marah-marah saja di bawah... Langkah aku lajukan lagi . Kejap lagi la umi kita bersoal jawab. Suara hati aku berkata. Sekarang solat dulu ......
Bab 1 untuk novel yang tak tahu tajuk lagi...
Hanya sekadar memenuhi masa terluang..
Jangan expect tinggi pada novel ini ..
07 Ogos 2019