Saturday, March 2, 2019

UJIAN MEDSI DAN TEMUDUGA UPSI 2018

ASSALAMMUALAIKUM..
Pengalaman dan kenangan yang tak dapat dilupakan..Ini untuk  adik-adik yang nak mintak UPSI atau pun kos pendidikan dekat universiti lain pun..

MENGADIRI UJIAN MEDSI DI UUM SINTOK & TEMUDUGA DI UPSI



Kami tak ingat tarikh dia tapi yang kami ingat bulan puasa masa tu...masa mula check dekat upu dapat tau  yang boleh buat ujian medsi tu best sangat rasa..hahahahah baru buat ujian u all...Kami masa tu adalah orang yang paling awal jugakla dapat tarikh untuk pergi buat ujian...
back to my habit..kami ni akan suka cari maklumat sebelum kami buat apa..tak kisah benda tu apa pun sekali pun...Jadi kami buat reseach dekat PAK CIK GOOGLE...dia ja yang tahu banyak benda yang kita tak tahu....hehehhehe..

pertama sekali lepas habis Diploma @ STPM kalau hampa betul-betul nak ambil bidang pendidikan untuk degree ..bila isi UPU tu pastikan dia duduk dekat Nombor 1 dengan 2 ja...make sure nombor satu...sebab depa akan tengok yang tu dulu sebab kos pendidikan hampa kena hadapi dua ujian so speacial sikit...   
PASTIKAN ISI UPU NOMBOR SATU OKAY.
Sambung cerita...Masa kami cari maklumat dekat pak cik google ada banyak blog-blog atau lamab web yang akan cerita mengenai ujian medsi...
Kalau korang nak tahu secara terperinci korang klik sini

 Jumlah soalan yang wajib dijawab oleh calon adalah sebanyak 300 soalan dalam masa 1 jam. Format soalan terbahagi kepada 4 bahagian berikut :

  • Bahagian 1 (personaliti 110 soalan)
  • Bahagian 2 (minat kerjaya- 60 soalan)
  • Bahagian 3 (nilai integriti 70 soalan)
  • bahagian 4 (kecerdasan emosi 40 soalan)
 jadi selepas dah tahu serba sedikit soalan yang akan ditanya tu rasa lega sikit la kan...Kami bertolak dari perlis pukul 10 kot kalau tak silap...sampai sana ada lagi 10 minit kot...punya la gabra cari ,merata tak jumpa bilik untuk ujian medsi tu...dia letak anak panah tapi jauh-jauh...nasib la masa tu ada lagi yang lewat ..jadi kami sama-sama la cari..heheheh buat rombongan pulak wakkk....
Alhamduilah berjaya masuk..kami ambik komputer paling depan..owhhh lupa nak bagi tau...ujian medsi ni dia guna komputer..nama pun 300 soalan...klik2 je sis...bila jawab Ujian  ni bagi kami la hampa kena jadi diri hampa yang sebenar-benarnya...jangan menipu peribadi hampa..dari situ kot depa akan tengok hampa seorang yang macam mana lepas tak ciri-ciri yang depa nak...Boleh dikatakan macam soalan sivik la....
soalan yang paling kami ingat sampai hari ni..
"Jika kamu seorang Guru,Apabila ada anak murid kamu yang membuat kesalahan adakah kamu   akan memukulnya" "Ya atau Tidak"
macam tu la soalan dia .....hampa kena jadi diri hampa..pada pandangan kami la...

300 soalan untuk 1 jam....Tapi kan hampa akan keluar awal..percaya la..kejap ja hampa jawab tu..ramai yang keluar awal..dan orang yang jaga hampa tu pun bagi hampa keluar..tapi sebelum keluar pastikan jawapan hampa tu betoi-betoi dah di hantar..sat g tak pulak...
Lepas dah habis tunggu apa lagi balik la....dah la masa tu bulan puasa letih weiii.dengan time tu kami sakit gigi...macam-macam dugaan weiiii.bila ingat balik sedih pun ada..tapi alhamdulilah dapat buat...


-------------------------------------------------------------------------------
PANGGILA TEMUDUGA 
20 MEI 2018
Lepas beberapa minggu lepas ujian medsi,hampa kena semak balik dekat UPU hampa layak tak pergi Temuduga....ramai yang tak tahu sebenarnya,kami dapat temuduga ni..kawan rapat kami pun ada yang tak tahu..kalau tak silap kami geng GiatMara yang sama-sama dapat Temuduga ni ja tahu...sorry guys tak bagi tau..✌✌✌✌❤
Alhamdulilah ..kami layak pergi temuduga untuk 2 kos..
1.Ijazah sarjana Muda Pendidikan Islam.
2.Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas.

orang lain satu ja...kami sampai dua..nasib la sapa suruh isi wakk....
Kami kena hari isnin.jadi bertolak dari perlis petang ahad..weii letih dengan puasa semua...tapi kami tak bulan mengambang masa tu..hehehehehehhe so tak letih sangat ..mak dengan abah la kesian depa puasa...
Sampai dekat UPSI tu p tengok dulu ..sebab takut esok sesat..jadi bila dah tau tempat senang dah la esk tuju terus..Silap kami tak tempah hotel awal..terpaksa cari hotel jauh dekat slim river...tapi tak ada la jauh mana sangat guna jalan hightway....
jujur cakap..kalau hampa boleh agak nak dapat temuduga sila ulang kaji awal.. Tambah-tambah Ijazah pendidikan Islam...sebab ada 3 sesi.
1.temuduga
2.ujian Lisan
3.Ujian Bertulis
banyak kan...biasalah pendidikan islam ni khas sikit..tak macam kos lain....tapi kalau kos bahasa melayu,sejarah tak ada pun ujian-ujian ni temuduga sahaja..jadi jawab betoi bila puan/tuan tu tanya..rata-rata yang tanya tu pensyarah dekat situ...

Okay sambung lagi pasai temuduga..
disebabkan nama kami bermula dengan Huruf F makanya adalah antara orang yang awal kena..gabra weiiiiiiii....tapi bila masuk kena yakin hampa boleh kalau tidak depa akan nampak hampa tak yakin pada diri...Kami orang yang ketiga..
masa masuk dengan kami tu ada dua orang lagi..kiranya setiap kali masuk ada 3 orang la yang akan di temuduga.ada jugak jenis suruh masuk 2 orang saja..ikut depa la nak panggil berapa..hampa bersedia sahaja..
Penemuduga ada 2 orang ,...masa kami kena temuduga tu ,seorang Ustazah seorang lagi pensyarah berbangsa India..kalau tak silap dia ajar  kos sejarah..Selama lebih kurang 30 minit jugak duduk dalam tu..dia akan tanya bergilir-gilir.kemudia kalau time hampa ditemuduga tu sama kos macam contoh kos pendidikan islam dia akan tanya 3 bahasa 
1.bahasa melayu
2.bahasa inggeris
3.bahasa arab
bergantung nasib dekat sini..heheheh alhamdulilah kami sebab 2 sama kos pendidikan islam.. seorang lagi kos TESL..padu bahasa orgoutehhdia....jajajajjajaja
banyak soalan jugak dia tanya..tak ingat dah..hehehehehhe

kami kan ada 2..jadi kena jawab untuk kedua-dua kos.....#redha
----------------------------------------------------------------------------------
Lepas tu Ujian Lisan (macam ambil exam balik)❤❤❤❤
ujian lisan ada 2 orang (ustz yang buat ujian lisan dekat kami)
antara ujian dia
1. baca Al-Quran
2.Hukum Tajwid ayat yang dia bagi
3.Bahasa Arab (tajuk-tajuk yang kita belajar dekat F6)
3.Perkenalkan diri dalam bahasa Arab

masa buat ni dia buat dekat dewan kuliah...Mula-mula kami boleh jawab apa yang dia tanya tapi bila tiba-tiba dia gabra habis masa ni..benda yang kami tau pun jadi kan kami tak tau...macam nak nangis time ni..sampai kan kami keluar kami jadi tak terkata apa...ahhhhhhh macam nak ulang balik saja apa yang kami tak boleh jawab time tu....sedihhh...betoi la orang kata kena ready mental dan fizikal..kau tak akan tahu bila kau tiba-tiba blearrrrrrrr...serious weiii bila kau jadi blank kau tak akan dapat jawab dengan betoi..pengajaran dan pengalaman yang tak boleh dilupakan...Ya Allah jika mampu ku tebus kembali kesalahan aku ketika itu...Allahhuakhbar...Tapi tak apa la pekara dah berlalu..
Lepas nak tunggu Ujian Bertulis..kami semua berehat dulu dekat surau yang banyak gila dekat UPSI...Surau kecik-kecik.....Dekat sini la kami rehat sekejap tak mau ingat apa yang berlaku tadi..nak kumpul balik semangat..dan masa dekat sini kami jumpa dengan  kawan-kawan baru.... tadaaaaa
 yeaaahhh ni la kawan-kawan kami masa p interview dekat upsi...
perlis : miss F (kami)
Kedah : Aida( 2 dari kiri) ,Bazilah (tudung hitam)
Terengganu : Aizatul (tudung unggu tepi kiri), Anis (tengah)
Walapun berjumpa kurang dari 3 jam tapi sampai sekarang masih berbalas-balas Whatapps..hhehhehe hai kawan-kawan..❤❤❤❤❤

------------------------------------------------------------------------------------------------
UJIAN BERTULIS
Karangan Bahasa Arab (tak ingat berapa patah perkataan tapi banyak la)
-dengan harapan boleh tebus balik ujian lisan tadi.sebab tajuk yang kami ambik masa tu pasal Bulan Ramadhan *kalau kami tak silap....heheheheh ingat-ingat lupa dah sebab tahun2018 u all.....tapi tak dak la lama sangat.. Hehehe

Dekat pukul 4 petang kot bertolak balik perlis...srs cakap tak dan p mana pun..tuju betoi-betoi situ....hahahahhahahaha

Tapi Allah cakap itu bukan rezeki kau nak sambung belajar dekat situ maka bukan lah...mungkin kami tak layak nak masuk situ..Tapi Alhamdulilah Antara kami BerLima seorang ja yang berjaya masuk situ kos ijazah sarjana muda pendidikan Islam..
❤❤❤❤ tahniah Aizatul
dan Tahniah Nafishah kawan kami dari GiatMara ..dia pun dapat sini Kos Bahasa Melayu..

yang lain berjaya masuk universiti lain....Doakan kami  miss f  Dapat sambung Belajar Dalam Degree aminn..walaupun lambat atau cepat...


Kepada kawan-kawan kami yg kami jumpa dekat upsi ni.. Kalau hampa baca.. Hampa tau hampa sama... Jap nk cakap ganu sikit... "saya makang ikang"... Maaf jika ada salah silap dekat hampa semua...semoga kami dapat berkawan dengan hampa2 lagi... Hehheheh 
Tamat.....
sini
Pengajaran untuk hampa yang nak duduki temuduga..buat persediaan Awal...
walaupun ini hanya pengalaman..tapi tak semua orang dapat pengalaman yang berharga ini..Terima Kasih Ya Allah...
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

GIATMARA PADANG BESAR (FND SESI 1 2018)

BISMILAHHIRAHMANIRAHIM
ASSALAMMUALAIKUM

GIATMARA PADANG BESAR


Sebenarnya pada mulanya kami tak tahu pun kewujudan GiatMara..hahahah ya betoi weiii tak tipu ...Habis bila kami tau kewujudan dia?
Kami tau lepas seorang kawan kami dari Syed Alwi nama dia Min...so min kalau baca ni hahahah kami tau dari hampa...Min masuk masa habis SPM..masa tu memang kami tak tahu kewujudan..lepas tu kami bila dengar min cerita macam menarik la ambik kemahiran..tapi tak ada rezeki lagi sebab ya la Masuk tingkatan 6 pulak kan..so kita lupakan Giatmara...

Kemudia nak dijadikan ceritanya...Kami ni jenis akan fikir lepas STPM nak buat apa...jadi antara list yang kami buat adalah termasuk giatmara jugak...Mesti lepas STPM semua akan fikir nak buat apa sebelum sambung belajar lagi jadi kami pun ada jugak.
Antara list yang kami buat ialah:-
1.Kerja
2.GiatMara
3.Duduk rumah

list yang pertama abah kami tak bagi... so kita padam la list untuk kerja ....
Maka 3 minggu sebelum hbis bulan 12 kami cuba  la reseach pasai giamara...Lepastu kawan kami dari Syed alwi (Afifa Azizan) dia mohon awal dari kami tapi dia mohon kursus lain..kami pulak nak mohon kursus lain...Dia siap p interview dah untuk kursus..kami tak mohon apa lagi weiiii masa tu...Tapi lepas seminggu kot dia kata dah penuh dia tak leh masuk..kami pun macam baru nak mohon dah penuh...Lepastu dia mai satu perasaan "aku nak cuba jugak Mohon"..maka kami cuba la call GiatMara Kangar..masa tu kami tak tahu dekat mana Giatmara tu.hahahahahaha macam2 kami tak tau☺☺☺
Lepas tu call la , dan kerani kat giatmara tu angkat..pastu tanya la dia,"ada kekosongan lagi tak dekat Giatmara kangar?" lepastu dia cakap nak kursus apa? nasib la kami dah buat reseach pasai kursus yang ditawarkan dekat giatmara Kangar.. Giatmara dekat perlis ada 3 tempat (Kangar,Arau,Padang Besar)
*kalau hampa nak tau kursus apa ada dekat giatmara dekat perlis boleh klik sini

Kemudian kami bagi tau la dia Kursus FND (Jahitan)..lepas tu dia cakap penuh dah..kami cakap dalam hati "aku tak dak rezeki dah nak masuk"lepastu dia kata Giatmara Padang Besar ada lagi kekosongan..Bila dengar tu Ya Allah jauhnya dekat padang besaq (masa tu tak tau lagi dekat mana dok nampak padang besar yang dok p shopping tu)
lepas tu cuba buat tngk peta dekat mana ..nampak jauh la tapi dia tulis 20 minit perjalanan ..
Lepastu tanya la dekat mak dengan abah boleh tak nak p giatmara padang besar..abah kata tak yah la sebab jauh...Tapi kita cuba pujuk jugak wak...lepas tu abah kata abah cuba p tanya dekat giatmara Kangar kot-kot ada lagi ka apa ka kan..kami pun okay kan saja...Lepas tu bila abah sampai sana ..memang tak dak kosong la..kami dah cakap tak caya jugak....hahhahhah

Kemudian org dekat situ bagitau Giatmara Padang besar tu dekat mata ayaq ja..jadi abah pun setuju la ...kami follow abah p sana jugak..sampai dekat situ ada 2 orang cikgu perempuan dan lelaki..kami masa tu ingat kerani weiii..hahahahahaha tak tau tu cikgu yang akan ajar kami...maaf cikgu...Pihak GM kangar dah call sana jadi kami p  sana terus isi borang,interview...pastu cikgu kata minggu depan kami akan telefon untuk ambik borang.
Seminggu sebelum masuk kami p ambik surat tawaran..Alhamdulilah ada rezeki nak masuk menjahit...hehehheheh❤❤❤❤❤❤❤

Hari pertama pun dah boleh ngam weiii masuk sini...Mula-mula macam2 fikir sebab nak kena jumpa orang-orang yang tak pernah kenai pon wak...takut kot...hahahhahaha

dekat bawah ni kami letak gambar-sepanjang kami belajar dekat giatmara padang besar selama
 6 bulan..
Minggu Orentasi minggu pertama..

kami naik ni...tapi kami jaduhhh sedih...


gambar gotong royong masak jamuan giatmara..Giatmara padang besar suka buat jamuan 3 bulan sekali..


pertama kali derma darah...

program Dekat dataran 360 ...Fishah kena muka tu..heheheheheh

setiap hari jumaat 2 minggu sekali kami akan ada program gotong royong bersih Kawasan...jadi lepas bersih sempat la kami bergambar dekat depan papan Giatmara Padang Besar...



Dah nama buat baju menggandung...acah mengadung la sis.....hahahahhahaha lawak2..

kami happy disana..



sukan setiap 2 minggu sekali...❤❤✌

baju kurung tradisional pertama yang buat sendiri..acahh model sikit wak...



ragaman di GM..umur kami tak sama tapi jiwa kami sama❤❤❤❤❤❤❤


saya boleh buat baju untuk anak-anak kitew nanti❤❤.....aceaaaaa...☺



Jamuan Hari raya di Giatmara Padang Besar..






baju Nurse la yang masuk untuk exam Kemahiran jahitan sesi 1 2018...Alhamdulilah segalanya berjalan lancar...hanya diberi 4 jam untuk siapkan menjahit 1 baju nurse u all.....kalau x silap..hehehehhe


banyak sebenrnya pengalaman lain dekat giatmra....owhh lupa nak cerita,kami sebenrnya ada satu group nama dia Pengkala Rahsia ....hahahahhaha dari 3 orang berkembang ke 4 orang kemudian tambah jadi 6 orang akhir sekali 7 orang..kami selalu dudk belakang sekali dekat bengkel sebab ada AIR CONNNNNNNNNN  hahahahhahaha


kalau rajin nanti kami cerita lagi mengenai giatmara..sapa nak komen dekat bawah ...


Friday, March 1, 2019

KENANGAN STPM 2017 HARI KANTIN SEKOLAH DAN KEM TIMAH TASOH

ASSALAMMUAIKUM
sambungan kenangan 2017 STPM

 20/04/2017 HARI KANTIN SEKOLAH

bibah tengah layan pelanggan dekat gerai kami...nampak tak penyagat ais batu campur tu...kami la yang bawak p sekolah semata-mata nak buat jualan...Alhamdulillah habis semua..dapat untung U all...terima kasih jugak pada kawan-kawan yang tolong...☺☺☺☺☺
kotak dutch lady ni kawan-kawan yang duduk asrama yang siapkan kreatif kan depa...Masa jualan ni kami 6 atas 1 ..menu yang kami jual ialah
1. ABC
2.Laksa Lemak 
3.Spaghetti
3.Jaggung Rebus

ini merupakan kenangan semasa di smkap..






 



gambar-gambar ni masa nak habis dah kot waktu jualan..tu pakat letih lepastu bergambar la wak....hehehehhhehe



amani tengah berenang ke tu...kikiki jangan marah ahhhh.. 










kaki pengacau itula kitew wakkk...habis rosak gambar orang..kikikiki


okay done trowback hari kantin 2017


--------------------------------------------------------------------------------------------------

24/04/2017 KEM TIMAH TASOH

kem timah tasoh adalah kem yang mana semua orang tak mau p dan tak suka p pun...hehehehehe sebab apa?
1.Dapat tau nak p tu dengan mengejut.Masa kami exam muet kot dapat tau kena p..mental dan fizikal tak dapat menerimanya..
2.budak-budak asrama tak dapat balik banyak minggu jadi depa ingat nak balik minggu tu..alih-alih kena p kem..kau rasa..
3.Ingat tempat tu best ..sebab kami semua baru balik dari kem mewah jadi tiba-tiba p kem yang serba kekurangan dari segi bilik air jauh,dorm yang sempit sumbat habis 4 buah sekolah 1 stpm 3 stam
4.kem ni sebenarnya untuk budak-budak stam..tapi sebab depa nak bagi ramai kami stpm pun kena p jugak...
tapiiii nasib makanan dia sedap ja rasanya boleh tahan...hahahahahhahahah



masa kami kena p kem tu kami ada program pengajian Am dekat sekolah Tengku Sulaiman..





tandas dekat belakang tu...memang tak ada sapa p tandas lepas dah baik dorm...gerun kottt jauh ...

geng kapak + geng F4....bahhahahahha 






ini la dorm yang bersambung antara dorm lelaki dan perempuan..hanya diding yang memisahkan..bumbung satu bumbung...










 hahahahahahhahaha muka masing-masing..❤❤❤❤

Tak perlu beriaa !!!

 Assalammualaikum.. catatan untuk hari ini sekadar luahan dari hati ini. TAK PERLU BERIA! yes, tajuk untuk penulisan kali ni. --------------...