Sunday, June 23, 2019

Resepi Spaghetti Bolognese


ASSALAMMUALAIKUM...
YEAAHHHHH BERITA GEMBIRA!!!

Hari ni kami baik hati dan IKHLAS (tulis tulisan besar tanda ikhlas kikiki)

kalau ikutkan dulu kami macam malas nak share resepi spaghetti yang versi kami..
kalau geng2 STPM mesti ada yang tahu..
kami ingat lagi,Ustazah kami sampai mintak resepi dekat kami cara nak buat..heheheheh rasa dihargai sangat (dalam hati adala sikit ja rasa bangga) kikikiki

sebab masa kami tingkatan 6 kami sempat la jual spaghetti ni dekat sekolah ,alah bukan hari-hari..seminggu satu hari ja..jadi x adala menganggu pelajaran sangat..sebab minat meniaga sama.tu yang jadi macam tu.kikiki
boleh la minggu tu jollliii sikit sebab dapat duit untung jualan kan...kalau diingatkan balik kalau kami simpan entah-entah boleh bukak kedai dah apa..hahahahah tiberrr
 okay jangan merepek dah..☺☺☺☺☺

okay.. tanpa panjang lebar lagi kami cerita baik kami kongsi kan 

RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE 
ALA MISS F..


Bahan-bahan 

1 bungkus spaghetti 
*ikut la nak beli jenama apa pun asalkan dia tulis dekat depan tu spaghetti bukan angel hair..sebab angel hair dia kecik..spaghhetti dia besar dan tebal sikit.*

2 ulas bawang hollen @ bawang merah @ bawang besar
*bawang ni hampa potong bagi dadu,,dadu kecik-kecik tau bukan besar gedabak...kalau jenis yang suka bawang banyak letak la banyak..kikiki kalau tak suka letak sikit ja okay..pandai-pandai la yer..

4 ulas bawang putih
*ulas kecik-kecik tu tau bukan yang segugus ea orang panggil..*

800 g Daging kisar @ ayam kisar
*untuk hilangkan bau hanyir daging ,hampa boleh basuh dengan tepung gadum..basuhhh elok-elok dan tapis*

1 bungkus Sosej
*yang ni adalah hiasan atau tambahan untuk bagi nampak banyak dan menyelerakan*

1 tin/botol Tomato Puri
*tomato puri ni bukan yang prego tau..tu dia dah tambah macam-macam ..kami selalu ambik tomato puri yang tak ada tambah apa-apa..kira kuah tu kita buat sendri..murah pun murah*

1 1/2 tin/botol Air putih
*air ni agak-agak ja ,kalau nak kuah tu pekat so jangan letak banyak*

Garam 
*secubit rasa*

Gula
*secubit rasa*

Serbuk Origano
*sesuka rasa..hehehehehhe jangan letak terlampau banyak sudah..agak-agak*

1@ 2 helai Daun Bay
*yang ni macam herba-herba yang selalu depa guna..satu lagi mixherb tapi kami x guna pon selalu buat..tapi kalau hampa nak bubuh buh lah..kalau tak sedap bukan salah kami..kikiki*

Tomato fresh
*potong dadu,sebab untuk bagi dia rasa ada tomato yang bila kita rasa kuah nyum-nyum..tapi kalau tak letak pun tak pa sebab tomato puri dah ada pun okay..*

Cendawan Butang
*beli dalam  tin..banyak ja ada jual..tapi sebellum tu tengok logo halal..*

ramuan rahsia yg tak jadi rahsia dah..TELUR..yup letak telur ayam sebijik..kacau-kacau lepas letak dalam kuah yang tengah mendidih.tujuan dia bagi rasa lemak-lemak cream gitu...dan bagi dia punya kuah pekat.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

cara-cara memasak

1.Masukkan minyak masak atau olive oil..lepas dah panas minyak masak tu..

2.Tumis Bawang (semua jenis bawang)..pastikan semuanya masak kekuningan dan naik bau 

3.Masukkan daging kisar ..pastikan daging kisar tersebut tidak bergumpal.hampa kacau-kacau bagi dia terlerai semua daging kisar.kemudia bagi daging kisar tu betul-betul masak.jangan bagi mentah tau.

4.masukkan tomato puri semuanya.kemudia kacau bagi sebati semua daging kisar tadi dengan tomato puri.

5.masukkan air putih dan gaul semuanya dengan sebati..kecinggggg

6.Apabila dah mendidih masukkan garam dan gula.

7.kemudian masukkan tomato fresh dan masukkan cendawan butang.

8. masukkan serbuk origano,dan daun bay.

9.gaul bagi rata dengan api yang pelahan.

10.masukkan telur kedalam  kuah yang menggelegak kacau jangan bagi dia terlampau masak..kiranya lepas masuktu terus kacau.

11.masukkan sosej.

12.cuba rasa..kalau ada kurang rasa tambah garam or gula ...jangan guna serbuk perasa tak elok untuk masakan..biar dia ori punya okay..

13.untuk bagi kepekatan kuah lagi boleh tambah (tepung jagung+air)
kalau tak nak pekat tak yah letak biar macam tu ja...

14.untuk bagi tambah perencah dalam tu.boleh letak meatball..

15.Rebus spaghetti dengan  (air+secubit garam+ minyak)

16.Lepas dah kembang tapis kemudia boleh gaul spaghetti tu dengan olive oil dan daun pudina tak pon daun sup dan daun bawang ( yg dipotong halus mulus dan lumat)kikikiki

siapppp selamat menjamu selera..kalau hampa ambik resepi ni jangan lupa komen di bawah okay,lot of love
❤❤❤❤❤❤❤❤❤






TARAAAAA..walaupun photografi kurang memuaskan tapi rasa dia sedap okay..kami bukan la nak kata kami masa sedap cuma itu la kenyataan .hahahahahah sekali sekala angkat bakul sendiri tak salahkan...



Monday, June 17, 2019

GURU GANTI SK UTAN AJI 2



ASSALAMMUALAIKUM

*** SAMBUNGAN dari SINI ***


kes menyeramkan dan meberikan satu pengalaman baru bagi kami yang tak sampai 1 bulan jadi guru ganti di sekolah rendah..
nak tahu ke apa?heheheh okay okay kami bagitau..

masa kami jadi guru ganti dekat sekolah utan aji,kami kena pegang kelas budak darjah 2..
jadinya guru kelas pagi mereka ialah serang teacher yang ajar bahasa inggeris la yerrr..so kisah dia macam ni,masa kelas petang hari khamis tu ada sedikit kedegilan yang berlaku yang sampai aku tak boleh kawal..so sebab terkejut ka apa ..lepas kelas kami terus balik..kiranya kami tak kemas la apa-apa dalam bilik darjah tu..

Kemudian keesokan harinya,GB (guru besar) masukkan gambar kelas yang sedikit bersepah dgn kertas..kami tak perasan yang tu kelas kami..gb kata la "dimohon guru kafa dapat sama-sama meminta anak-anak murid mengemas bilik darjah masing-masing sebelum mula kelas atau selepas balik.."
nada GB x adala marah sangat..cuma dia tegur..lepastu kami tengok balik gambar tu.baru kami perasan memang kelas yang kami jaga..lepas tu kami mohon maaf la kata itu kesalahan kami sebab kami cuai tak pastikan kelas berada dalam keadaan elok...

kemudia,ustazah yang kami ganti mesej secara peribadi dekat kami dari mekah nu..dia kata cikgu pagi (teacher tu) bawak masuk gambar dalam whatapps cikgu2 pagi..dia pon tak sedap hati duduk kat mekah..kami jadi serba salah weii.. pastu kami cerita dari A sampai Z apa yang berlaku..aku x tipu memang petang tu depa tak mau dengar cakap aku..

lepastu ustazah tu kata tak pa sabar dia faham ..sebab memang  budak kelas tu suka buat perangai..
dari pada tu,setiap hari ada kelas kami akan pastikan kelas bersih,walaupun kami yang kena sapu kami rela dari kena marah dan bawak masuk dalam group sekolah...cara dia tunjuk tu macam kami tak reti nak mengajar..yeszzz memang la ..,masa tu x sampai sebula mengajar guru ganti pulak tu.mana ada pengalaman..kita pon tak sangka akan jadi macam tu..

Tapi ustazah kata,sepatutnya dia tanya or tegur la berdepan..yess kami setuju..kalau dia rasa apa kami buat salah kenapa tak tegur depan-depan ..kenapa kena hebohhh....
kalau ingat balik memang sakit hati..tapi kami salahkan diri kami...

jadi,pada kawan-kawan kalau baca ...kalau hampa jadi guru tak kira cikgu pagi atau petang sekolah rendah atau menengah pastikan kelas berada dalam keadaan bersih sebelum mula belajar atau sebelum balik... okay☺☺☺☺☺☺☺❤


mengajar subjek arab..yang ni anak murid yang pegang fon..tak bagi tapi dia ambik jugak...huahuahuahu.
xpa kita jadi kenangan..

sebab depa duduk depan supaya depa fokus dan belajar tak main dekat belakang..jadi kmi susun kerusi dekat depan..alhamdulilah mereka fokus..tapi tak boleh buat selalu dia tak elok jugak..sebab akan nampak kelas belakang kosong..




SELAMA 2 BULAN DIBERI TANGGUNGJAWAB MENJADI GURU GANTI KAFA 
DI SEKOLAH KEBANGSAAN UTAN AJI.


GURU-GURU kafa yang kami pernah bekerja bersama-sama.

alhamdulilah sampai sekarang masih berkawan..semuanya pangkat kakak bagi kami..

terima kasih sk utan aji untuk kenangan mengajar disana.walaupun sekejap saja.tak sempat nak ramah mesra..tapi disini la pertama kali kami  belajar benda baru dekat untuk mengajar disini.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

*kak aida,anim ambik gambar dekat fb kak..hehehheheheh


jika nak tengok video sekolah sk utan aji klik ni




BAJU RAYA 3 HARI SEBELUM RAYA......

ASSALAMMUALAIKUM.....

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

#SHRAFMZDB

#SHAWAL1440H

YAHOOOOOO...Tahun ini  merupakan tahun ke-2 kami buat baju raya sendiri...tapi..tapi....
kalau baca tajuk mesti boleh agakkan...
sejujurnya,pada mulanya kami tak tahu sama ada nak jahit atau beli terus baju siap dah..
sebab tak ada lagi perasaan nak buat baju masa tu...jadi ingat nak beli ja kot..tapi fikir pon nak tak nak masa tu..heheheh biasalakan bila umur dah meningkat kita dah kurang untuk teruja bila raya...

jadiiiii...kita ke point utama kita..
yeszzzz...3 hari sebelum raya baru kami buat pola baju raya..hahahah
kami tak cakap kosong kita kasi bukti.
(2jun2019)

pessstttttt *GIATMARA*
yang ni baru proses ambik ukuran dantulis ukuran dan fomula nak mula buat pola.
InsyaAllah nanti kami kongsi asas jahitan dalam blog ni..kalau kami ada masa lapang...
✌✌✌✌✌✌✌


kalau org yang betoi2 tahu menjahit mereka akan tahu kesalahan kami kat sini..tapi kami dah ubah dh bila nak gunting pola....


malam hari 
(2jun2019)
 nak raya,rupa baju tak nampak baru nampak pola..
hahahhhahhah kacauuuuuu 



tadaaaaa!!!!! pola jubah A cut by miss F


Bila dah saat akhir ni macam kami fikir weii..takut tak siap ja..dengan kerja rumah iaitu persiapan nak raya tak buat lagi...hahahah pengajaran  buat diri ni jangan suka buat kerja last minute..huhu


jubah yang pada mullanya kosong tanpa hiasan dan bosan ja bila tengok kan...hahahhah Alhamdulilah  pada (3jun2019) iaitu hari seterusnya @ dua hari sebelum raya Baju dah nampak rupa dah...baru kalut kami nak tambah perhiasan masa petang sebelum raya...



Taraaaaaa!!!!!!!!!!!
baju siap.alhamdulilah..cantik tak baju kami..ala2 Princess Elsa versi muslimah.
kikikiki

kalau tengok tudung kami tu dia unik sikit..kami buat ala2 khimar ya half ..sebab kami pakai tudung labuh..

jadi ini la hasill 3 hari sebelum raya punya baju..


selamat hari raya dari kami MISS F...



                                                                     missF Raya aidilfitri 1440H/2019


Tak perlu beriaa !!!

 Assalammualaikum.. catatan untuk hari ini sekadar luahan dari hati ini. TAK PERLU BERIA! yes, tajuk untuk penulisan kali ni. --------------...