Wednesday, January 30, 2019

KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) DI PERLIS

Kelas Aliran Agama & Sekolah Agama 





      Kelas Aliran Agama atau lebih mudah dipanggil (KAA)...Kepada adik - adik yang sedang mencari sekolah mana yang boleh dimohon untuk masuk bagi menaiki tingkatan 1.adik dah jumpa blog yang akan terang mengenai kelas aliran agama..


Di serata negeri di Malaysia terdapat sekolah- sekolah yang telah diwujudkan (KAA) kelas aliran Agama dan sekolah agama...Antara sekolah yang menawarkan kelas aliran agama dan sekolah agama yang terdapat di PERLIS ialah

Perlis :-

1. SMK SYED ALWI
2, SMK TUANKU LAILATUL SHAHREEN
3. SMK ABI
4.SMK AL-ISLAHIYAH
5..SMK TENGKU SILEIMAN
6.SMK SANGLANG
7.SMK SYED AHMAD
8.SMK RAJA MUDA TENGKU FAUZIAH
9. SMK AGAMA ARAU
10.SMK AGAM PEREMPUAN KANGAR


baiklah adik-adik dah tahu nama-nama sekolah yang adik-adik boleh mohon kan ..jadi kami nak cerita pasai langkah-langkah macam mana nak mohon pulak ....step by step okay kami terangkan..

Pertama


Silalah rajin-rajin kan diri ambil borang kelas Aliran agama dekat pejabat sektor pendidikan islam negeri masing – masing.. Atau hampa tak tau dekat mana, hampa boleh tanya dekat ustazah – ustazah dekat sekolah rendah hampa masa hampa tunggu result UPSR atau lepas dah ambik keputusan UPSR sebab dah boleh buat keputusan masuk sekolah mana.




Kedua


Lepas hampa dah isi borang, pergi la hantar dekat pejabat sektor pendidikan islam dekat negeri hampa jangan simpan pulak borang yang dah ambik tu.. Sat g hampa tak leh masuk pulak. Sebab lambat hantar borang tu akan melambatkan proses hampa untuk buat ujian bertulis.

Ketiga


Dalam bulan 12 macam tu hampa yang memohon dan layak akan dipanggil untuk membuat ujian bertulis untuk masuk sekolah agama atau kelas Aliran agama. Masa ujian ini pihak sektor pendidikan akan telefon nombor telefon yang hampa bagi tu.. Lepas tu hampa akan diminta membuat ujian bertulis serta ujian lisan seperti Membaca Al Quran. Semua ini penting ya.. Sebab semua ni yang melayakkan hampa masuk sekolah agama atau kelas aliran agama. Antara bentuk soalan adalah seperti ini :



Tulisan Bahasa Melayu tukar kepada tulisan jawi.

Atau

Arab tukar kepada jawi

Bahasa Inggeris tukar jawi

Psstt : nampak tak jawi sangat penting ya dalam aliran agama..

Keempat


Jika hampa semua lulus dalam kedua-dua ujian tersebut. Hampa akan dapat panggilan lepas tu hampa akan dapat surat menandakan hampa berjaya dan lulus untuk masuk sekolah agama atau kelas Aliran agama.. Masa ni hampa akan dapat tau hampa akan belajar dekat sekolah mana.. InsyaAllah selalunya semua pelajar akan lulus.. BUATLAH KERANA ALLAH.. insya Allah segalanya dipermudahkan… Amenn

                 contoh surat tawaran hampa layak masuk kelas aliran agama. *sumber facebook

Kelima


Bila dah dapat surat tawaran apa mestilah lepas tu masuk sekolah yang hampa dapat tu kan.. Owhhh lupa jangan lupa ya beli baju sekolah dan tudung sekolah.. Warna tudung aliran agama dan sekolah agama berbeza dari aliran biasa ya.. Dari segi labuh sudah semestinya labuh ya.. Nama pun sekolah agama dan kelas Aliran agama. Lepas tu warna tudung ialah warna biru.. Bukan biru tua ya tapi biru laut mcm gambar bawah ni :

                                                        *sumber gambar dari google


Kami pinjam gambar dari Google..


SELAMAT MEMUALAKAN PERSEKOLAHAN HAMPA SEMUA DAN BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG ALLAH BERI UNTUK HAMPA BELAJAR ILMU AGAMA ALLAH..Bukan semua orang dapat rezeki macam hampa… Sekali lagi TAHNIAH!!!
Kepada yang tak berjaya untuk masuk masa NI. hampa jangan sedih tau … Jagan risau kami akan cerita next update blog okay.. Tajuk dia akan jadi

MACAM MANA CARA NAK MASUK KELAS ALIRAN AGAMA KALAU TAK LULUS UJIAN AWAL ATAU LUPA HANTAR BORANG.



Okay sampai di sini saja story untuk hari ini…





Miss F





                                      Bismilahhirahmanirahim...Assalammualaikum,,,

      Haiiii hampa semua,post blog untuk pertama kalinya,kami takut sebenarnya.(pssstt:kata ganti nama yang akan digunakan dalam blog ini adalah kami(merujuk kepada saya) dan hampa(merujuk kepada awak@kau@engkau).......mesti hampa dah tau kan kami ni asal mana.sebab dari bahasa yang kami guna .betoi dak?..hahahahah semestinya dari negeri UTARA or UTAGHA..

Sebelum kami mengarut pekara lain,adalah baik dan elok jika kami bagitau hampa pengikut-pengikut blog ni ..walaupun sebenarnya tak ada pon lagi follower blog ni..tapi tak pa kami akan mula dan akan terus update blog ni walaupun tak ada orang..harap adalah nanti yang sudi baca blog miss F ni..

Kami nak tulis sangat-sangat blog ni sebab kami nak mahirkan lagi cara penulisan kami.tapi dekat sini kita sempoi.sempoi ja na dulu..tak payah bahasa baku..lagipon kami bukan cikgu bm yang nak ajaq hampa semua pasai bahasa..Blog ni cuma nak share apa yang kami tahu macam experience kami atau apa yang kami suka buat atau tempat-tempat yang kami pergi acah travel la..walapun kenyataannya tak travel pon,,tapi bagi la kami berangan ..mana tau satu hari nanti kami boleh p travel pastu upodate dekat blog pasai travel kami..

hampa faham ka bahasa utagha kami ni????,hehhehheheheh kalau tak faham boleh komen kat bawah dan tanya tau.nanti kami cuba jawab kot-kot tak faham..


senarai-senarai yang mungkin kami akan tulis dalam blog ni :-

      1. TRAVEL


2. FOOD


3. HEALTHY LIFESTYLE


4. EXPERIENCE


5. FAMILY






YEAAAZZZ kami harap sangat dapat tulis dan kongsi apa yang kami tahu pasai tajuk-tajuk atau topik-topik di atas tadi..Orang selalu cakap jadikan apa yang kita minat buat itu sebagai satu hobi yang bermanfaat pada diri dan kehidupan kita....


jumpalagi di next post story blog Miss F..byeeee assalammualaikum..






Tak perlu beriaa !!!

 Assalammualaikum.. catatan untuk hari ini sekadar luahan dari hati ini. TAK PERLU BERIA! yes, tajuk untuk penulisan kali ni. --------------...